Wednesday, 26 December 2012

keropok lekor + cheese diakhir tahun...

Assalamualaikum w.b.t..


Hi.. selamat petang.
Hari ni, pagi-pagi lagi aku bersiap. Pandang langit, masih mendung, diselaputi awan-awan yang kehitaman. Hujan turun tak lagi selebat semalam dan kelmarin.
Matahari masih lagi malu-malu, hanya sesekali mengintai disebalik awan. Main sorok-sorok pulak ye dia.
Baju yang lembap, ada bau sikit, so semburlah febreez..
ahaks~~
Pagi tadi aku keluar pegi pasar minggu, hajat dihati nak beli keropok lekor. Dari malam tadi aku terbayang, keropok lekor + cheese..hmm.. yummy..

Air paip sedingin ais! menggigil rasanya..
then aku bersiap dulu before mengejutkan adik aku. kalau aku tak siap lagi, then aku kejutkan dia konfem-konfem lah dia akan siap dulu pada aku. kalau dia siap dulu pada aku, terpaksalah menahan telinga mendengar dia membebel, aku lambat bersiap..
"ala.. ileks la bro..baru tunggu kakak, tak tunggu bini lagi"
kehkehkeh~~

sampai kat pasar..
aku: sebatang seringgit setengah. nak berapa batang?

adik: ambikla 4 batang. sembilan ringgit..

aku: 1=1.50,4=9.00.. ?? 
*kat mana kau belajar mengira ni?? =.="

aku pandang adik. mata merah, pipi dia kaler pink.. hakhakhakahak..
lu apehal bro..
lorh.. rupanya tak cukup tido.. sampai mengirapun  dah tersalah..
mamai..mamai.. sepanjang jalan muka macam jeruk buah betik je..
yang bezanya jeruk buah betik tu orang tengok berselera, yang ni tengok pun tak de selera.. 
marah dia aku kacau dia tido, pepagi kejutkan dia ajak pegi pasar..

takpe..takpe.. yang penting keropok lekor cicah cheese da dapat.. alang-alang dah kuar belilah banyak-banyak.. wat stok musim hujan.. hohoho..
^o^

hari ni dah 26 December 2012..
setahun yang lalu, ada kawan yang mengadu hatinya kecewa. kasih yang disemai bertahun-tahun,ibarat daun yang layu, mati dihujung dahan. tapi apakan daya, aku juga tak mampu untuk menolong. Alhamdulillah aku tengok dia dah semakin pulih, bukan setakat pulih malah dah betol-betol pulih. Bezanya tempoh setahun tu.. Dan aku pun harap setahun akan datang aku sendiri akan betol-betol pulih..pulih dari rasa kecewa.. macam dia jugak.. InsyaAllah..

2012 mencoret sejuta kenangan..
tahun yang paling banyak dugaan aku kira. tapi terima kasih ya Allah kerana kau tak pernah lupakan aku. azam aku tahun depan tak banyak.. cukuplah aku belajar untuk redha, jadi seorang yang lebih kuat, sedaya upaya untuk memastikan setiap detik hidup aku adalah moment yang terindah.. 

Let by gone, be by gone..
yang dah lepas biarkan je berlalu, tak guna dikenang dan tak guna ditangisi sedangkan semuanya dah terjadi..sedangkan bumi tetap juga berputar.. 
kehkehkeh.. sedihla pulak.. 

nothing to say more~~
just appreciate apa yang kita ada sekarang, sebab kita tak tahu bila-bila masa je kita akan kehilangan semua tu.. 

Just SMILE
;)

2 comments: