Assalamualaikum w.b.t..
Beberapa hari tak bersiaran, disebabkan kesibukkan. Empat hari outstation dari hari Isnin then petang tadi baru balik rumah. Minggu ni destinasinya ke Johor dan Pahang. Isnin sampai Rabu menetap di Hostel NIOSH Wilayah Selatan di Senai untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Bukit Besar, Kulai Johor.
Kemudian semalam dari Kulai terus menghala ke Kuantan dan untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Panching, Kuantan. Kat sinipun siap awal, sebelum pukul 12 tengah hari dah siap, dan minggu ni aku cuba buat spirometry.. Rasa seronok pulak minggu ni.. haha.. :D
Sebenarnya tak semua pekerja akan dipilih untuk buat Medical Surveillance ni, pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada persekitaran yang berbahaya contohnya terdedah kepada penggunaan bahan kimia, habuk, haba, debu dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka diutamakan dan kosnya ditanggung oleh syarikat berkenaan. Biasanya bila sampai ke site, firstly incharge person di tempat yang berkenaan mestilah menyediakan list nama pekerja yang terlibat kemudian borang akan diedarkan untuk diisi oleh pekerja-pekerja tersebut. Minggu ni semuanya agak smooth sebab tempat yang disediakan tak crowded sangat, lagipun kurang sikit gangguan minggu ni sebab kalau nak compare dengan minggu lepas di lafarge time aku buat ujian mata ada je yang jadi 'pembantu tambahan'. =.= Main tunjuk ikut suka hati dia je.. Bukan apa, dah jadi mengganggu kerja orangkan, lagipun nanti buatnya tersilap tulis result dalam form tu macam mana..
Pasal ujian mata ni, kebayakkan beranggapan lebih senang mereka hafal huruf-huruf yang ditampal pada dinding tersebut. Kalau memang dah hafal, sedangkan tak nampak sangat huruf-huruf tersebut macam tak ada guna juga buat ujian tu. Sedangkan yang nak dinilai adalah tahap kerabunan bukannya tahap mengingati huruf. Manakala untuk ujian rabun warna pula menggunakan buku Test For Colour Blindness yang mengandungi nombor berwarna di dalam bulatan dan mereka dikehendaki menyebut nombor yang mereka nampak. Pada mereka yang rabun warna akan ada nombor-nombor sama ada hijau atau merah yang mereka takkan nampak. Macam tadi time aku buat ujian ni pada sorang pak cik, then pak cik tu cakap pada kawan dia "eh.. dia sekolahkan aku balik..." errr... =.=
best of luck!!! :DD best jalan2.. :p
ReplyDeletebusy nye... hiiii
ReplyDeletewalaupun ada dugaan tapi seronok kan tengok tempat org..boleh timba pengalaman baru :)
ReplyDeletetudia.. sibok bebenor nmpak..
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar..
ReplyDeletemama pun sama jugak, subuh baru mama sempat muncul..
ReplyDeleteJauh perjalanan luas pengalaman.. semoga terus berjaya ye.. aamiin.. :)
ReplyDeletewah busynya. tapi seronok sebab byk pergi tempat2 lain. cuma penat lah kan. huhu
ReplyDeleteish busy and mesti penat gilaaa ah ughh hihihihi
ReplyDeletegoodluck tauuuu kak fatin wawa :)))
blogwalking...
ReplyDeletekadang saya suke bile bz..rasa kekal aktif berbanding duk umah semata..rasa letih je nanti..hihi
ReplyDeletecost outstation niosh tanggung ke?
ReplyDeleteYa.. betul.
Delete