Sunday, 30 December 2012

Kusangka panas hingga ke petang..

Assalamualaikum w.b.t..

Hey.. hari ni aku nak bercerita. Tapi aku pun tak pasti ceritanya best atau tak..

Bermulanya..
Pada satu pagi yang cerah, mtahari bersinar-sinar. Matahari kelihatan kemerah-merahan dari ufuk timur..
Dhia memejamkan mata,membiarkan udara nyaman pagi membelai tubuh dan mukanya.. Terasa ion-ion yang bercas positif menyerap ke dalam badan..
Hah! sungguh bersemangat rasanya..
Bibirnya tersenyum. 
Permulaan hari yang baik fikirnya..lalu semuanya mula direncanakan, merancang untuk ke suatu tempat. Tempat yang dah lama dia teringin untuk pergi..

Tapi...disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Segala plan yang sudah dirangka seolah-olah tergendala. Namun Dhia tetap berusaha memastikan apa yang dah direncanakan berjalan lancar. Cuaca bukan halangan fikirnya. Menjelang ke petang, hujan masih lagi belum berhenti. Malah makin lebat. angin yang kencang, guruh dan kilat yang sabung-menyabung. Maka Dhia berfikir mungkin hari ini bukan rezekinya, Allah tak mengizinkan lagi. Hatinya terasa sedih.. Semangat yang terbit sebermulanya pagi tadi terus hilang. Terasa diri bagai diselubungi bayangan gelap.. Ya Allah... kenapalah Engkau turunkan hujan disaat aku bersemangat dan gembira?? kenapa Engkau tidak terus kurniakan kebahagiaan itu terhadapku.. Engkau rampas, matahari yang mula menyerikan hidupku, Kau datangkan hujan, hujan yang merosakkan segala rancanganku..

Tiba lewat petang, hujanpun berhenti.. nun.. jauh dikaki langit kelihatan pelangi yang indah. Subhanallah.. cantiknya engkau pelangi.. tapi engkau juga tidak kekal. Sekadar pelangi petang..
Malamnya,setelah usai makan malam, Dhia dan keluarga menonton berita di televisyen. Akibat hujan yang lebat siang tadi telah menyebabkan tanah runtuh berhampiran dengan sebatang jalan.. Ye.. jalan itu.. kalau dia pergi juga tadi dia perlu melalui jalan itu. Dan kalau dia pergi juga tadi apa yang akan terjadi kepadanya?? mungkinkah akan mengalami nasib yang sama seperti mana sekeluarga yang terbunuh akibat kereta mereka terperangkap dalam tanah runtuh itu?? Terus Dhia keluar,merenung ke dada langit.. bintang berteraburan. sungguh cantik sekali. Dan Dhia mula berfikir..
Sebermulanya hari, aku punya matahari yang cantik..
walaupun tengahhari dan petangnya hujan turun mencurah-curah..
Petangnya aku punya pelangi..
dan malamnya Dia memberiku hamparan langit cantik yang berbintang..
walaupun segala rancanganku rosak pada hari ini, tapi tanpa sedar Engkau telah menyelamatkan ku..
Engkau masih panjangkan umurku, masih mahu meminjamkan nyawa ini kepadaku..
Engkau masih memberi peluang dan ruang terhadapku untuk terus bernafas dalam mentaatiMu dan rasulMu..
Aku insaf Ya Allah..
Ya Allah... ampunilah aku yang sudah bersangka buruk terhadapMu..

Sebak sudah menguasai diri,lalu.. setitik demi setitik air matanya jatuh..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Well begitulah cerita tentang Dhia..untuk terapi jiwa aku kira..
untuk kita sentiasa ingat manusia merancang, tapi Dia yang tentukan..
Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan tidak bermakna Allah lupakan kita, tidak sayangkkan kita..
Ujian hujan terhadap Dhia sekaligus merosakkan rancangannya untuk ke satu tempat, Allah tidak mengizinkan..bermakna itu bukan untuk dia, bukan rezekinya.. namun.. ternyata disebalik ujian itu, ada hikmahnya.. :')
Yang penting kita bersangka baik denganNya.. bersangka baik, bila Dia menarik sesuatu daripada kita bermakna itu bukan yang terbaik untuk kita.. lalu digantinya dengan sesuatu yang lebih baik..
namun harus diingat,sebaik manapun apa yang kita semuanya tidak akan kekal, melainkan DIA yang satu..

Kegembiraan, kesedihan dan semuanya Dia datangkan tidak akan kekal..
Oleh itu waktu gembira ingatlah adanya kesedihan
Waktu sedih ingatlah pasti ada juga gembira buatmu
kerana Dia tidak pernah melupakan kita..

Inginku buang apa yang keruh, dan kembalikan apa yang jernih..
Aku berusaha.. Ya Allah.. janganlah Engaku jadikan aku seorang yang berputus asa lagi..
T__T

2 comments: