Wednesday, 31 December 2014

Review 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Hari terakhir 2014 sebelum kita masuk ke tahun baru 2015. 2014 terasa sangat pendek dan cepat berlalu. Betul! Jadi untuk entri kali ini aku nak abadikan sedikit pengalaman dilalui sepanjang 2014. Checkitout!

Januari 2014- Masa ni masih kalut nak decide nak buat intern kat mana. Masa ni pun masih kalut touch up FYP untuk final presentation dan hantar full report. Apa yang aku ingat aku buat semua tu cuma mengambil masa 3 minggu. Memang nak kena tunggu 'adrenaline rush' dulu baru semua boleh setel. Sebab tu sampai sekarang masih berfikir-fikir lagi, bila nak sambung belajar lagi ni, sebab aku ni jenis rajin yang bermusim. >,<
Setel!
Februari 2014- Start intern di NIOSH Bangi. Kat sini banyak benda yang aku belajar (walaupun sebenarnya tak de la banyak sangat), tapi yang paling best banyak kali dapat jalan-jalan. Semasa intern ni juga aku dapat pergi tempat dimana kalau untuk saja2 aku rasa memang takkan pergi contohnya banyak masuk ke kawasan Felda dan kilang sawit. Minggu kedua intern dah dapat ikut dorang pergi buat 'medical surveillance' di Lafarge Pantai Remis dan Simpang Pulai, Perak. Ini adalah pengalaman pertama tengok macam mana 'medical surveillance' di jalankan. Untuk entri pasal intern adalah sikit2 aku update lepas tu macam bosan je. Hmm..
Spirometry. Hembus bang jangan tak hembus!
Mac 2014- Aku tak ingat sangat apakah perkara penting yang berlaku pada bulan Mac tahun ni, kecuali satu; 17 Mac iaitu hari lahir aku. Hehe.. Oh! dan juga peristiwa yang menggemparkan Malaysia dan juga dunia iaitu kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang tak jumpa. v.v #prayforMH370
Felda Residence Sungai Klah, Sungkai, Perak
Felda Residence Sungai Klah, Sungkai Perak
April 2014- Masa ni aku harap cepat2 lah bulan 5 sebab dah tak sabar nak habiskan intern dan balik rumah, dah satu sem tak balik. Ini adalah tempoh yang paling lama aku tak balik (setakat ni la). Masa ni aku fikir, tak bestnya kerja mungkin sebab masa tu tak de gaji. Tengok.. betapa tak ikhlasnya kan.

Mei 2014- Yeay... Akhirnya 'unofficially graduate'. Rongga pernafasan terasa lancar, udara kebebasan mula dapat dirasai. Badanpun terasa ringan, terawang-awang. Kemudian call mak, "mak, meh sini ambik kita kat sini. Barang banyak tak larat nak angkut sorang." Ketahuilah anda, disaat tiada orang lain disisi anda, ibu akan sentiasa ada untuk anda. 
Lepak ngan member sambil pekena ais krim susu kambing. Abang macho (la sangat) kat tengah tu belanja. Haha.. :p Taman Tamadun Islam, Terengganu
Jun 2014- Anak sepupu yang sebaya aku khawin. Siap pesan, "weh nanti aku khawin, mu kena balik." Adakah jika aku boikot majlis dia dulu, majlis aku juga akan diboikot nanti (yang entah bila)? Jadi balik tu aku tolong orang buat persiapan khawin. Nasib baik orang kampung aku tak ada (kot) yang 'kepochi' yang suka tanya "yang ni bila lagi?", sebaliknya pulak adalah, seperti sepupu aku, "kerja dulu, tak payah nak khawin awal2 sangat." Haha. Ok. :3 Lepas majlis belah perempuan kat Terengganu, kita pi Kedah bagi majlis bertandang belah lelaki.
Sama cantik sama padan. Nak duk tengah boleh? Eh.
Julai 2014- Tahun kedua aku berpuasa penuh kat rumah. Heaven ok. Tahun sebelumnya kebetulan cuti sem panjang. Dan tahun ni pun berpeluang lagi puasa penuh kat rumah, dan aku rasa ini adalah Ramadhan yang terakhir aku berpuasa penuh dirumah, yang mana mungkin lepas ni peluang seperti ni dah tak ada. ...........................................
Taman di dalam Muzium Negeri Terengganu. Bulan puasa pi lawat muzium, lelahlah jawabnye.
Sekali lagi negara digemparkan dengan peristiwa pesawat MAS MH17 di tembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia. Memula tahu kawan aku wassap, tapi malam tu dah tidur. Then, bagun sahur esoknya adik aku cakap Kapal Terbang Malaysia terhempas. Buka TV, Ya Allah.. rupanya betul. Menggeletar rasa badan, lepas sahur sampai ke pagi aku tak tidur. 

