Showing posts with label Ketuhanan. Show all posts
Showing posts with label Ketuhanan. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Indah ciptaan-Mu

Assalamualaikum w.b.t..





Aku melihat ke dada langit..
Betapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat ke dasar lautan..
Batapa indahnya ciptaanMu Tuhan..
Aku melihat pohon-pohon melambai..
Terliuk-lentuk, ke kiri ke kanan dibuai angin petang..
Sekali membuai diriku..

Nikmat-Mu melimpah ruah..
Lalu apa lagi yang bisa memalingkan diriku dari-Mu?
Aku manusia yang khilaf, lalai dan mudah alpa..
Namun hatiku kosong tanpa terisi kalam dari-Mu..

Aku mencari diri
Didalam refleksi diri sendiri..
Siapakah diriku di pandangan-Mu?
Terasa kerdilnya diri ini tanpa rahmat-Mu
Terasa kosongnya diri ini tanpa kasih sayang-Mu..

Tuhan..
Isilah segenapa jiwaku dengan asma' Mu..
Tuntunlah hatiku meraih redha diatas jalanMu
Supaya hidupku tidak binasa
Supaya matiku tidak sia-sia
Supaya hidup dan matiku
Sentiasa dalam rahmat dan keredhaanMu..

:')

Salam Jumaat..
Jangan lupa Al-Kahfi ya..
~Fatin Wawa~
18 Muharam 1345 H
Syukur padaMu YA Allah diatas ketenangan ini.. 





Saturday, 16 November 2013

Damba Kasih

Assalamualaikum w.b.t..






Semakin jauhku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cubaku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
 Oh Tuhan yang Maha sempurna
Kerdilnya diriku dipandanganMu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan 
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh Tuhan..

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan

Kasih sayangMu Tuhan
Itu yangku dambakan
Dengan rahmatMu ampunilah diriku..

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Dikala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh Tuhan.. 

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh Tuhan..


................................


Syahdu.. T__T










Friday, 27 September 2013

Bingkisan Doa

Assalamualaikum w.b.t..


Disini ada sedikit bingkisan doa yang ingin aku kongsikan untuk merawat hati yang terluka.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. 

Ya Allah jika Engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah, ya Tuhan-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi. 

Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah ya Tuhan-ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. 

Ya Allah, ya Tuhan-ku, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. 

Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini. Jika Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti, usah Engkau juruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang engkau redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

Amin, Ya Rabbal A'lamin.. 




Monday, 10 June 2013

Salam Syaaban

Assalamualaikum w.b.t..



Sekejap sungguh kan masa berlalu. Sedar tak sedar lebih kurang sebulan je lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Seiring dengan masa yang berlalu merubah keadaan, persekitaran dan insan-insan di sekeliling kita. Tapi apakan daya nak tak nak kita perlu jugak terima semuanya. Kadang-kadang yang menyakitkan tu bukan lah kerana apa yang terjadi, tapi kerana memori, ingatan yang tertinggal. Kalau itu yang terbaik, kita perlu terima kerana Dia lebih tahu.. :')


Sabda Nabi S.A.W:

"Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu." (Diriwayatkan oleh Umamah al-Bahili r.a.)

Saiditina Aisyah berkata:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W meyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban." (HR Bukhari dan Muslim)





Jadi mulai sekarang bolehla mempersiapkan diri kita untuk meyambut bulan Ramadhan.. :)





Tuesday, 22 May 2012

Salam Rejab..

Assalamualaikum w.b.t..



Sedar tak sedar kita dah samapi dibulan Rejab then Syaaban then Ramadhan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur olehNya untuk terus bernafas dibumi ini.. Semoga akan dapat menikmati Ramadhan untuk kali ini sekali lagi... So, bermula sekarang marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat dibulan-bulan yang mulia ini..






Sebahagian ahli hikmah menyatakan:
"Bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk membaiki diri segala macam cela dan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Jom sama-sama baca doa ni.. :D





Selamat beramal semua..