Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

Doa dan tidur..

Assalamualaikum w.b.t..


Semasa tidur dan didatangi mimpi yang menakutkan, sememangnya meresahkan jiwa. Dulu masa sekolah aku sering didatangi mimpi buruk pada malam jumaat (mungkin kerana perasaan takut). Mimpi yang sampai sekarang aku masih ingat semasa di tingkatan 2 aku pernah bemimpi melihat orang dibunuh dan dagingnya disiat-siat. Berhari-hari jugalah aku terbayang-bayang mimpi tersebut. Sangat tragis! Jadi disini aku ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita amalkan supaya terhindar daripada gangguan mimpi-mimpi yang menakutkan.

ZIKIR SEBELUM TIDUR

Apabila Rasulullah S.A.W mahu tidur ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya lalu ditiupkan dan dibaca:

  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Alaq
  • Surah al-Nas
Kemudian dengan dua tapak tangannya, Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau.Dimulai dari kepala,wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

DOA SEBELUM TIDUR



Maksudnya : "Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



 DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR




Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya, seksaanNya, dan kejahatan hamba-hambaNya, dan godaan syataitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang kepadaku.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang daripada kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang bermimpi buruk:
  • Meludah ke kirinya, tiga kali.
  • Minta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan kedasyatan mimpinya, tiga kali.
  • Membalikkan tubuh (mengubah posisi).
  • Mengambil wuduk dan bersolat.
  • Mengelakkan daripada bercerita tentangnya.

DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH PADA WAKTU MALAM (PENGUBAH POSISI)




Maksudnya: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun."
(Riwayat al-Hakim)

DOA BANGUN TIDUR


Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

..............................


Inilah antara doa-doa dan amalan-amalan yang dapat aku kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Islam adalah agama yang menyeluruh, setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi dengan doa supaya sentiasa dibawah perlindunganNya. Paling tidak pun dahulukan dengan "Bismallah" diawal setiap pekerjaan. :)



Tajuk : Doa & Zikir Harian
Susunan: Ustaz Zaharan Mohamed
Terbitan : Telaga Biru (2008)
Harga : RM6.00 (SM)
           RM8.00(SS)
Doa-doa ini dipetik daripada naskah Doa dan Zikir Harian Ustaz Zaharan Mohamed terbitan Telaga Biru. Didalam naskah kecil ini terdapat banyak doa-doa harian yang dapat kita amalkan. Aku tertarik dengan tulisan kat atas tu "Hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah." Tulisan inilah yang menarik aku untuk membeli naskah kecil ini. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya cepat-cepat cari dikedai buku berhampiran anda! (da macam promoter pulak.) ;D






Sunday, 17 November 2013

Cukupkah tidur anda?

Assalamualaikum w.b.t..






Kepala dah pening-pening.. kalau tengok cermin konfem muka dah macam cik panda. O.O

Tidur berkualiti itu amat penting. Tidur berkualiti hanya boleh kita dapat pada waktu malam. Jadi tak heranlah bila orang cakap "saya tidur untuk cantik.." Yela.. kalau nak bandingkan orang yang cukup tido dengan orang yang tak cukup tido memang boleh nampak perbezaannya. Tido malam yang cukup, paginya kita pasti akan bertenaga, muka pun nampak segar je.. Kalau tak tido malam memang serius rasa sangat malas nak pegi kelas sebab permulaan hari (pagi) pun dah semacam. =.= Kalau sem lepas aku selalu stay up buat proposal FYP. Sem lepas-lepas selalu stay up buat assignment dan study. Hmm.. bunyi macam terbaeeekkk je kan. Tak.. Bukan macam tu, sebenarnya aku memerlukan waktu yang sunyi untuk buat kerja. Time semua orang dah senyap, baru boleh buat kerja.

Lagi haru bila esoknya exam malam tak boleh tido. Sebenarnya aku memang selalu mengalami masalah susah tido. Malam tadi aku mengalami migrain yang maha hebat, kepala berdenyut sakit sangat, sampai terasa panasnya. Alhamdulillah pagi ni dah ok.. Kadang-kadang jeles tengok orang yang senang tido, letak je kepala terus terlelap.. jeles.. v.v Aku nak tido yang berkualiti tak nak jadi burung hantu. Pagi-pagi lagi aku mesej mak, lepas tu mak call. Mak tanya aku "tak tido ke?" hmm..

KEPENTINGAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup membantu tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Tidur yang nyenyak dan mencukupi akan memberi kesihatan fizikal yang baik, panjang umur dan keseimbangan emosi. Antara kebaikkan tidur yang cukup:

(1) Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Hal ini kerana sewaktu tidur badan akan mengeluarkan molekul protein yang berfungsi untuk mencegah jangkitan dan serangan bakteria.

(2) Tidur boleh merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah serta mengelakkan penyakit jantung.(-_-")

(3) Tidur boleh melegakan dari tekanan dan menjadikan badan lebih tenang. Tubuh badan yang tidak cukup rehat boleh mempercepatkan proses penuaan. (alamak..!)

(4) Tidur boleh memperbaiki daya ingatan dan pemahaman, dan menjadikan otak lebih segar untuk memproses pengetahuan dan pengalaman baru. 

(5) Tidur boleh membantu mengawal hormon dan membantu mengawal selera makan. 

(6) Badan memproses glukosa sewaktu tidur. Jika tidak cukup tidur, glukosa akan gagal diproses dan boleh menyebabkan kencing manis. Oleh itu pastikan tidur mencukupi supaya glukosa dapat diproses dengan baik. 

(7) Tidur mempengaruhi mood pada waktu siang. Individu yang tidak cukup tidur akan terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan emosi yang tidak sihat. Oleh itu pastikan kita mendapat tidur yang konsisten dan mencukupi kerana gangguan waktu tidur dapat menjejaskan kualiti dan aktiviti hidup seseorang. (sangat setuju!)


Ok.. aku insaf.. ~(-_-~)

p/s: Disebabkan migrain malam tadi entah apa-apa yang aku merapu.. hmm.. my bad!