Ogos 2014- Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin. Pun raya sebulan dirumah. Anak2 buah mintak duit raya dan pandang aku dengan muka seposen. Kalau nak seposen tu adalah, tapi budak2 sekarang mana pandang duit seposen. Kita masa kecik dulu duit raya pun dapat dua posen, lima posen je, dapat seringgit pun rasa macam dapat sepuluh ringgit. Lepas raya timbul kesedaran aku harus cari kerja, sampai bila nak tanam anggur yang tak de pokok apatah lagi buah, kan? Terima kasih kepada anak2 buah kerana menyedarkan aku betapa sengkeknya aku sampai nak hulur duit raya kat dorangpun tak lepas. Maka itu, mulalah aku apply mana-mana jawatan kosong dalam Jobstreet.
Hari Raya Aidilfitri 2014. Posing dipagi raya. Abang dan adik.
September 2014- Hantar adik aku sambung belajar ke UIAM Gombak. Kemudian sehari lepas hantar adik terpaksa turun ke KL lagi sekali untuk menghadiri temuduga (tetiba dapat call). Rezeki pertengahan September bila dapat call daripada KPJ Ampang Puteri aku terpilih mengisi jawatan kosong yang ditawarkan. Gembira? Mesti. Sedih? pun ada juga. Takut, risau semua ada. Sampai baru minggu pertama kerja aku rasa macam nak berhenti dan sambung tanam anggur kat rumah. Heh. Homesick habes!

Majlis Konvokesyen. Ini aku tak pernah update. Bukan tak nak update. Tapi tak ambil gambar sangat. Jubah konvo tu merimaskan. Tak heranlah kawan sepupu aku cakap, "Wa, aku tengok kau dah macam lebah." Seriously.... Jubah tu besar gedabak. T.T Worse ok aku punya jubah konvo sebab masa pegi ambil jubah tu saiz tu je yang paling kecil yang tinggal.
Majlis Konvokesyen
Oktober 2014- Sebulan melalui kehidupan sebagai orang yang bekerjaya (la sangat). Best? tiada kata2 yang dapat digambarkan. Yang pasti setiap hujung bulan memang best, sebab gaji masuk.

November 2014- Dapat panggilan temuduga PKP daripada SPA, tapi malangnya..."Dukacita dimaklumkan anda gagal dalam urusan ini." Tak pelah, tak ada rezeki disitu.

Disember 2014- Banjir. Alhamdulillah kampung aku tak le banjir tapi banjir tahun ni memang dasyat kan. #prayformangsabanjir

Jangan lupa klik ye..
Selamat tinggal 2014.. Thanks for all the lesson, experience and everything. :) Esok cutikan? Selamat bercuti, berehat dan selamat tahun baru 2015.

Friday, 26 December 2014

Banjir Menutup Tirai 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Ujian banjir besar di negeri Pantai Timur menutup tirai 2014. Ujian yang dikirimkan oleh Allah SWT untuk menguji keteguhan iman hambaNya dan juga peringatan kepada mereka yang lain. Gambar ni semua dikirimkan ke whatsapp aku. Kepada pemilik gambar mohon share ye. Menurut kawan aku gambar ni diperoleh daripada mak kawan kakaknya yang mana aku yakin gambir ni diambil sebelum semuanya tenggelam. Dia hantar kat aku dengan 'caption', "..... tengok sekolah kau dulu, dah nak tenggelam.."

MRSM Kuala Krai

MRSM Kuala Krai

MRSM Kuala Krai

MRSM Kuala Krai

Aku rasa ni pun bandar Kuala Krai

Pasar Besar Kuala Krai- Tempat lepak suatu ketika dahulu

Rasanya yang ni SMK Manik Urai, Kuala Krai

Sungai Terengganu- Water Front Kuala Berang. Gambar yang dikirimkan oleh sepupu aku.

Gambar terkini semalam jalan berhadapan SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Air dah beransur surut.

