Tuesday, 14 January 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat

Assalamualaikum w.b.t..


Klik banner untuk join..

Alhamdulillah.. cuba juga untuk join segmen ini walaupun kekangan masa. InsyaAllah semoga mendatangkan manfaat kepada kita dalam mengingati sirah dan perjuangan baginda Rasulullah SAW. Oleh itu disini ingin aku kongsikan sebuah lagu daripada kumpulan In-Team yang bertajuk Halimatus Saadiah.. Lagu ini berkisahkan tentang bagaimana seorang bayi yang bernama Muhammad mendatangkan seribu rahmat kepada wanita yang bernama Halimatus Saadiah tersebut yakni ibu susuan baginda Rasulullah SAW.


Halimatus Saadiah (In-Team)

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Bila ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugat deria ibu yang bersemi dijiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Kau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah dipinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakkan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah
Kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir keyataan
Tidakkan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman


Daripada lagu tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa betapa beruntungnya Halimatus Saadiah dapat menyusukan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang mana telah membawa rahmat kepada seluruh kehidupan dan sekaligus menambahkan rezeki Halimatus Saadiah yang merupakan antara insan terawal yang muncul dalam permulaan kehidupan baginda Rasulullah SAW. Dengan ini semoga kecintaan kita kepada baginda tetap subur didalam hati. Marilah bersama-sama kita menjadi umat akhir zaman yang hebat kerana mampu menanamkan dan menyuburkan kecintaan kepada baginda walaupun tidak pernah bersua muka. Salam Maulidur Rasul.. :)




26 comments:

  1. Assalamualaikum... Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad ..

    Senarai Peserta : http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/peserta-segmen-dan-kempen-blogger.html

    Masanya untuk kita mengenali dan menghayati Cinta Rasulullah..
    1. Blogwalking
    2. Follow
    3. Hayati Perkongsian Cinta Rasulullah


    Abak pun tak terlintas pula pasal Ibu susuan Nabi... Memang sangat brtuah kan.. Kita tringin sngat nk jmpa Nabi apatah lagi nak bsama Baginda.. moga2 Dngan selawat dan usaha mmperingati ini mnjadi nilai diakhirat kelak.. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. InsyaAllah. semoga kita mendapat peluang bertemu baginda disana nanti..:)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian :)
    hebatnya Rasulullah :) salam maulidur rasul..syira dtg dr segmen yg sama :)

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidul Rasul ..

    selamat bersegmen wawa :)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Maulidurrasul 1435H.. nnti nk join juga.. :)

    ReplyDelete
  5. salam maulidur rasul kak wawa :)

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul.. selawat ke atas baginda rasullullah saw.. insya-Allah nak join juga nanti.. :D

    ReplyDelete
  7. salam maulidur rasul wawa..
    menarik jugak segmen mcm ni ye.. :)

    ReplyDelete
  8. salam maulidur rasul dari mama,.

    basahkan lidah kita dengan berselawat ke atas Baginda

    ReplyDelete
  9. Follow sini 220
    Salam maulidur rasul, CN dari segmen yang sama : http://cekgunorazimah.blogspot.com/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum :)
    Datang dari segmen yang sama :)
    Follow sini :) Sollu Alan Nabi :)
    http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html

    ReplyDelete
  11. Salam, kiera dari segmen yang sama, perkongsian yang bagus. Salam Maulidur rasul ya ^^ . Follow sini juga :)
    Salam maulidur Rasul ya :)
    Segmen dan Kempen Blogger Berselawat

    ReplyDelete
  12. salam maulidur rasul wawa
    semoga kita contohi sifat2 rasulullah saw....

    selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar... Salam Maulidur Rasul..
    Shad suka jugak dengar lagu ni..
    From segmen sama, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html
    shad folow sini.. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad...

    ReplyDelete
  14. selamat bersegmen ^_^
    salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  15. terima kasih cik fatin atas perkongsian lagunya.
    seriyesli, ini first time saya tahu pasal lagu ni.
    tadi search kat youtube n dengar, sedap juga.. ^^

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum
    http://dhiadirham.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    ReplyDelete
  17. yu datang dari segmen yg sama... ada masa nanti singgah la ke blog ayu ye...tq

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/01/kempen-dan-segmen-blogger-berselawat.html

    ReplyDelete