Assalamualaikum w.b.t..
Tajuk: Seperti Mencintaimu... Ain Penulis: Noor Suraya Terbitan: Adiwarna |
SINOPSIS:
Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati! - Adam
Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Dia bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus-menerus oleh anak manjikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan.
Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak tahu mahu memilih Haris yang lebih matang dan lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharapkan kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.
Pohon sena cabangnya empat,
Mari ditebang waktu pagi,
Kalau kena dengan makrifat,
Burung terbang menyerah diri.
Lalu yang membuat Ain tetap menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak kemana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja.
Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya. Pernah disuruh melupakan si dia..... ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. - Ain
.
.
.
.
Sebelum ni saya ada buat ulasan tentang novel Kekasih Waktu disini. Novel ni mengandungi 663 muka surat. Seminggu jugalah aku ambil masa untuk habiskan. Hehe.. Lebih kurang jadi bed time story jugalah. Menelaah beberapa bab setiap malam sebelum melelapkan mata. Masa ke PBAKL hari tu saya tak sempat beli buku ni, mungkin dah kehabisan stok untuk hari tu. Jadi bulan lepas aku ushar kat kedai buku Popular, Alhamdulillah ada.. :D
Ain Najwa adalah fresh graduate yang sedang mencari pekerjaan. Selepas dapat panggilan temu duga dari Baki Publishing, Ain sangat berharap dia akan dipilih oleh Pak Baki untuk memenuhi jawatan kosong tersebut, walaupun dia perasan Haris iaitu anak kepada Pak Baki seperti tidak menyukainya. Biasalah dah nama pun fresh grad pada mulanya memang tak kisah sangat soal gaji atau apa-apa jelah, asalkan dapat kerja tu.
Pada mulanya aku ingatkan Haris adalah hero utama dalam novel ni, rupanya tidak. Aku sangat tertarik dengan watak garang 'sweet-sweet' Haris tu, dan aku rasa setengah daripada cerita ini, watak Haris lebih banyak menonjol daripada watak Adam. Oh, Adam adalah kawan satu kelas Ain Najwa semasa sekolah menengah. Rupa-rupanya dalam diam Ain dan Adam saling menyimpan perasaan, sampai habis sekolah, sampai habis U pun perasaan tu masih disimpan kemas dalam hati masing-masing. Bagi Ain, Adam tu adalah jejaka idaman dia. Takdir menemukan semula Ain dan Adam di USM Pulau Pinang sewaktu majlis konvokesyen Ain. Selepas pertemuan tu, mereka selalu keluar sama-sama dengan salah seorang lagi rakan sekolah mereka iaitu Maisarah, rakan sekerja yang juga merangkap kawan serumah Ain. Ain sangkakan Adam lebih tertarik kepada Maisarah kerana Maisarah lebih aktif dan ceria daripada Ain, tanpa Ain sedar sebenarnya Adam hanyalah nak buat dia rasa cemburu. Tapi Ain tetap bersahaja sehingga Adam rasa Ain sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pun pada dia.
Haris pula dalam garang-garang dia sebagai bos di pejabat rupanya tak sedar dah jatuh sayang pada Ain. Tambah lagi Ain disayangi oleh emak dan ayah Haris kerana Ain juga merupakan anak kepada rakan baik ayahnya dulu. Kerana berkenan dengan Ain, emak dan ayah Haris berniat untuk menjodohkan mereka, tambahan pula emaknya risaukan keadaan Haris yang seolah-olah anti pada perempuan selepas tunangnya lari mengikut lelaki lain beberapa hari sebelum perkahwinannya. Selepas Haris berubah perangai, tak lagi garang-garang pada Ain, Ain jadi serba salah untuk menerima Haris atau tak. Dengan keluarga Haris dia dilayan dengan penuh kasih sayang, tapi keluarga Adam pula, emak Adam tidak menyukainya.
Tapi akhirnya Ain tetap memilih Adam.. Cinta pertamanya. You can take a second to fall to someone, but you need the rest of your life to forget that someone. Dan aku faham kenapa Ain memilih Adam. Hihihi~~ 😜
Selepas berkahwin kesetiaan Ain diuji apabila Adam terlibat dalam satu kemalangan di pelantar minyak ketika bertugas. Ain berkorban menjaga Adam bertahun-tahun dan bersabar dengan kerenah Adam.
Tapikan bila baca bahagian cinta Haris ditolak tu tak tahu kenapa aku pula rasa patah hati. Tapi kalau akulah, aku pilih Haris kot. Hahaha.. Ter'over' pulak kaauu.. K,bye! 😜😜
Selepas berkahwin kesetiaan Ain diuji apabila Adam terlibat dalam satu kemalangan di pelantar minyak ketika bertugas. Ain berkorban menjaga Adam bertahun-tahun dan bersabar dengan kerenah Adam.
Tapikan bila baca bahagian cinta Haris ditolak tu tak tahu kenapa aku pula rasa patah hati. Tapi kalau akulah, aku pilih Haris kot. Hahaha.. Ter'over' pulak kaauu.. K,bye! 😜😜
the end... hbis satu buku,,, :p
ReplyDeleteBukan emo..tapi menghayati..
ReplyDelete@PeRdU cINta Hehe.. Yang itupun betul jugak..
ReplyDeleteSure feeling klu baca novel ni.. :)
ReplyDelete