Thursday, 21 November 2013

Indah ciptaan-Mu

Assalamualaikum w.b.t..





Aku melihat ke dada langit..
Betapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat ke dasar lautan..
Batapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat pohon-pohon melambai..
Terliuk-lentuk, ke kiri ke kanan dibuai angin petang..
Sekali membuai diriku..

Nikmat-Mu melimpah ruah..
Lalu apa lagi yang bisa memalingkan diriku dari-Mu?
Aku manusia yang khilaf, lalai dan mudah alpa..
Namun hatiku kosong tanpa terisi kalam dari-Mu..

Aku mencari diri
Didalam refleksi diri sendiri..
Siapakah diriku di pandangan-Mu?
Terasa kerdilnya diri ini tanpa rahmat-Mu
Terasa kosongnya diri ini tanpa kasih sayang-Mu..

Tuhan..
Isilah segenapa jiwaku dengan asma' Mu..
Tuntunlah hatiku meraih redha diatas jalanMu
Supaya hidupku tidak binasa
Supaya matiku tidak sia-sia
Supaya hidup dan matiku
Sentiasa dalam rahmat dan keredhaanMu..

:')

Salam Jumaat..
Jangan lupa Al-Kahfi ya..
~Fatin Wawa~
18 Muharam 1345 H
Syukur padaMu YA Allah diatas ketenangan ini.. 





19 comments:

  1. semoga sentiasa terpandu dengan hidayah Allah :)

    ReplyDelete
  2. salam Jumaat fatin. Semoga kita sama-sama berada dalam rahmat dan keredhaan-Nya :) aminn..

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat, indahnya ciptaan ALLAH jika kita tahu menghargainya :)

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Fatin Wawa.. semoga sentiasa diberkati kehidupan.. aamiin. :)

    ReplyDelete
  5. salam sabtu.. (lambat sehari..)

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang suka memerhati juga. Melihat lama-lama, terdetik rasa syukur, rasa kagum. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dari situ akan membuatkan kita terfikir akan kebesaran penciptaanNya.. :)

      Delete
  7. memerhati keindahan alam sambil mengucapkan syukur di atas kurniaan-Nya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete