Saturday, 9 November 2013

Lone Ranjer #2

Assalamualaikum w.b.t..


Ok.. masih tajuk yang sama.. hehe.. mungkin sambungan yang semalam.. Disebabkan keterbatasan waktu dan mungkin lama sangat menunggu, nak tak nak memang kena mintak tolong member. Alhamdulillah.. ada yang boleh membantu.. memang aku hargai sangat-sangat.. So, sekarang ni dah setel pasal responden untuk research project aku.. ^__^ Lebar je senyum.. hehe.. Presentation akan berlangsung tak sampai sebulan je lagi dari sekarang, harap-harap semuanya berjalan lancar.. 

Ok, pasal hari ni aku tak bercadang untuk kemana-mana. Lepas Zohor tadi aku ke kedai fotostat untuk fotostat soalan-soalan kaji selidik sebanyak 50 salinan yang berbaki. Nasib baik aku punya responden tak mencecah ratus-ratus macam sesetengah member aku. Sebenarnya semua yang buat berkaitan soalan kaji selidik memang mengalami masalah untuk mendapatkan responden.. yela.. sesetengah orang hanya memandang remeh, anggap tak penting. Mungkin tak penting bagi mereka, tapi cukup penting bagi kami.

Aku tinggalkan salinan soalan tersebut dan berjanji untuk datang sejam kemudian. Sampai je bilik dapat mesej dari sorang member kelas aku mintak bank in kan duit baju sukan. Ohh.. aku memang terlupa pasal ni. Jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Memandangkan satu ape pun aku tak makan lagi, aku decide untuk keluar makan dan bank in kan duit sekali. Dah beberapa hari tekak teringin nak makan spegetti.. walaupun boleh masak sendiri tapi fikir-fikir balik pasti nanti akan ada pembaziran tambahan pulak kat rumah sewa aku ni tak ada peti sejuk. This few day I hardly entertain myself with food.. 

Dah bank in singgah makan jap..



Kaki menapak ke Ice Cream stall Mc D.. mak aiiihh... orang beratur punya panjang.. ada offer beli satu percuma satu ke?? ==' then tak jadi terus aku nak beli.. mungkin sebab hari ni cuti umum, tu yang ramai keluar bersama family. Kemudian aku berhenti kat Kyros Kebab. 


Chicken black pepper spegetti



Ice lemon tea

Balik makan, terus pegi kedai fotostat..







Bakal di pos esok.. thanks kepada yang sudi membantu.. ;DDD

p/s: Tetap rindu nak makan nasi + ikan singgang + budu + ulam kat rumah..








19 comments:

  1. weh, terlioq ak tgk mknn ats tu..hehehhe
    gambatte n dont ever2 give up aten! smoga Allah mudahkn urusan fyp kita, amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. InsyaAllah.. xpe nnt da free, setel semua kita kuar mkn sama2 ye.. Amiinn.. tq Lena.. ;))

      Delete
  2. Wah.. mcm bnyk juga soalan yg responden tu kena jawab ye.. anyway semoga dipermudahkan segala urusan & tercapai apa yg dihajati.. aamiin..
    Lama dah x mkn spegetti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn.. tq En. Khir.. Nanti boleh suruh org rumah masakkan.. hehe.. ;D

      Delete
  3. hati-hati keluar seorang tu.. ramai juga 50 orang responden tu.. semoga semua urusan berjalan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nak lebih kurang 100 orang jugak, tapi tu la tengok ramai mana yang dapat la. InsyaAllah.. Tq akak.. :)

      Delete
  4. Yang penting kan... Dalam apa-apa yang kita buat, makan tetap nombor satu. Hehe.

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hehe.. nasib baik bukan nota. Kalau nota mmg tak terbacalah..

      Delete