Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, 10 January 2014

Memohon akhlak yang baik

Assalamualaikum w.b.t..




Amiinn..
Boleh juga dibaca ketika berhias didepan cermin..

:)

Sunday, 24 November 2013

Doa dan tidur..

Assalamualaikum w.b.t..


Semasa tidur dan didatangi mimpi yang menakutkan, sememangnya meresahkan jiwa. Dulu masa sekolah aku sering didatangi mimpi buruk pada malam jumaat (mungkin kerana perasaan takut). Mimpi yang sampai sekarang aku masih ingat semasa di tingkatan 2 aku pernah bemimpi melihat orang dibunuh dan dagingnya disiat-siat. Berhari-hari jugalah aku terbayang-bayang mimpi tersebut. Sangat tragis! Jadi disini aku ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita amalkan supaya terhindar daripada gangguan mimpi-mimpi yang menakutkan.

ZIKIR SEBELUM TIDUR

Apabila Rasulullah S.A.W mahu tidur ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya lalu ditiupkan dan dibaca:

  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Alaq
  • Surah al-Nas
Kemudian dengan dua tapak tangannya, Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau.Dimulai dari kepala,wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

DOA SEBELUM TIDUR



Maksudnya : "Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



 DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR




Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya, seksaanNya, dan kejahatan hamba-hambaNya, dan godaan syataitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang kepadaku.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang daripada kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang bermimpi buruk:
  • Meludah ke kirinya, tiga kali.
  • Minta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan kedasyatan mimpinya, tiga kali.
  • Membalikkan tubuh (mengubah posisi).
  • Mengambil wuduk dan bersolat.
  • Mengelakkan daripada bercerita tentangnya.

DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH PADA WAKTU MALAM (PENGUBAH POSISI)




Maksudnya: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun."
(Riwayat al-Hakim)

DOA BANGUN TIDUR


Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

..............................


Inilah antara doa-doa dan amalan-amalan yang dapat aku kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Islam adalah agama yang menyeluruh, setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi dengan doa supaya sentiasa dibawah perlindunganNya. Paling tidak pun dahulukan dengan "Bismallah" diawal setiap pekerjaan. :)



Tajuk : Doa & Zikir Harian
Susunan: Ustaz Zaharan Mohamed
Terbitan : Telaga Biru (2008)
Harga : RM6.00 (SM)
           RM8.00(SS)
Doa-doa ini dipetik daripada naskah Doa dan Zikir Harian Ustaz Zaharan Mohamed terbitan Telaga Biru. Didalam naskah kecil ini terdapat banyak doa-doa harian yang dapat kita amalkan. Aku tertarik dengan tulisan kat atas tu "Hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah." Tulisan inilah yang menarik aku untuk membeli naskah kecil ini. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya cepat-cepat cari dikedai buku berhampiran anda! (da macam promoter pulak.) ;D






Sunday, 3 November 2013

Doa Pengubat Duka dan Stres

Assalamualaikum w.b.t..



Di sini aku ingin kongsikan satu doa yang dapat kita sama-sama amalkan. Mungkin ada yang dah tahu, dah hafal, tahu tapi tak ingat atau yang mana-mana je tapi suka untuk aku kongsikan disini juga sebagai ingatan kepada diri sendiri.


Bismillahirahmanirahim..



Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba Mu (lelaki) dan anak hamba Mu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qadak (keputusan) Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk Mu, atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku."
Amiinn..




Monday, 14 October 2013

A blessed day...

Assalamualaikum w.b.t..



Seperti yang kita sedia maklum hari ini merupakan hari wukuf di Arafah.. 9 Zulhijjah 1434. Padang Arafah dinamakan sedemikian kerana menurut sebahagian ulama Nabi Adam as dipertemukan kembali ('arafa) dengan Siti Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari syurga dan bertemu kembali di Padang Arafah. 

Pada hari ini jemaah haji akan wukuf (berada) di Padang Arafah yang merupakan salah satu rukun haji. Wukuf di Arafah adalah kemuncak kepada ibadat haji. Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda bermaksud "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah". 

Firma Allah SWT yang bermaksud "pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu..." (al-maa'idah: 3)



Mari la sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan bersama dan umat Islam keseluruhannya.. Aminn..
Have a blessed Eiduladha.. :)




Friday, 27 September 2013

Bingkisan Doa

Assalamualaikum w.b.t..


