Wednesday, 13 February 2013

Terasing..

Assalamualaikum w.b.t..



Kegelisahan di dalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti?
Walau cukup ku sedari kau takkan kembali..

Pemergianmu mengisi permintaan
Biarpun dikau masih ku perlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka...


Sangat touching with this song..
lebih-lebih lagi kalau dengar malam-malam..
Sebuah kematian yang tiada bernisan.. mungkin untuk menggambarkan kehilangan pasangannya itu tanpa sebarang tinggalan, mahupun pusara untuk dijengah..
Lalu hanya sendu yang menjadi peneman.. 

Walaupun mempunyai rumah (ruang) yang luas dan mampu bergerak tanpa halangan, namun dia tidak punya keupayaan, yakni kudrat kerana mungkin disebabkan sakit-sakit tertentu..
Kini sebuah cinta dan harapan itu hanya menjadi cebisan impian dan angan-angan.. yang wujud di dalam sebuah anganan dan berkecai dikala dia tersedar.. apa yang dirasakan amat meyiksa jiwa.. kerana sebuah kehilangan itu.. walaupun dirinya cukup menyedari setinggi mana pun impian yang dia impikan untuk pasangannya itu kembali, takkan pernah mejadi realiti lagi... kerana sudah sampai masanya dia kembali ke sana..

Pemergian sang kekasih hati kerana atas kehendakNya, walaupun dirinya masih memerlukan insan tersebut, namun dia harus redha.. mereka yang dulu pernah dikatakan pasangan yang bahagia kita sudah terpisah kerana takdirNya..


Mungkin ini juga dapat disamakn dengan sebuah pengkisahan cinta seorang lelaki tua (seorang atuk) yang sedang menghabiskan sisa-sisa usianya dalam keadaan uzur, tak berdaya. walaupun mempunyai sebuah rumah yang besar namun hidup terasa kosong tanpa isteri, insan yang amat dicintainya tiada disisi.. Bila dirinya mengingati kisah-kisah lalu yang pernah dilalui bersama membuatkan dia berasa sedih kerana itu semua hanya tinggal kenangan.. namun takdir telah menentukan isterinya pergi terlebih dahulu,yang memisahkan mereka untuk terus hidup bersama... 


KENANGAN
Terkadang sebuah kenangan itu memang pahit..cukup pahit..walau macam mana mahu dibuang sekalipun tetap tidak juga mahu pergi.. kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada diri. walau sejauh mana kita menafikan sekalipun, kita takkan mampu mengubah segala yang telah berlaku.. 
Kenangan juga kadang kala melibatkan permainan jiwa.. tersiksa bila mengenang.. itu memang sakit.. sebuah kenangan yang manis itu juga kadang kala terlalu sakit untuk dikenang, apatah lagi bila insan yang dikenang itu sudah menjauh mahupun sudah tiada..

Mengingati sebuah kenangan itu kadang kala boleh memberi kesan kepada sebuah jiwa.. lebih-lebih lagi bila mengharapkan sesuatu yang dah tak mungkin akan dapat.. ibaratnya seorang pesakit yang mengidapi kanser tapi dia mampu melawan kerana jiwanya kuat berjuang untuk terus hidup justeru dia mampu bertahan dalam jangka masa yang lebih panjang dan sebaliknya jiwa yang lemah akan melemahkan diri dan menjadikan seseorang itu cepat berputus asa..

Oleh itu dapat disimpulkan segala ini takkan kekal, segala didunia ini takkan kekal. Bila hati rasa sedih, ingatlah tidak selamanya kita akan rasa sedih, bila rasa gembira tak selamanya juga kita rasa gembira, dan bila kita rasa kehilangan mahupun sebuah perpisahan itu disebabkan kematian atau pun perpisahan hidup, kita tetap juga tidak keseorangan.. pejam mata dan redhakanlah.. biarkan semua itu meyelinap kedalam hati.. masuk dan menusuk.. :')

#nak bina jiwa itu memang tak senang.. nak redha jugak tak senang, nak sabar jugak tak senang.. nak melupakan lagi lah tak senang..namun yakinlah... cuba yakinkan didalam hati.. dan saya juga sedang mencuba.. :')  


No comments:

Post a Comment