SK Tengku Ampuan Intan Kuala Berang, Trg

Jambatan di Kelantan

Alhamdulillah kawasan rumah aku tidaklah banjir, cuma kawasan2 berhampiran contohnya jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu banyak yang dinaiki air, mereka yang berulang-alik ke tempat kerja terpaksa menggunakan jalan yang jauh. Di Terngganu kawasan yang teruk terjejas adalah Kemaman dan seperti yang kita sedia maklum kawasan yang paling teruk terjejas banjir tahun ini adalah Kelantan. Semalam sempat whatsapp kawan aku yang tinggal di kawasan Pengkalan Chepa. Katanya kampung dia pun dah banjir, hampir seluruh Kota Bharu terjejas dan sekarang merekapun perlu berjaga-jaga, air naik dengan laju. Sistem semua dah 'corrupted', bekalan elektrik semua dah terputus.

Hati terasa sebak seketika ketika membaca luahan mereka yang terperangkap dalam banjir yang mana akses bantuan ke kawasan tersebut sukar untuk ditembusi sekarang ekoran angin kencang dan terputusnya jalan darat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa2 pun kita doakan semoga keadaan ini beransur pulih dan bantuan yang sewajarnya dapat dihulurkan dengan segera.

Dengan terjadinya banjir seumpama ini, mungkin pihak yang berwajib perlu membuka mata untuk merangka plan banjir yang lebih efektif supaya jika keadaan yang sama berulang mangsa2 banjir tidaklah hilang punca untuk meneruskan survival hidup.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…" (Al-Baqarah: 286)

Semoga kita dibawah perlindunganNya sentiasa.. Amiinn...v.v
#prayforpantaitimur
#prayforMalaysia

notakaki: Gambar2 diatas bukanlah hak milik penulis.

Monday, 22 December 2014

Selamat Tinggal Abby Sayang

Assalamualaikum w.b.t..

Abby, nama secomel tuannya. Abby dilahirkan pada 1 April 2014. Disaat kelahirannya aku tiada dirumah sebab masa tu aku masih menjalani latihan industri semester terakhir pengajian. Mak aku cakap Abby comel, kecil dan mulutnya merah tapi sayang Abby tiada suara. Abby tidak berbunyi seperti kucing2 biasa. Disebabkan keistimewaannya keluarga aku semua sangat sayangkan Abby. Nama Abby juga diambil sempena nama watak Abby dalam drama Filipina Be Careful With My Heart. Disebabkan Abby ni tak berbunyi kakak aku dengan spontan menamakannya Abby.

Abby sewaktu kecil.

Keletah Abby yang sentiasa comel.
Kali terakhir jumpa Abby bulan lepas, masa tu Abby masih sihat. Tak sangka pula umur Abby tak panjang. Kalau ngan kucing-kucing lain ayah aku selalu gak marah-marah kalau dorang degil, tapi dengan Abby ni ayah aku siap bawa naik motor ajak pegi kedai. Haha.. Mak pun selalu peluk-peluk Abby.

Abby bersama Junior, si ibu

Tanggal 9 Disember yang lepas, Abby dah pegi buat selama-lamanya selepas hampir seminggu kemurungan dan tak makan. :( Diakhir hayatnya Abby sangat kurus dan... menyedihkan. Tasha dan adik-adiknya pun semua tak boleh survive. Pagi tadi Tasha pun mengikut jejak Abby dan adik-adiknya. Sekarang ni tinggallah Junior, si ibu dan Abit, si anak angkat.

Biasanya kematian kucing-kucing yang lain tak begitu meninggalkan kesan pada aku, tapi dengan Abby ni lain sikit. Satu benda yang aku belajar daripada Abby, jika kita betul-betul menyayangi, perasaan sayang itu akan datang tanpa paksaan dan bila ianya sudah tiada kita betul-betul akan rasa kehilangan.

Selamat tinggal Abby sayang :'(

Monday, 8 December 2014

Kecuaian

Assalamualaikum w.b.t..

