Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamualaikum w.b.t..


Hai semua.. Sebelum hakak malas dan bertambah malas hakak rajinkan juga diri untuk update sementara ada cerita yang boleh diborakkan ni.. 😳 Minggu lepas berkesempatan ke Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Oklah untuk aktiviti hujung minggu daripada mereput bosan tak buat apa. Kitorang bertolak dari Ampang dalam pukul 6.45 pagi sebab expect bolehlah sampai awal sikit. Tapi disebabkan sistem navigation aku yang terok, pakai waze pun boleh sesat makanya pukul 8 pagi jugakla gerak sebab tak jumpa cari rumah sorang member ni.. 👅 

Kitorang sampai ke sini di bantu oleh Google Maps, lalu jalan alternatif melalui Lembah Beringin yang spooky giler macam masuk dunia zombie. Dibantu pula dengan keadaan cuaca yang mendung, gerimis sekejap-sekejap, rumah terbiar bersepah ditumbuhi lalang, sepi bagai diserang garuda. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam pukul 9.15 pagi nampakla pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling. Hmm.. tapi minta maafla takde gambar pintu gerbang. 

Bayaran masuk cuma RM1 seorang. Sebelum memulakan perjalanan perlu daftar diri di kaunter tiket dan pengunjung dibenarkan membawa makanan sendiri. Tapi.... dengan syarat makanan berbungkus waima air mineral botol sekalipun perlu di declare dan pengunjung perlu membayar deposit untuk makanan berbungkus yang dibawa. Kalau bawa dalam tupperware sendiri tak perlu bayar deposit makanan. Tujuannya adalah untuk memastikan pengunjung tidak membuang plastik mahupun sampah merata-rata. Dan aku rasa kaedah ni agak berkesan sebab sepanjang trek perjalanan sampai ke air terjun memang bersih. Bersih yang dimaksudkan adalah takde sampah yang dibuang merata-rata tak macam keadaan Air Terjun Sungai Tekala yang mana sisa picnic ditinggalkan bersepah-sepah.


Aku suka trek dia sebab tak perlu hiking.. Cuma perlu redah air dan panjat sikit-sikit je. Ngeh3.. So, takdela penat sangat. Kalau yang macam kat Hulu Perdik tu, mengah jugakla nak boleh sampai.



Duk cakap pasal Santuari Ikan, tapi gambar ikannya takde. Haaa.. Nampak tak? 👆
Ini je gambar ikan yang ada.. Tapi seriously banyak giler ikan kat sini. Sepanjang-panjang sungai tu korang boleh nampak ikan berenang-renang di tepi-tepi sungai. Bila bagi makanan melompat-lompat, berduyun-duyun datang. 🐟🐟🐟


Selepas meredah enam lintasan (ntah berapa kilometer, jalan dalam setengah jam jugaklah) inilah lokasi paling atas yang pengunjung boleh naik. Sampai kat air terjun ni bolehla nak mandi-mandi atau main-main ngan ikan. Kat sini pun ada berjuta-juta lemon ikan, besar-besar pulak tu. Kalau nak beli makanan ikan boleh beli di kaunter tiket dengan harga RM 2 sahaja untuk satu plastik ataupun kalau bawak roti bolehla share dengan ikan-ikan tuh. Confirm ikan tu akan datang berkerumun. Fuuhh.. geram betol nengoknye..

Bila pergi musim2 hujan berhati-hati, kalau boleh elakkanlah sebab bahaya takut ada kepala air. Rezeki kitorang haritu Alhamdulillah cuaca ok walaupun pagi tu macam bergerimis sikit. Kalau tak, tak sampai jugak. 😂



Monday, 15 August 2016

Trip ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum w.b.t..

4 Ogos malam bertolak ke Kuala Besut dari Kuala Lumpur (TBS), harga tiket dari TBS, KL ke Kuala Besut adalah RM 40.10. Aku ambik trip E-Mutiara pukul 9.30 malam, sampai di hentian Kuala Besut dalam pukul 4.30 pagi. Kat sana, 2 orang kawan aku dah tunggu. Subuh tu kitorang berhenti solat di Masjid yang berdekatan. Surau pun ada, tapi kecil sikitlah. Ikut plan kitorang akan ambik boat tengah hari sebab perlu tunggu sorang lagi member yang belum sampai.

Jeti Kuala Besut
Hari pertama (5 Ogos 2016)

Kitorang check in dah tengah hari.. Boat dari Jeti Kuala Besut ke Pulau lebih kurang setengah jam. Sampai je terus ke kaunter receptionist dan dapat kunci bilik. Kitorang menginap di Samudra Beach Chalet, Pulau Perhentian Besar. Lepas hantar barang terus lunch. Oh ya, makanan kitorang pihak chalet yang sediakan sebab dah include dalam package. Petangnya lepas dah membersihkan diri, solat semua kitorang just jalan2 tepi pantai, lepak kat jeti, ambik gambar, aktiviti bebas dan tengok mat saleh berjemur. Opss.. Haha..






Hari kedua (6 Ogos 2016)

Breakfast disediakan pada pukul 8 pagi. Lepas breakfast kitorang menikmati bayu pagi sambil basahkan kaki di pinggir pantai. Pukul 10 pagi bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling. Kami di bawa ke 4 lokasi snorkeling point iaitu Marine Park Perhentian, Turtle Poin, Nemo Point, Shark Point dan last sekali singgah di Lata Air Berani.




Petangnya kitorang ambil trip Island Hopping ke Pulau Perhentian Kecil. Kami singgah di Kampung Nelayan, mendaki ke Windmill, jalan-jalan di Long Beach dan ke Romantic Beach for sunset viewing.







Hari ketiga (7 Ogos 2016)

Hari ni dah tak buat apa sangat. Lepas breakfast jalan-jalan sekejap, lepas tu terus masuk bilik untuk kemas-kemas barang. Kitorang check out awal sikit dalam pukul 11 pagi, tunggu dalam 20 minit boat sampai terus bertolak balik ke jeti. Sampai di jeti barulah kitorang cari kedai cenderamata sebab kalau kat pulau harganya lagi mahal.

BAJET:
Pakej all in one 3H 2M (penginapan (family room) + makan (2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner & 1 BBQ) + snorkeling trip with equipment + boat transfer (jeti-pulau-jeti)) RM 330
 Island Hopping (Kg Nelayan, Long Beach, Windmill & Romantic Beach) RM 40
Tiket bas (return) RM 80
Total = RM 450

Actually aku tak sure harga pakej tu mahal or murah, tapi lepas compare2 harga pakej dengan chalet/resort lain ni adalah antara yang termurah. Benefit ambil pakej dah tak payah fikir pasal nak makan apa semua, cuma sediakan sedikit wang lebih in case kalau ada aktiviti tambahan yang lain yang korang nak buat.

NOTES:
#penginapan di Samudra Beach Chalet, Perhentian Besar
#pakej di bawah Golden Coral Travel & Tours (selain Perhentian, banyak lagi pakej percutian ke tempat lain yang ditawarkan dengan harga bajet, boleh ushar page dorang di facebook)
#Harga pakej berbeza mengikut jumlah peserta, jenis bilik dan student akan dapat harga lagi murah. ;)