Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Showing posts with label Tugasan. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

Tugasan

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam kali pertama menjejakkan kaki ke perpustakaan Jabatan Alam Sekitar di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Presint 4 Putrajaya. Tugasan ini merupakan tugasan terakhir (mungkin) bagi subjek Environmental Impact Assessment (EIA) dan giliran kumpulan aku untuk membuat rujukan di sini adalah pada hari Jumaat. Kitorang diberi masa selama 3 minggu untuk menyelesaikan tugasan ini. Ini bermakna setiap kumpulan akan diberi peluang 3 kali; seminggu sekali untuk membuat rujukan disini.


Gambar Ihsan google


Tajuk yang kumpulan aku dapat adalah Water Supply. Ini bermakna kami perlu meneliti dan membuat review tentang laporan EIA yang telah dibuat oleh environmental consultant terhadap sesuatu projek. Laporan yang telah dipilih adalah berkenaan projek penyaluran air bersih daripada tanah besar ke Pulau Perhentian. 

Setelah siap tugasan ini, sesi pembentangan akan diadakan sebelum study week. Dan around the corner juga adalah pembentangan FYP. Lebih mendukacitakan aku rasa macam dah lama je tak balik rumah jenguk mak ayah.. mengalahkan student oversea pulak.. hmm.. v.v


  

Tuesday, 12 November 2013

Kesilapan

Assalamualaikum w.b.t..


Pernah tak suatu ketika ketika exam cikgu tiba-tiba masuk then minta check soalan sekian-sekian mungkin kerana kesilapan semasa menaip, pilihan jawapan tiada jawapan dan sewaktu dengannya.. Atau kita sendiri pun mesti pernah kan melakukan typo semasa menaip. Tadi aku ingat nak buat template untuk data analyse dalam SPSS then baru aku perasan.







Berapa banyak nombor 6 daaa... ==" Lepas 6, nombor 7. Lepas 7, nombor 6 balik.. macam tak lulus tadika.. ish..ish.. ish.. so ape lagi terpaksa bukak balik sampul-sampul yang dah aku seal. Tukar balik nombor tu kepada urutan yang betul. Soalan yang aku dah poskan semalam nasib la... harap-harap dorang faham la ye itu typo.. Kadang-kadang double, triple check tak cukup, mungkin nak kena sampai 10 kali check baru betul-betul yakin tak de kesilapan.

XoXo