Wednesday, 8 January 2014

Report Writing

Assalamualaikum w.b.t..



Ni port aku buat kerja dalam bilik. Duduk kat bawah je, sebab kertas dan fail banyak sangat kalau duk atas meja confirm tak muat. Lagipun meja dalam bilik aku ni dah penuh dengan barang-barang lain, malas nak alihkan. Buka meja, duduk bawah je la. Nasib baik dua minggu ni kakak aku tak ada, pergi ke Johor dapatlah aku conquer satu bilik. Bukan main cekang lagi aku buat kerja sampai guna dua laptop.. kihkih.. sebenarnya dua-dua ni laptop pinjam.. haha.. yang besar tu, yang mana aku guna untuk taip report FYP adalah laptop kakak aku. Notebook kat sebelah tu sepupu aku punya, dah berkurun tinggal kat rumah aku, biasanya adik aku guna. Petang ni ambil la jap, pinjam untuk online sebab kalau online kat laptop kakak aku tu abislah jem nanti sebab berat sangat maklumlah laptop lama. Laptop aku tak jadi arwah lagi masih boleh guna tapi malas nak buka, sebab kalau buka cepat panas tapi masa adik aku guna dia cakap ok je. Apa-apa pun aku tak guna laptop sendiri sebab tak boleh nak install SPSS. InsyaAllah akan pulang semula ke U untuk pembentangan beberapa hari lagi, pulang awal sikit sebab dah lama tak jumpa dengan supervisor aku. :p

Petang ni rehat-rehat jap sambil tolong adik aku buat kek coklat sempatlah blogwalking jap.. Dan kejap lagi nak kena sambung balik buat report tu sebab banyak lagi yang nak kena taip. Pening jugalah tadi, mencari tests yang sesuai untuk digunakan, lepas try and error banyak kali dan geledah balik nota-nota lama dapatlah pencerahan sikit.. Oklah, got to go now, need to continue my report writing sebab ingat nak tidur awal sikit malam ni.  Thanks sebab sudi singgah disini.. ^^,

26 comments:

  1. cik akak pun lau buat kerja...meja mmg tak cukup..hihi...

    cik akak klik semua iklan dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang memerlukan space yang besar.. hihi.. thanks cik akak.. :)

      Delete
    2. Yup, sy kalau buat kerja dengan kertas & fail berlambak pun, buka meja kecik duduk kat lantai je.. hehe

      Delete
    3. Haaaa.. senang macam tu kan.. hehe.. ;D

      Delete
  2. Mmg lebih selesa klu buat kerja kat bawah mcm tu.. guna meja stail jepun tu. Sambil buat kerja, sambil dgr radio ke, tengok tv ke.. santai juga kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.. memang best.. lebih2 lagi kalau time malam2.. buat kerja sambil dengar radio.. hehe..

      Delete
  3. WAH?
    Akk sempat buat kek cekolet? Nak gak T_T
    hihihihi betul, qila pun nak tidor awal ni
    goodnight kak fatin wawa!!!! <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai lah sini qila.. hehe.. goodnite.. budak2 mmg kena tidur awal.. hehe.. ;D

      Delete
  4. teringat zaman dulu kala... SPSS, supervisor, esaimen.. alhamdulillah, dah lepasi semua tu..

    caiyok cik fatin! good luck with your report!

    qila kat atas tu, tidur2222.. ish3... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rindu jugakan dgn semua ni.. thanks Gee.. :D

      Delete
  5. lebih selesa buat kerja kat bawah macam tu.. wah.. sampai 2 laptop guna tu.. hehe.. semoga dapat siapkan semuanya dengan sempurna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah akak, macam ssh pulak nak online laptop besar tu sebab berat.. hehe.. amiinn.. terima kasih kak aiza.. :))

      Delete
  6. to your best for the report writing wawa...
    maaf ika pun tak tahu nak komen apa sangat sebab tengah macam blur.... T_T

    ReplyDelete
  7. Hihihi report writing da lama tinggalkan zaman u. Apa pun zaman U la paling diingati. Bila da keje ni mula rasa menyesal tak belajar bebetoi. Rasa malas sgt je nk belaja. haha Okey apa pun buat btol2 na?? Hihihi done follow u, Sudi2 follow me back key :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rindukan.. hehe... thanks sudi singgah dan follow..:)

      Delete
  8. Do the best report ye fatin

    p/s:Fiza dah promote blog awak dalam kategori personal.Thanks join :)

    http://www.azhafizah.com/2014/01/kenali-blogger-melalui-blog-personal.html

    ReplyDelete
  9. Biasalah sama ada student ke dah bekerja ke....buat report mmg tak boleh lari....sabar ajelahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. setiap pekerjaan itu pasti ada tugasnya.. :)

      Delete
  10. teringat sy dan roommate dulu. masa final exam dah takde rupa bilik dah bilik ktorg tu. dah rupa mcm lori kertas terbalik. haha. dah taknampak dah lantai mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ye ke.. memang betul2 study hard tu.. hehe..

      Delete
  11. dulu sy buat keje kat atas lantai gak...actually ade meja kecik macam orang jepun pakai tu..tapi yang tak bestnya kalau duduk lama lama nanti sakit pinggang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. saya guna meja yg mcm tu je la.. hehe.. agakla..mmg sakit pinggang duduk lama2..

      Delete
  12. tudia.. sampai 2 laptop.. good luck..

    ReplyDelete