Disini ada sedikit bingkisan doa yang ingin aku kongsikan untuk merawat hati yang terluka.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. 

Ya Allah jika Engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah, ya Tuhan-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi. 

Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah ya Tuhan-ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang tercinta, gantikanlah yang telah hilang, tumbuhkanlah yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. 

Ya Allah, ya Tuhan-ku, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. 

Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini. Jika Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti, usah Engkau juruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang engkau redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

Amin, Ya Rabbal A'lamin.. 




Thursday, 22 August 2013

Kasih dan Sayang..

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ni dah 15 Syawal. 15 hari lepas iaitu pada hari raya pertama belum subuh lagi kami sekeluarga bergegas ke rumah mak sedara aku. Bukanlah excited nak raya,tapi sepupu aku call bagitau mak sedara aku dah tak bagi respond. Oh ye, sebenarnya mak sedara aku tu dah berbelas tahun terlantar tak boleh berjalan disebabkan strok. Aku ingatkan aku bakal kehilangan mak sedara yang paling aku sayangi pada raya tahun ni. Tapi alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur beliau. Sebenarnya beliau mengalami hypoglycemia iaitu low blood sugar kerana kurang makan. Beberapa hari sebelum tu masa aku melawat dia, dia cakap kat aku tak de selera nak makan. Biasalah kan orang uzur. 

Beberapa hari lepas pun aku teman ayah pegi check up. Ada appointment dengan doktor. Seperti yang kitorang tengok, bekas jahitan tu kembali membengkak. So doktor toreh balik untuk buang nanah dan isi yang dah jadi balik. Dalam seminggu ni perlu hari-hari pergi cuci kat klinik then Isnin depan baru doktor jahit balik. Kalau nak tahu apebenda yang aku cakap ni boleh baca kat sini..

Dulu time kecik-kecik bila kena marah je ngan mak atau ayah aku mesti fikir mak dan ayah tak sayang aku.. Tapi bila dah besar ni aku sedar teguran dan marah tu lah tanda kasih sayang mak dan ayah. Orang cakap nak bergaduh, bermasam muka dengan siapa pun tapi janganlah dengan mak. Sebab di situ lah letaknya syurga kita. Seorang isteri wajib mentaati suami tapi seorang suami tetap wajib mentaati seorang ibu.. Semua yang Allah tetapkan dah cukup adil. Pernah aku tebaca satu kisah dimana seorang anak yang mana ayah nya tak suka dia jadi tentera kalau aku tak silap la. Tapi dia nak jugak. Dia kemudiannya hairan kenapa kawan-kawannya lepas tu semua dinaikkan pangkat sedangkan dia bertahun-tahun tetap duduk dibawah jugak. Rupa-rupanya ayah dia tak redha atas apa yang dia buat. Kemuadian lepas dah mintak maaf kat ayah dia,then ayah dia redhakan semuanya barulah rezeki dia bertambah murah. 

Dan jangan kita lupa kasih ibu adalah ubat yang paling mujarab. Bila time-time sakit ibu jugak yang kita cari. Pelukkan dan kasih sayang ibu mampu meredakan segala kesakitan. Itulah hebatnya seorang ibu. 



Oleh itu sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kerana berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah satu ibadat dan mempu membuka pintu rezeki. Bagi mereka yang sudah kehilangan kita masih mampu mendoakan kesejahteraan mereka di sana. Dan IsyaAllah kita doakan semoga kita dapat bersama keluarga kita di dunia dan diakhirat nanti. :')



Doa kita sentiasa bersama mereka.. :)

  

Tuesday, 22 May 2012

Salam Rejab..

Assalamualaikum w.b.t..



Sedar tak sedar kita dah samapi dibulan Rejab then Syaaban then Ramadhan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur olehNya untuk terus bernafas dibumi ini.. Semoga akan dapat menikmati Ramadhan untuk kali ini sekali lagi... So, bermula sekarang marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat dibulan-bulan yang mulia ini..






Sebahagian ahli hikmah menyatakan:
"Bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk membaiki diri segala macam cela dan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Jom sama-sama baca doa ni.. :D





Selamat beramal semua..