Sunday, 12 January 2014

Cerita Malam Hujan #1

Assalamualaikum w.b.t..


Berusaha juga nak update entri ni walaupun internet connection kejap-kejap putus.. :p Right now aku dalam bas. Cuma nak cerita apa yang berlaku malam tadi. Malam tadi pun hujan lebat, dalam pukul sebelas lebih, dengar suara orang bercakap-cakap kat tepi jalan depan rumah aku. Memang biasa malam-malam kalau tak rempit pasti yang ada buat aksi ala-ala Revolusi KL Drift atas jalan tu. Lepas tu mak buka tingkap intai apa benda yang dibisingkan. Aku cakap kat mak, biar je la tak payahlah sibuk manalah tau hal peribadi orang kan. Kemudian time nak masuk tidur, kedengaran bunyi anak kucing mengiau. Ayah buka pintu dapur kelihatan dua ekor anak kucing yang ditinggalkan ditepi jalan tu. Ya Allah.. punyalah kejam sampai sanggup tinggal anak kucing tengah hujan lebat macam tu. Aku ingat nak pegi ambil tapi disebabkan dah larut malam dan hujan lebat mak suruh tunggu esok. 

Pagi ni bunyi tu dah tak ada. Tak pe la kan kot-kot dorang pegi berteduh kat lain. Kemudian tengah berkemas-kemas ayah panggil cakap anak kucing tu berteduh disebalik rumput-rumput basah kat tebing depan rumah aku tu Aku pegi ambil. Memang kesian, dua ekor anak kucing tu saling berpelukkan antara satu sama lain, terketar-ketar suara dah tak keluar sebab terlampau sejuk. 



Nilah dua ekor anak kucing tu.. Masa aku masuk dalam rumah cari kain untuk keringkan dorang, dorang terjilat-jilat sisa makanan Junior (kucing kakak) dan Oyeng (kucing sepupu sebelah rumah). Kemudian ayah bagi makanan kat dorang, dan aku balutkan badan dorang dengan kain tu. Masa nak keluar rumah tadi aku tengok dorang dah tertidur... Kesian kan.. tak patut betul tinggalkan kucing dalam hujan lebat macam tu. :(

Sekarang tak sempat sangat nak blogwalking, nanti 15 haribulan aku ada presentation FYP. Tapi tak siap sepenuhnya lagi. Dalam bas ni memang tak dapatlah nak wat kerja.. hmm.. layan Running Man lah kejap. Kihkih.. Nanti aku blogwalking ye.. ;) 

35 comments:

  1. Kesian kucing tu kesejukkan.
    All the best wawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian.. InsyaAllah thanks kak atien..:)

      Delete
  2. itulah memng letih kalau nak update entry kalau conection internet..putus..2 manja..

    kesian kucing tu..smoga smuanya dpmudahkan :)

    ReplyDelete
  3. kesian kat diorg..
    anyway, good luck presentation fyp..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya.. jaga je lah wawa, mudah2an bertambah berkat kehidupan sbb membantu nyawa walaupun haiwan.. semoga berjaya dgn presentation ye.. all the best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. terima kasih en.khir..:)

      Delete
  5. kesiannya.. huhu.. ni wawa ambik bela lah ye? bertuah kucing tu. nasib baik jumpa org yg kesian tgk kucing2 tu kesejukan. buatnya org tu buang dkat dgn rumah org yg tak suka kucing.. lg kesian. huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. nasib baik tak mati kesejukkan..

      Delete
  6. Baiknya ayah kak fatin wawa :D Hihihii
    bagus!!! what a sporting daddy hihihhik
    hm belakang rumah qila bersepah kucing baru T_T
    ramai buang sini haih.
    <333
    kesian kucing tu :)
    alhamdulillah selamat. Hiihihiih thanks to u lah! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rmai orang yg suka buang kucing ni kan.. hmm..

      Delete
  7. take a good care of the kittens ye hehe

    and all the best for your fyp presentation. practice a lot okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. I will do the best.. thanks Fae..;)

      Delete
  8. ala kesiannya kucing tu.. mesti dia kesejukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tersangat kesejukkan, sampai shaking satu badan..

      Delete
  9. alhamdulillah, berbakti kepada haiwan baik ganjarannya, pasti si kucing tersebut mendoakan kebaikan tuan barunya.. inshaAllah. good luck with the presentation cik fatin.. =)

    ReplyDelete
  10. kasihan kucing tu, zalim betul orang yang sanggup buang dia.. :(
    semoga urusan berjalan lancar.. all the best untuk presentation itu adik fatin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula memang tak patut buat macam tu.. hmm..
      InsyaAllah..thank kak aiza..:)

      Delete
  11. kesiannya.. dah lah dorang tu comel... meh sini la.. nak bela.. ada ke patut pergi buang.. isk3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai hati orang yang buang mereka tukan..

      Delete
  12. kesjukan eh..kesiannya anak-anak kucing tu, naluri manusia yg ada perasaan kasih...teruskan niat baik fatin tu ye.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian.. InsyaAllah PCL.. :)

      Delete
  13. jangan bagi kucing2 tu kesejukan wawa, kesian dorang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. nasib baik tak mati kesejukkan..

      Delete
  14. may god bless all of you. comel jaa kucing 2 ekor tuh, tp kesian dibuang, time ribut plk tuh t.t ..

    ReplyDelete