Assalamualaikum w.b.t..
![]() |
Klik banner untuk join.. |
Alhamdulillah.. cuba juga untuk join segmen ini walaupun kekangan masa. InsyaAllah semoga mendatangkan manfaat kepada kita dalam mengingati sirah dan perjuangan baginda Rasulullah SAW. Oleh itu disini ingin aku kongsikan sebuah lagu daripada kumpulan In-Team yang bertajuk Halimatus Saadiah.. Lagu ini berkisahkan tentang bagaimana seorang bayi yang bernama Muhammad mendatangkan seribu rahmat kepada wanita yang bernama Halimatus Saadiah tersebut yakni ibu susuan baginda Rasulullah SAW.
Halimatus Saadiah (In-Team)
Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Bila ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya
Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugat deria ibu yang bersemi dijiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta
Halimatus Saadiah
Kau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah dipinggiran
Kau menyusui insan pilihan
Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakkan membiak subur berganda
Halimatus Saadiah
Kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah
Pada sejarahmu terukir keyataan
Tidakkan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman
Daripada lagu tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa betapa beruntungnya Halimatus Saadiah dapat menyusukan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang mana telah membawa rahmat kepada seluruh kehidupan dan sekaligus menambahkan rezeki Halimatus Saadiah yang merupakan antara insan terawal yang muncul dalam permulaan kehidupan baginda Rasulullah SAW. Dengan ini semoga kecintaan kita kepada baginda tetap subur didalam hati. Marilah bersama-sama kita menjadi umat akhir zaman yang hebat kerana mampu menanamkan dan menyuburkan kecintaan kepada baginda walaupun tidak pernah bersua muka. Salam Maulidur Rasul.. :)