Alkisahnya semalam, bosan duduk kat rumah tengah hari tu keluar untuk bersantap, lepas tu "ter"naik bas sampai ke stesen LRT. Da masuk dalam LRT tu minda ligat berfikir kemanakah arah tujuan? Nak pergi Berjaya Times Square, yes! sangat dekat tapi tak sanggup nak berasak naik monorel dengan crowd hujung2 minggu camni. Then aku rasa macam nak pegi lepak MPH Midvalley, tapi itu lebih mendera jiwa, buatnya banyak buku yang berkenan dihati, bajet dah takde ni.. Nak pegi Big Bad Wolf macam jauh sangat pulak, lagipun hari dah nak petang. Aku pandang langit, mendung. Tak payah tengok ramalan kaji cuacapun dah boleh agak petang mesti hujan. Lastly sampai Masjid Jamek, aku turun. Moh ler kita pusing satu dua round, hanya untuk membunuh kebosanan yang bersarang dihati. Kemudian aku masuk dalam satu kedai kat situ. Of course lah on sale. Buat2 la belek2 barang2 yang ada kat situ, dalam hati ada juga rasa nak beli, Tapi nafsu on sale perempuan ini tetap dapat dikawal. Heh! Terasa diri hebat sekejap. Tengah2 belek baju kat situ tiba2 akak kat tepi aku ni bersuara dengan muka panik, "hah!!purse saya.. alamak..." sambil tangannya ligat menggali lambakan kain2 dihadapannya. Dia pandang aku.. "tolong cari purse saya.. saya kepit tapi dah tak ada.." Akupun tumpang panik sekaki sambil meraba2 purse sendiri didalam beg. Huh! nasib baik ada. Aku pun tolonglah akak tu mecari dompetnya kot2 lah kan terselit2 dibawah kain2 on sale tersebut. Akak tupun hampir menangis, sambil berkata "macam mana saya nak balik?" Satu je aku berdoa masa tu, harap2 purse akak tu tak dicuri. Dalam kekalutan tu akak tu pun pergi jumpa pembantu kedai kat situ. Kurang 5 minit pembantu kedai tu panggil akak tu cakap dompet tu ada, dorang jumpa terjatuh. Alhamdulillah sebab dijumpai oleh orang yang jujur. Cuba kalau dijumpai oleh orang yang tangan panjang, memang kirim salam je lah nak dapat balik. Lepas tu akak tu pandang aku, "Saya rasa dompet saya tak jatuhlah. Betul.. saya selit kat ketiak saya." -,,-

Gambar- Ihsan google

Wahai puan2 sekalian.. ya.. kita suka shopping, tapi beringatlah untuk menjaga barang masing2.. Barang2 berharga seperti purse, handphone, etc pastikan letak dalam handbag janganlah pegang kat tangan sebab kita ni sering lupa. Duk leka2 shopping sedar2 purse yang dikepit bawah ketiak dah tak ada. Maklumlah perempuan bila shopping tak ingat dunia, anak pun boleh tertinggal. Lagi satu antara contoh kecuaian sendiri adalah masuk toilet purse letak kat tepi sinki lepas tu lupa nak ambil, masuk lagi sekali purse tu dah tak ada. Satu benda kita kena tanam dalam kepala otak, tempat awam,ramai orang dan kita tak tahu siapa yang keluar masuk, lalu lalang, anda rasa tempat tu selamat ke tak? Even dekat mana2 pun dah nama pun TEMPAT AWAM ataupun orang jawa panggil PUBLIC AREAS korang rasa selamat ke untuk mempercayai bahawa orang yang lalu lalang kat situ semuanya baik2? Dan satu lagi bila ianya disebabkan oleh kecuaian kita sendiri, don't put the blame on others. Bagi yang boleh terima kecuaian sendiri ok lah, tapi bagi yang suka duk salah2 kan orang ini masalah. Ini dunia, bukan syurga. Dunia dicipta tidak hanya untuk orang yang baik2, orang jahat pun tidak kurang ramainya atas muka bumi ni. 

Sunday, 7 December 2014

Review: RAUDHAH

Assalamualaikum w.b.t..



Tajuk: Raudhah
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 (2014)


SINOPSIS:

JOKER dan WHITE- gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka - 'Mawar Putih'. Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati.!

FARIS dan HAMBALI- dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang taat. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu 'taubat nasuha'.

CINTA- muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya 'Raudhah.' Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH- banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan taqwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikkan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.

....................................................

Prolog cerita dimulakan dengan taubat seorang lelaki yang telah dituduh melakukan pembunuhan di Madinah dan sedang menunggu untuk dijalankan hukuman pancung di dalam sebuah penjara di Jeddah, Arab Saudi. Lelaki tersebut digambarkan sudah benar2 bertaubat dan insaf atas segala dosa yang pernah dilakukan. Kemudian bermulalah episod cerita Joker seorang contact killer yang telah membunuh ramai ahli2 korporat dan ahli perniagaan yang terlibat dengan jenayah kolar putih. Penglibatan Joker (Faris) sebagai contract killer bermula apabila mengenali Joni, iaitu mentornya selepas dia lari dari kampung kerana tidak tahan didera oleh pak ciknya. Kedua ibu bapa Faris telah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu dia berumur 4 tahun dan terpaksa menumpang kasih keluarga bapa saudaranya yang tidak menyukainya.

