Assalamualaikum w.b.t..
Pada masa sekarang banyak medium-medium lain yang membolehkan kita menghantar ucapan-ucapan raya dengan lebih senang, ringkas dan pantas bagi menggantikan kad raya. Penghantaran kad raya ni sebenarnya sangat-sangat nostalgik dan mempunyai nilai-nilai sentimentalnya yang tersendiri. Tahun-tahun yang sudah dari aku tingkatan satu lagi aku juga selalu berbalas-balas kad raya dengan kawan-kawan. Kalau tak beli kad raya yang dah siap, ada juga yang buat sendiri. Maklumlah masa tu penggunaan telefon bimbit dan internet masih belum meluas, jadi kad raya dijadikan medium untuk menyampaikan ucapan Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan.
Contoh Kad Raya |
Kelebihan Kad Raya adalah kita dapat menyimpannya dalam tempoh yang lama tanpa perlu memadamnya bila inbox penuh dan boleh ditilik tanpa perlu membuka laptop, telefon pintar ataupun sebarang gajet. Apabila disimpan untuk satu tempoh yang mungkin agak lama, kita pasti akan tersenyum sendiri membaca bait-bait kata yang telah dicoretkan dan ingatan kepada si pengirim kembali menerjah. Dia bagaimana ya sekarang? Sihatkah? Beraya dimana? Dengan siapa? Baju raya dia warna apa ya? Ingatan yang membawa rindu.. Rindu kepada sebuah memori.
Tahun lepas berpusing-pusing aku mencari kedai yang ada menjual kad raya di pekan berdekatan rumah. Akhirnya jumpa juga, tu pun pilihan tak banyak sangat walaupun mungkin dibandar-bandar masih banyak kedai-kedai terutamanya kedai-kedai alat tulis yang menjual pelbagai pilihan dan design kad raya. Harap-harap pada masa akan datang kad raya akan terus wujud dan tidak hilang ditelan zaman. Ataupun nak senang zaman sekarang buat je kad raya design sendiri kan, yela sekarang ni pasti kebanyakkan orang mempunyai laptop, printer dan segala kelengkapam sendiri dirumah. Tapi tahun ni tiada kad raya kepada sesiapa yang aku kirimkan. Walaupun mungkin tiada kad raya, tiada sms atau tiada balasan kepada segala ucapan-ucapan kalian namun ingatan untuk kalian sentiasa ada bersama-samaku.
Ingatan tulus ikhlas dariku, Fatin Wawa. :)
Haha! Saya pun penggemar kad raya. Simpan dari darjah 4. Kalau baca semula memang gelak la dengan ayat sama.. ayat skema. Tapi sayangnya, semua kad raya tu dah rosak dalam banjir tahun lepas dan sekarang tak ada satu pun dalam simpanan.
ReplyDelete@wanariahamiza Kan.. ayat memang skema habis.. hehe. mmg sedih kalau kehilangan brg yg kita simpan bertahun-tahun..
ReplyDeletesaya suka simpan kad lama..banyak memori indah...
ReplyDeleteDah lama juga saya tak dpt kad raya.. tp tahun ni meriah pula... alhamdulillah... :)
ReplyDelete