Showing posts with label NIOSH. Show all posts
Showing posts with label NIOSH. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

Minggu Ketiga

Assalamualaikum w.b.t..

Beberapa hari tak bersiaran, disebabkan kesibukkan. Empat hari outstation dari hari Isnin then petang tadi baru balik rumah. Minggu ni destinasinya ke Johor dan Pahang. Isnin sampai Rabu menetap di Hostel NIOSH Wilayah Selatan di Senai untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Bukit Besar, Kulai Johor.



Sebenarnya tak semua pekerja akan dipilih untuk buat Medical Surveillance ni, pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada persekitaran yang berbahaya contohnya terdedah kepada penggunaan bahan kimia, habuk, haba, debu dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka diutamakan dan kosnya ditanggung oleh syarikat berkenaan. Biasanya bila sampai ke site, firstly incharge person di tempat yang berkenaan mestilah menyediakan list nama pekerja yang terlibat kemudian borang akan diedarkan untuk diisi oleh pekerja-pekerja tersebut. Minggu ni semuanya agak smooth sebab tempat yang disediakan tak crowded sangat, lagipun kurang sikit gangguan minggu ni sebab kalau nak compare dengan minggu lepas di lafarge time aku buat ujian mata ada je yang jadi 'pembantu tambahan'. =.= Main tunjuk ikut suka hati dia je.. Bukan apa, dah jadi mengganggu kerja orangkan, lagipun nanti buatnya tersilap tulis result dalam form tu macam mana..

Pasal ujian mata ni, kebayakkan beranggapan lebih senang mereka hafal huruf-huruf yang ditampal pada dinding tersebut. Kalau memang dah hafal, sedangkan tak nampak sangat huruf-huruf tersebut macam tak ada guna juga buat ujian tu. Sedangkan yang nak dinilai adalah tahap kerabunan bukannya tahap mengingati huruf. Manakala untuk ujian rabun warna pula menggunakan buku Test For Colour Blindness yang mengandungi nombor berwarna di dalam bulatan dan mereka dikehendaki menyebut nombor yang mereka nampak. Pada mereka yang rabun warna akan ada nombor-nombor sama ada hijau atau merah yang mereka takkan nampak. Macam tadi time aku buat ujian ni pada sorang pak cik, then pak cik tu cakap pada kawan dia "eh.. dia sekolahkan aku balik..."  errr... =.=

Kemudian semalam dari Kulai terus menghala ke Kuantan dan untuk buat Medical Surveillance di Kilang Sawit Panching, Kuantan. Kat sinipun siap awal, sebelum pukul 12 tengah hari dah siap, dan minggu ni aku cuba buat spirometry.. Rasa seronok pulak minggu ni.. haha.. :D

Monday, 10 February 2014

Minggu Kedua

Assalamualaikum w.b.t..



Masuk minggu kedua sebagai student praktikal di NIOSH, Bangi. Tadi baru dapat result untuk blood urine test BP Clinical Lab. Fail-fail merah kat depan tu hanyalah result kat satu tempat je, means banyak lagi lah results yang akan menyusul. Agak keletihan jugaklah nak key in semua data-data ni, lebih-lebih lagi kalau ada tulisan-tulisan yang sukar dibaca. Minggu ni dan minggu depan pun banyak tempat nak kena pergi untuk buat medical surveillance. InsyaAllah esok akan ke Perak selama 3 hari untuk buat medical surveillance kat Lafarge (kuari) di Ipoh dan Sungai Remis. Pada yang tak tahu apa itu medical surveillance nanti aku ceritakan ye.

Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar, ni first experience pergi buat medical surveillance sebelum ni cuma belajar dalam kelas je, tupun beberapa sem dah berlalu. Hopefully can gain more knowledge and experience after this. Walaubagaimanapun kena cari masa juga ni untuk complete kan report Final Year Project, hujung bulan ni dah nak kena hantar full report. Aduuhh..



Thursday, 6 February 2014

Minggu Pertama

Assalamualaikum w.b.t..


Sebenarnya nak update entri ni semalam, tapi disebabkan keletihan even sekarang pun mata dah ngantuk tapi layan blog jap. Hehe.. Alhamdulillah hari ni (5 Feb 2014) dah masuk hari ke-3 aku ber'intra' di NIOSH. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar walaupun masih rasa janggal. Disebabkan hari tu tak dapat keluarkan duit dari CIMB terpaksalah aku pakai wedges pada hari pertama tu, bila fikir-fikir balik rasanya I can't stand with the wedges I need flat shoes.... Petang tu lepas balik kerja terus pergi beli flat shoes. Bukan apa sebab jauh nak kena jalan, tunggu bas dan sebagainya flat shoes is the best option. 

First day hari tu tak buat apa, nganga je.. punyalah lama rasanya nak sampai ke petang. Tapi masuk semalam dah dapat kerja. Tugas pertama adalah key in health surveillance data. Hmm.. bila bercakap pasal data ni part yang paling memeningkan adalah bila nak key in incomplete data. Nasib bukan data FYP aku, kalau tak dah lama aku fill in the blank. Yela, data orang takkan nak buat sesuka hati sesedap rasakan. Sampai file-file tupun aku bawak balik rumah.. Kihkih.. Takut juga terhilang ke apa kan, camne nak ganti. Lagi satu part yang mencabar adalah part yang nak translate tulisan doktor. Mak aaaiiiihhhh... tulisannya straight je, huruf d nampak macam L, huruf H nampak macam N. Sesetengah perkataan tu bolehla agak, tapi sesetengah yang lain, yang straight tu memang tak boleh nak agakla, dah tak nampak rupa tulisan. =='

Hahaha... Ngantokla, nanti continue lagi ye. 


Saturday, 18 January 2014

Ubah Fikiran

Assalamualaikum w.b.t..




Sebelum ni aku ada post tentang internship placement dalam entri ni. Tapi beberapa hari ni baru dapat another offer daripada National Institute Occupational Safety and Health (NIOSH), HQ Bangi. Lama tunggu ingatkan dah tak dapat. Jadi selepas pertimbangkan baik buruk semuanya aku decide untuk reject offer dari Radicare dan terima offer daripada NIOSH. Lagipun aku memang lebih berminat dalam bidang OSH dan tak sangka ada rezeki pulak.. Alhamdulillah.. Tapi nampaknya tak jadilah nak praktikal kat Terengganu. 

Selain aku ada lagi sorang kawan yang dapat, means ok lah kan. Mohon hari tu pun saja-saja je cuba nasib, then beberapa hari lepas ada kawan bagitau dapat, rasa macam tak percaya pula. Hehe.. InsyaAllah akan memanfaatkan peluang yang ada ni sebaik-baiknya, menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang mungkin baru bagi aku nanti. Harap dipermudahkan semuanya.. :) :D