Monday, 28 October 2013

Lawatan Ke Kilang Roti Gardenia

Assalamualaikum w.b.t..


Hari tu aku terbaca post di fesbuk tentang roti yang dianyak menggunakan kaki.. eeuuuwwww... Tapi tak sure la betul atau tak kan, atau kilang roti mana yang buat macam ni. Kadang-kadang kita kurang mementingkan khasiat dan kebersihan penyediaan makanan tu sendiri bila terlampau memilih produk yang murah. Sure la kalau ada kilang roti yang anyak guna kaki nampak sangat kurang berkembang dari segi teknologinya. So, kat sini apa yang aku nak kongsi ialah macam mana nak pilih roti yang tak dianyak guna kaki. Eh, tak de la.. hehe.. 

Sem lepas under subjek Food Hygiene kitorang berkesempatan melawat sebuah kilang roti Gardenia yang baru dibukak di Shah Alam.. Kat situ kitorang berpeluang melihat sendiri proses-proses yang dilakukan sebelum jadinya sebuku roti. Kat Shah Alam semuanya terdapat 5 buah kilang roti Gardenia. Tapi kilang yang kitorang pergi ni kilang yang buat roti sandwich atau roti putih dan jugak waffer. Kat situ memang banyak la pengetahuan baru yang dapat, tapi sayang kat dalamnya tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Yang aku ingat banyak mesin-mesin hi-tech dan yang paling penting walaupun hi-technology digunakan tapi dari segi pembuatan masih mengekalkan proses-proses tradisional contohnya macam doh yang telah diuli dengan menggunakan mesin akan direhatkan selama beberapa jam bagi menghasilkan tekstur roti yang lembut.. Bau dia... maaakk aaiiiihhhh... tak yah cakapla, semerbak baunya.. 

Dan yang paling penting tiada keraguan status halal roti ni sebab kat dalam company tu dorang dah ada their own Halal Committee... Seperti yang kita sedia maklum Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan share holder terbesar dalam kilang roti Gardenia sekarang. 

Antara roti keluaran Gardenia yang aku suka..




Tapi yang paling best...


Dapat Goody Bag yang dipenuhi dengan produk keluaran Gardenia.. hehe.. Jadi model roti Gardenia kejap. Tapi gaya macam nak bagi penumbuk kat orang pun ada jugak.. =,=




Saturday, 26 October 2013

Hujung Bulan

Asslamualaikum w.b.t..


Hujung-hujung bulan bulan camni memang sengkek sikit sementara nak tunggu elaun masuk. Maklumla tau-tau je la kan taraf hidup kat bandar. Jangan kata kat bandar kat kampung pun sama sekarang. Macam tak de beza sangat. Tapi kalau kat rumah setakat nak dapatkan sayur-sayuran segar tu pegi je petik belakang rumah. Tegah hari tadi makan bubur nasi segera.. uuuhh... rasa melekat MSG kat tekak. Memang kurang berkhasiat. Meggi pun aku tak suka sangat, memang jarang la ada stok meggi. Last-last tadi..




Mee bujang.. letak fish ball dengan taugeh je.. Tapi alhamdulillah mengenyangkan. Total semua bahan-bahan hanya RM3.40.. dapat buat mee goreng satu kuali. Kalau makan kat kedai RM3.50 sepinggan. Alhamdulillah.. walaupun barang-barang naik harga tapi tetap ada barang yang murah. 

#Rezeki hari ini.. :)) 

Wednesday, 23 October 2013

Giveaway Jom Menang

Assalamualaikum w.b.t..


Ok.. saya pun nak join giveaway ni.. hehe.. 
Syaratnya simple je dan hadiah yang ditawarkan pun menarik..
Jom join.. :)



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Demam Denggi

Assalamualaikum w.b.t..


Tadi lepas kelas on the way balik umah terdengar lah pengumuman daripada Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang dorang nak buat fogging dalam pukul 6 setengah macam tu..aku tengok jam. Hampir pukul 6. Sempat la kot naik solat jap then baru turun balik. Sampai je kat rumah, baru aku perasan cardigan hitam kesayangan aku dua-dua tertinggal kat rumah. :( Apa lagi terus call mak suh pos sekali dengan charger phone dan tudung yang jugak tertinggal kat rumah. Kalau tak pos tak tau la bila lagi akan balik kampung. 

Bila sebut pasal fongging ni, fogging akan dilakukan bila adanya kes denggi yang dilaporkan. Berdasarkan pengumuman tu jugak dia ada mention yang ada kes demam denggi yang dorang terima. Dipendekkan cerita, teringat pulak aku akan satu kisah beberapa tahun lepas. Masa tu aku form 3 pertengahan tahun 2006. Waktu tu baru balik asrama lepas cuti mid sem. Kecoh sekejap kat asrama bila ada satu kes kematian melibatkan seorang pelajar tingkatan 2 iaitu junior aku masa tu. Da la satu aras. Terkejut jugak la.. Mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita supaya lebih berhati-hati dan jangan ambik remeh terhadap perkara yang kita sendiri tak nampak betapa seriusnya ia..

