Saturday, 19 July 2014

Kesempatan ini..

Assalamualaikum w.b.t..


Apabila sentiasa berada di zon selesa, kadang kala membuatkan kita terleka, terlena. Lalu Allah datangkan musibah kepada kita. Kerana mungkin sudah lama kita tidak meminta kepadaNya, Dia rindukan rintihan, tangisan suara kita. Supaya kita sedar hanya Dia sahajalah yang Maha Esa, tempat kita meminta, yang memelihara, Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala di langit dan di bumi. Maha Mengetahui segala yang terjadi, segala hikmah yang tersembunyi..

Manusia menjadi kering hati, apatah lagi punya perikemanusiaan dan belas sesama insan. Kuasa menjadi tunjang, yang lemah makin ditindas. Nyawa itu umpama mainan, seperti lupa nyawa itu hanya satu, tiada dua, tiada tiga. Kita.. tidak punya kuasa untuk bersuara kadang hanya mampu melihat, membantu sekadar yang terdaya dalam keterbatasan yang ada. Paling tidak pun, tangan ditadah, doa dipanjatkan hanya kepadaNya, mungkin itu juga mampu menjadi sumbangan untuk ummat sejagat. Kini baruku mengerti erti sebenar "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."

Jika masih diberikan kesempatan untuk bernafas hari ini bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih punya peluang untuk bertaubat. Mungkinkah dosa kita sebanyak buih dilaut, seinfiniti pasir di pantai? Namun Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani. Semoga dosa-dosa kita sentiasa terampun dan terus kuat menghadapi segala yang mendatang, segala fitnah di akhir zaman ini. Tidak bahagia di sini tidak mengapa, janji Allah itu pasti.. SyurgaNya yang indah pasti menanti. Itulah kehidupan yang hakiki. Tanpa bom, tanpa bedilan disana sini.. 




v.v







9 comments:

  1. Bersamalah kita semua terus berdoa semoga Allah melindungi & permudahkan segalanya buat hamba2Nya.. Salam Ramadhan Wawa.. :)

    ReplyDelete
  2. hai fatin.. tu la kan, bila selalu berada dlm zon selesa ni kdg2 kita lalai..kita terlupa utk bersyukur nikmat yg diberi T___T

    smoga kita sentiasa tak lupa bersyukur pd nikmat yg Allah bagi kan..



    salam ramadhan fatin :)

    ReplyDelete
  3. @Khir Khalid Amiinn.. Salam Ramadhan En.Khir.. :))

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Khairuddin Lim InsyaAllah..Semoga Allah terus melindungi kita semua.. Amiinn..

    ReplyDelete
  5. @anamizu InsyaAllah.. salam ramadhan juga.. :)

    ReplyDelete
  6. apa yg berlaku adalah rahsia Allah..kita hanya mampu berdoa..Allah tak kan uji jika kita tak mampu nak tanggungnya

    ReplyDelete
  7. bersama sama lah kita berdoa agar kehidupan kita akan sentiasa dilindungi olehNya....Amin!!!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. bila kita selesa dan senang... kita mudah untuk lupa akan diriNya... akan kesenangan yang diberikanNya... dan yang paling penting kita jadi lupa untuk bersyukur... minta dijauhkan...

    ReplyDelete