Thursday, 16 January 2014

Love Canal

Assalamualaikum.w.b.t..

Setiap jenis sisa-sisa yang dihasilkan mempunyai cara pelupusan yang tersendiri. Maka cara pelupusan yang betul adalah sangat penting bagi memastikan ianya tidak mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan manusia khususnya. Pernah dengar tentang tragedi Love Canal?Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi satu tragedi yang melibatkan kesan sisa kimia berbahaya yang telah dilupuskan dengan cara yang salah diberi nama Terusan Cinta ataupun 'Love Canal" .


Gambar-ihsan Google

Love Canal terletak berdekatan dengan Niagara Falls, New York. Kawasan ini pernah menjadi kawasan penimbusan lebih kurang 21,000 tan sisa toksik oleh syarikat Hooker Chemical sekitar tahun 1940-1950an dahulu.  Kemudian syarikat ini telah menutup terusan yang telah dijadikan kawasan pelupusan sisa toksik itu dan telah menjual tanah tersebut kepada Niagara Falls School Board. Syarikat itu cuba untuk mencuci tangan atas kemungkinan yang bakal terhasil daripada aktiviti mereka tersebut. 

Sekitar akhir tahun 1970an orang ramai telah mula sedar selepas mendapati terdapat pelbagai masalah kesihatan yang dialami oleh mereka termasuklah epilepsy (kerosakkan otak dan masalah saraf yang menyebabkan sering diserang sawan), asthma, migraine, nephrosis (penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang), kadar kecacatan yang tinggi pada bayi yang dilahirkan (birth defect) dan juga keguguran dikalangan ibu yang mengandung pada mereka yang tinggal berdekatan kawasan tersebut. Pada akhir 1970an salji turun tanpa henti menyebabkan sisa-sisa kimia tersebut telah meluluh keluar daripada saliran air bawah tanah dan juga sistem kumbahan ke anak-anak sungai berdekatan dan juga ke kawasan-kawasan kejiranan yang berdekatan dan juga ke kawasan sekolah yang telah dibina diatas terusan yang telah ditimbus tersebut.


Gambar- Ihsan Google



Pada tahun 1978, darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Jimmy Carter susulan daripada perhimpunan tunjuk perasaan penduduk disitu dan seramai lebih kurang 239 buah keluarga telah dipindahkan. Walaubagaimanapun masih terdapat sebanyak 700 buah keluarga yang tidak dipindahkan memandangkan mereka dikategorikan sebagai kawasan yang kurang berisiko walaupun tinjauan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan NYS ketika itu mendapati terdapat juga sisa-sisa kimia tersebut meresap ke kawasan penempatan mereka. Setelah menghadapi desakkan daripada aktivis-aktivis yang meminta untuk memindahkan keluarga yang masih berbaki disitu. Akhirnya Carter terpaksa mengisytiharkan darurat kedua pada tahun 1981. Jumlah kesemua kos penempatan semula mangsa-mangsa dianggarkan sebanyak 17million USD.

Kejadian ini menjadi salah satu contoh kepada dunia bahawa bahayanya sesuatu sisa yang tidak dilupuskan dengan betul. Ini baru melibatkan sisa toksik kimia kalau bahan radioaktif lagilah bahaya kerana jangka separuh hayat sesuatu bahan itu terlalu lama untuk terurai, oleh itu timbullah isu apabila pembukaan Lynas di Gambang, Kuantan. Semoga tragedi seperti di Bukit Merah suatu ketika dahulu tidak berulang. Huhu..

p/s: Tapi sekarang ni heboh pula pasal isu kangkung.heeee~~ ;)

23 comments:

  1. 1st time pulak dgr cerita tentang Love Canal ni.. thanks!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. harap dapat menambahkan informasi.. :)

      Delete
  3. owh...first itme gak dengar pasal love canal nie..igtkan dia ade kisah romantic di sebalik namanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itula first time dengar dulu sebab kena buat assignment.. tapi agak menarik juga namanya.. :))

      Delete
  4. akak pun baru pertama kali tahu mengenai sejarah love canal ini.. bahayanya sisa toksik yang tidak diuruskan dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. memang bahayakan akak.. memang kena ikut cara pelupusan yang betul..

      Delete
    2. kalau ikut SOP yang telah ditetapkan insya-Allah selamat.. klik 2 kali ikea. :D

      Delete
  5. Replies
    1. sebab dah agak lama, mungkin sbb tu juga kurang diketahui..

      Delete
  6. wow.....
    love canal huh?
    hehehe ingat love stuffs dah tadi ehehehe :D
    Gila ah. Toksik je boleh jadi rugi million kan haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sisa toksik kan.. mana boleh dibuat main-main.. :)

      Delete
  7. Perkongsian yg sgt baik & amat menarik.. sy pun 1st time tahu ttg ni.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat fatin..ni baru tau pasal love canal ni..tq kongsi info :)

    ReplyDelete
  9. perasan tak cik Fatin, nama memang dah indah "Love" canal, tapi sayang ia tak se'love' yg disangka.. Sekarang, kita lihat je la kesudahan isu Lynas bagaimana... tungggu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. hmm.. semoga tidak mendatangkan kesan yg tidak diingini kpd penduduk spt kes2 yg pernah berlaku..

      Delete
  10. oooooooo tergamam sekejap...baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap dapat memberi input yg berguna.. :)

      Delete