Thursday, 6 September 2018

Singapore Trip (3H2M)

Assalamualaikum w.b.t.

This time aku nak share pasal trip backpackers ke Singapore untuk 3 hari 2 malam, sempatlah cover beberapa tempat. Plan asalnya nak pegi Universal Studio Singapore (USS) je. Tapi dah alang-alang tu apa salahnya kan kita extend sikit. Kalau ikut bajet baik pergi Indonesia, time tu currency exchange 1:3.015 (Jan 2018). Setiap kali nak beli apa-apa lepas convert currency rasa macam nak nangis.. Haha..

Mula-mula plan dengan kawan aku since bulan Oktober tahun lepas. Kitorang plan awal pasal daripada Oktober - Disember tu setiap bulan boleh allocate bajet untuk accomodation, ticket USS, flight ticket dan sebagainya.

1. Penginapan 

Of course kitorang takde lah stay kat Hotel. 😂 mahal noks! Kalau nak stay kat Hotel better cari Hotel kat Johor je. Tapi yang susahnya kena rushing masuk Johor balik before tengah malam. Memandangkan kitorang plan untuk stay selama 2 malam so kitorang cari Hostel dalam Singapore yang still in budget. 2 malam tu kitorang menginap di Backpackers@SG lepas baca banyak good review pasal hostel ni. Mula-mula cuak juga pasal dapat mix room.. Tapi kami bernasib baik sebab masa sampai tu ada bilik all girl yang kosong tapi kena pindah tangga sebelah. Oh ya, sebenarnya kat sini dia ada 2 tangga (rumah kedai) which are Backpackers@SG dan Traveller@SG. Tapi masa book tu better clarify dulu kalau korang nak bilik untuk perempuan sahaja or lelaki sahaja (else korang tak kisah mix). Time book hostel ni range dalam RM120/pax (~ 40 SGD) untuk 2 malam. Lokasi pun strategik yang mana just walking distance daripada Stesen MRT Lavender.

Lobby (picture from Agoda)
Bilik sharing 6 pax (picture from Ixigo.com)


Hostel ni bersih, staff yang peramah dan helpful, bathroom dan toilet (sharing kat luar) pun bersih dan it's toilet got bidet. Kat sini light breakfast macam roti bakar available (layan diri). So, sebelum keluar bolehla alas perut dulu. Selain tu free WiFi pun ada, kalau tak beli local mobile data pun tak jadi masalah. Kat sini kalau korang sampai awal, then ada bilik kosong boleh terus check in ataupun kalau bilik penuh/belum dikemas boleh je tinggalkan barang-barang dulu sebab setiap guest akan dapat satu locker untuk simpan barang kat luar bilik.

2. Transportation 

Kitorang pergi dengan flight dari KLIA 2 ke Changi Airport dengan Air Asia, RM 70 (without bagasi). Oklah, kitorang pun bawak backpack je. Lagipun senang terus je dari KL, tak payah nak masuk Johor dulu. Ambil flight pagi around 6.00 a.m. then sampai Changi Airport dalam pukul 7.00 a.m. So, kat sini dah save time. Daripada Changi Airport dah lepas pemeriksaan imegresen terus ke pintu Terminal 2 untuk naik free shuttle bus ke MRT Changi Airport. Kat MRT Changi Airport ni korang boleh beli tourist pass ikut length of stay berapa hari. Kitorang ambik tourist pass untuk 3 hari dengan harga 20 SGD (deposit 10 SGD akan dikembalikan selepas pemulangan kad).


Macam mana nak ke Backpackers@SG dengan menaiki MRT?


Untuk ke  Backpackers@SG/Traveller@SG ni daripada Stesen MRT Changi Airport (CG2, Terminal 3) berhenti di stesen Tanah Merah dan perlu tukar ke laluan Terminal 1 (daripada Pasir Ris ke Tuas Link) then berhenti di Stesen Lavender (rujuk pada laluan hijau - East West Line). Daripada Stesen Lavender ke hostel ni just walking distance je, lalu shop lot menuju ke King George Avenue. Sebenarnya mula-mula confuse juga nak cari tempat dia, then kitorang jalan ikut naluri je (haha..), tengok-tengok dah sampai. Kalau tak ada internet jangan risau, map transportation route ni korang boleh dapat masa beli Tourist Pass ataupun boleh ambik peta Singapore kat Airport. Makanan halal pun senang nak cari kat kawasan ni.

3. Itenerary
Sekarang kita masuk ke bahagian itenerary.

Day 1 - Hari pertama kitorang sempat cover beberapa tempat iaitu kawasan Arab Street, Bugis Street, Kampung Gelam (Malay Heritage Center), Merlion Park, Marina Bay & Garden by the Bay. 


Kawasan Arab Street

Kalau nak beli cenderamata dengan harga yang agak murah better beli kat kawasan Arab Street ni. Masjid Sultan juga terletak di kawasan Arab Street.

Murtabak Singapore
Beryani Ayam
Kemudian kitorang singgah makan di Restoran Zam Zam yang femes di kalangan pelancong tu untuk try murtabak Singapore ($7) dan Beryani Ayam ($7). Portion Beryani Ayam tu memang sangat banyak, lebih baik kongsi dua orang. Tapi bagi aku beryani dia tak sedap pun (jujur tak?), sebab biasa makan yang lagi sedap kot. Tapi Murtabak tu memang sedap!

Malay Heritage Centre, Kampung Gelam
Day 2 - Universal Studio Singapore & Little India

Tiket masuk ke Universal Studio Singapore kitorang dah beli siap-siap dengan agent before pergi. Masa kitorang beli tu dalam RM 210, kalau rajin cari boleh dapat yang lagi murah.




Day 3 - BooksActually 

Last day kitorang tak kemana-mana, cuma singgah di BooksActually di Tiong Bahru je sebelum bertolak balik.

Adorable sangat kucing nii...

Alamat: BooksActually, 9 Yong Siak St, Tiong Bahru, Singapore 168645. 


Baliknya kitorang ambik bas Causeway dari MRT Kranji ke Larkin Sentral dengan bayaran cuma RM 4.50 atau 1.50 SGD. Boleh je bayar guna mana-mana currency. Tiket bas tu jangan hilangkan, sebab lepas checking kat imegresen untuk sambung perjalanan perlu tunjukkan tiket bas tu pada konduktor bas.

Akhir kata kalau nak jimat pergila day trip then stay je kat Johor 😂


8 comments:

  1. bujang2 ni boleh la nak berpackpacker.. dah kahwin ada anak, dah susah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pha is.. lebih2 lagi kalau ada anak kecik lagi susah nak jalan2 walaupun dekat..

      Delete
  2. Salam Fatin & semua :) jika berminat bole Dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS/GardensByTheBay/SEA Aquarium dll) All at %Discount Price! bole hubungi saya WHATSSAPP +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
  3. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete
  4. Masuk uss 2 leh main mcm2 mainan dia ke cth roller coaster dia semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya awak.. Masuk then boleh main semua benda..

      Delete