Monday, 18 November 2013

Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t..


Masih lagi berjimba.. Hmm..nak buat macam mana, data yang nak dianalisis masih belum sampai.. ╮(╯_╰)╭

Esok bermulanya Hari Sukan bagi fakulti aku (19-25 November), sukan ni diadakan setiap tahun yang merangkumi sukan indoor dan outdoor. Hari tu aku bagi nama untuk masuk carrom tapi entah macam mana termasuk dalam catur bestari pulak. Tapi sekarang ni rasa confuse nama aku entah ada ke tidak? Ok.. tak payah fikirlah kot, training pun tak pergi.. kekekke.. ;p

Kali ni aku nak update pasal makan-makan lagi. Makin stress makin kuat makan pulak jadinya. Yang ni minggu lepas punya cerita. Tapi kali ni aku tak keluar sorang-sorang la, aku pergi dengan dua orang member aku. Lepas kelas hari tu tiba-tiba dorang ajak keluar. Kajang-Serdang taklah jauh sangat. Naik tren lebih kurang RM1.10 ja.. Destinasi kami..

Naik bot dulu..






River Cruise The Mines, Serdang

Ok.. dah sampai.. sekarang kita cari tempat makan pulak. 

Sebenarnya kalau datang sini kitorang memang suka datang untuk makan je, kadang-kadang datang semata-mata nak beli pretzel Aunt Anne.. hehe.. Kalau kat sini lebih dekat dari MidValley

Lepas masing-masing duk tunding jari suruh decide nak makan kat mana akhirnya kata sepakat memilih untuk makan kat Sweet Chat Cafe. Hmm.. manis je kau bercakapkan.. Kat sini ada certain makanan yang boleh guna kad siswa. Tengok-tengok harga dia pun ok.. sedap pun sedap.. Dia punya Mee Kari memang sedap. Nasib kurang baik petang tu, kawan aku order mee kari dah habis. Nak potongan punya pasal aku order..
Spaghetti Bolongnese
Hmm.. asyik makan spaghetti je kan.. Sebenarnya aku tak de la suka sangat spaghetti ni.. (Ceehh.. cover..cover..) Haha.. tak la sebab spaghetti ni dapat potongan. Barang on sale, sapa yang tak nak kan.. :p
Tapi spaghetti bolongnese kat sini biasa-biasa je, tak de la sedap sangat. Aku bagi 3/5 bintang je.. Tapi serius tengok pulut kuning + gulai ayam kawan aku.. peerrgghh... memang terangkat. Katanya rasa macam makan pulut kuning time kahwin nasib tak de orang bersilat je kat depan... Hahahah..!
Untuk setiap bil RM60 keatas akan dapat durian crepe percuma. Kawan aku yang sorang lagi ni punya semangat nak durian crepe percuma dah siap-siap order dessert lagi.





Tudiiiaaaa.... gambar 3 magkuk kat depan tu. Sila abaikan spaghetti yang kat depan tu ye.. Tapi serius dessert dia memang sedap. Nama ape-ape ntah aku tak ingat lah.

Cincau + Ais krim + durian


Santan durian + kacang merah


Ais kacang + durian
Dessert dia ni memang sedap! Then tak lama lepas tu datang waiter bawak durian crepe.. dengan yakinnya member aku ni cakap.. "dah lebih nampuloh ni.. dapat percuma durian crepe.." hehe.. Makan..makan.. sembang..sembang.. pompang..pompang.. dah habis semua. Panggil waiter mintak bil... Sebenarnya....

Campur semua-semua yang kitorang makan ni tak sampai pun nampuloh ringgit.. Aiikk.. apesal dapat durian crepe percuma gak.. haha.. nak tahu kenapa?? tu pasal member aku tu buat muka seposen. Kalau aku jadi manager tu pun tak dapat nak tolak ke-seposen-an muka nya tu.. (eh.. sorry Fana, terkutuk pulak..) :p Tapi sebenarnya rasanya sebab student kot..

Perut kenyang, mata mengantuk.. Sebelum balik jalan-jalan jap.. Member singgah beli pretzel Aunt Anne dengan jeruk buah.




Oh ya.. Takoyaki kat sini pun sedap dan murah. Kalau tak silap aku lebih kurang RM4 ringgit je satu set. Tapi hari tu tak jumpa pulak, mungkin terlepas pandang. 

Sementara menunggu bot sampai member aku tu tegur.. "Eh, Atin datang semata-mata untuk makan je..??"
Ye la.. tadi cakap nak makan je kan.. hehe.. Nak tahu kenapa dia tanya macam tu? sebab lepas habis makan kat Sweet Chat Cafe tu aku tak beli apa-apa.. Nak beli apa, perut dah kenyang.. Lepas balik tu, tak terus balik rumah, last-last terlencong kat tempat orang main boling lak.. teman kawan aku selection untuk sukan nanti.. Aku tak main ke?? Pakai baju kurung mcam ni nak main, buatnya tersembam malu setahun. Lagipun main untuk suka-suka boleh la.. mana tak nya asyik masuk longkang je. Fade up guwa! ~(=,=)~





18 comments:

  1. jeruk buah yg tak nmpak macam jeruk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. hakikatnya memang jeruk buah.. kalau makan baru rasa masam-masam nya.. :)

      Delete
    2. sbb kalau kat penang ni, jeruk semuanya yg jenis berendam dalam air.. mcm jeruk madu pak ali tu.. hehehe

      Delete
    3. yang ini ada jugak airnya, tapi kat bawah.. tak terendam sepenuhnya.. sedap jeruk kat penang tu.. hehe..

      Delete
  2. Asal makan semestinya sedap.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  3. Wah best.. jln2 smbil beriadah & menikmati makanan yg sedap2.. seronoknya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga release tension.. hehe :)

      Delete
  4. yummy.. semuanya sedap.. akak singgah klik3.. :D

    ReplyDelete
  5. Baca punya baca, gambar makanan gak yang menarik hati. Tu, durian aiskrim cincau.... macam sedappppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tiga dessert tu bagi saya yg itulah paling sedap.hehe :D

      Delete
  6. amboih! makan besaq tu...durian...sedap....

    eh, sally selalu je main boling pakai baju kurung...masa sekolah...sbb kena berlatih..kelab boling la katakan :D

    ReplyDelete