Berikutan banyak kes pembunuhan yang telah dilakukan, pihak polis telah memburu Joker untuk dihadapkan kemuka pengadilan, namun usaha mereka hanyalah sia2 kerana Joker adalah seorang penjenayah yang licik. Disebabkan gagal menyelesaikan kes Joker, Detektif Azhar telah digantung kerja, dan tugas ini telah di ambil alih oleh Detektif Bisca. 

Sasaran yang terakhir dalam senarai wajib dibunuh  adalah  Brendan Cheung, seorang ahli perniagaan emas yang juga merupakan ahli kongsi gelap Shijue. Tetapi pada ketika itu nur hidayah telah mengetuk pintu hati Joker iaitu Faris untuk bertaubat selepas beberapa kali jantungnya dirasakan seperti bermasalah. Setiap kali selepas melakukan pembunuhan jantungnya pasti panas dan berasa sakit sehingga pernah pitam dan terpaksa dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). 

Setelah bertemu semula dengan sahabat lamanya iaitu Hambali, seorang ahli perniagaan makanan sejuk beku, Faris telah meminta pertolongan sahabatnya itu untuk membantunya bertaubat kerana dia merasakan hidupnya sangat kosong dan sunyi. Sewaktu zaman persekolah Hambali sering dibuli oleh gengster2 sekolah dan Faris telah menyelamatkannya. Faris mempunyai sikap pelik, suka menyendiri dan pendiam sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai kawan kecuali Hambali. Setelah Faris lari ke Kuala Lumpur hubungan mereka terputus hinggalah bertemu semula di Masjid Negara. Pada mulanya Hambali tidak menaruh prasangka buruk terhadap Faris dan menggangap Faris sudah berjaya setelah melihat kemewahan yang dimiliki oleh Faris.

Perkenalan dengan Junaidatul Al-Fatiah bermula apabila Faris telah ke Kuala Terengganu untuk menemui Hambali setelah menerima ugutan daripada White. Faris beranggapan bahawa Hambali sangat bertuah kerana mempunyai hidup yang bahagia, keluarga yang menyanyanginya, tunangan yang cantik dan dibesarkan dengan didikan agama yang kuat. Faris berhasrat untuk tidak lagi terlibat dengan dosa2 membunuh dan telah menolak permintaan White. Namun disebabkan keenganan Faris sebagai Joker untuk membunuh sasaran terakhirnya iaitu Brendan Cheung, White telah mengugut untuk membunuh Hambali setelah mengatahui Faris sentiasa berhubung dengan Hambali. Bagaimanakah nasib Hambali?

Permulaan peleraian cerita, Faris telah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah, namun kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Faris telah difitnah oleh seorang perempuan Arab atas tuduhan membunuh suaminya di Madinah yang akhirnya menyebabkan dia ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara di Jeddah. Didalam penjara tersebut Faris telah belajar membaca kitab suci Al-Quran dan benar2 bertaubat supaya matinya kelak sebagai seorang hamba yang bertaubat. 

Permulaan cerita sampai ke klimaks aku sangat teruja untuk mengetahui siapakah sebenarnya White.Namun pengakhiran ceritanya agak mengecewakan kerana  segala yang berlaku itu rupanya hanyalah pengaruh minda di bawah sedar. Dah tu siapakah Faris yang sebenarnya? Apa yang terjadi kepada Joker? Masihkah ada peluang ada ruang untuk Faris bertaubat? Siapakah jodoh Faris? dan siapakah White yang sebenarnya? :p

Walaupun tema yang digunakan masih sama dengan novel2 sebelumnya, hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan membunuh (Mandatori, Fiksyen 302, Mikhail), alam koma (Bagaikan Puteri, 9 Nyawa, Magis) tapi mesej yang ingin disampaikan sangat jelas iaitu pintu taubat sentiasa terbuka bagi setiap pendosa, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah dengan sebenar2 taubat (taubat nasuha) untuk mendapat pengampunan daripadaNya.