Mangsa telah disyaki mengidap demam denggi berdarah. Demam denggi ni simptom dia akan muncul lebih kurang seminggu selepas gigitan nyamuk aedes. Pada awalnya kita mungkin akan anggap ianya macam demam biasa. Tapi waktu tu sekolah baru bukak beberapa hari, tak sampai lagi seminggu, so mangsa disyaki terkena kat rumah waktu cuti tu. Berdasarkan cerita yang aku ingat la, ada jugak kawan-kawan arwah buat report kat warden asrama pasal arwah demam, tapi tak diendahkan sangat dan kawan-kawannya hanya diminta untuk memberikannya panadol. Sampai satu tahap arwah dah tak boleh bangun dan berjalan then barulah dibawa ke hospital. Kat situ doktor diagnose yang arwah terkena demam denggi berdarah, dan apa yang pasti dah memang sukar untuk diselamatkan. Darah mula keluar dari liang-liang roma, dan even air matanya pun keluar darah. Ini semua diceritakan oleh warden asrama yang juga salah sorang cikgu yang mengajar kelas aku. Apa yang lebih menyedihkan arwah tak sempat bertemu ibu bapa dan keluarganya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Masa dengar cerita tu rasa nak nangis pun ada.. Dan aku terfikir macam mana jika aku yang berada di tempat arwah.

Sebab tu la banyak kempen-kempen yang telah dilancarkan untuk membenteras tempat pembiakkan nyamuk aedes dan kita patut aware supaya kawasan rumah kita tak jadi kawasan pembiakkan nyamuk dan apa juga vektor yang membawa penyakit.


Sumber

Jadilah masyarakat prihatin..

Lepas kes tu tiap-tiap petang akan ada fongging daripada Jabatan Kesihatan. Kebiasaannya aku akan call mak selang sehari. Tapi waktu tu aku terputus bekalan duit syiling (masa tu tak mampu lagi nak guna handset) so dalam beberapa hari la jugak aku tak call mak. Then hujung minggu tu tiba-tiba ada pengumuman cari aku cakap parents nak jumpa. 3 tahun sekolah kat situ first time mak ngan ayah datang jenguk aku. Bukan apa, sebab jauh.. mula-mula aku ingatkan tersalah dengar ke apa kan. Rupanya betul mak ngan ayah datang. Dan waktu tu aku tengok mata mak merah... rupanya mak nangis, risau kalau apa-apa jadi kat aku sebab aku tak call rumah macam biasa.. hehe.. :D Sampai camtu sekali mak risau..


Thursday, 17 October 2013

Snapshot #3

Assalamualaikum w.b.t..


Salah satu hobi yang aku suka adalah snap gambar permandangan yang aku rasa cantik.. especially langit yang colourful.. Petang semalam aku memandang ke dada langit, bulan kelihatan cantik. Apa lagi bergegasla masuk rumah ambik kamera.. Tapi gambar kali ni tak banyak pun.. ada dalam 2,3 keping je..











Oh bulan.. enggan melayan diriku lagi.. heh! ;))




Monday, 14 October 2013

A blessed day...

Assalamualaikum w.b.t..



Seperti yang kita sedia maklum hari ini merupakan hari wukuf di Arafah.. 9 Zulhijjah 1434. Padang Arafah dinamakan sedemikian kerana menurut sebahagian ulama Nabi Adam as dipertemukan kembali ('arafa) dengan Siti Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari syurga dan bertemu kembali di Padang Arafah. 

Pada hari ini jemaah haji akan wukuf (berada) di Padang Arafah yang merupakan salah satu rukun haji. Wukuf di Arafah adalah kemuncak kepada ibadat haji. Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda bermaksud "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah". 

Firma Allah SWT yang bermaksud "pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu..." (al-maa'idah: 3)



Mari la sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan bersama dan umat Islam keseluruhannya.. Aminn..
Have a blessed Eiduladha.. :)




Saturday, 12 October 2013

Simple Giveaway by Ikhwan Yusuff & Fatin Wawa

Assalamualaikum w.b.t..


Memandangkan banyak Keychain yang lebih kitorang sepakat untuk membuat satu slot simple giveaway ni..
So sesiapa yang berminat dialu-alukan untuk join ye..

Klik banner untuk join


Syarat-syaratnya:

1) Pastikan korang buat post yang bertajuk "Simple giveaway by Ikhwan Yusuff"
2) Copy gambar diatas dan backlink pada post ni atau sini.
3) Follow blog Ikhwan Yusuff  dan Fatin Wawa. It is compulsory..
4) Add google+ Ikhwan Yusuff dan Fatin Wawa
5) Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 25orang
6) Tinggalkan URL korang kat sini..

Seramai 10 orang pemenang dicari. Pemenang akan ditentukan sendiri oleh penganjur. Keychain datang dari Perak, Terengganu dan Melaka. Jom, ramai-ramai join.. :)