Tuesday, 31 December 2013

Hujung 2013

Assalamualaikum w.b.t..



Sumber gambar daripada print screen doodle Google

Amboi... korang tengok! angka 4 tu dah tak sabar-sabar nak replace angka 3 tu.. Hanya tinggal beberapa minit saja lagi untuk kita masuk ke tahun baru. So, sebelum beranjaknya tahun, dan perginya 2013 buat selamanya.(.hukhuk.. sedih..) ingin aku coretkan sedikit bicara sebagai penutup tirai 2013. Tahun ni merupakan tahun yang aku paling aktif berblogging selama hampir 3 tahun ni. InsyaAllah, azam untuk blog ni dah dinyatakan didalam entri ini. Mengenai azam diri pula aku rasa cukuplah untuk jadi seseorang yang lebih baik dari tahun ni. Yup.. itu azam utama aku. Lebih berfikiran positif, mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat. InsyaAllah... 

Terdapat juga beberapa suggestion daripada beberapa orang bloggers kearah penambahbaikkan blog aku ni.. antaranya..


Suggestion daripada Kak Aiza untuk membuat tabber widget. Sebenarnya lepas mendapat suggestion daripada Kak Aiza aku terus cuba buat tabber widget tu tapi malangnya nampak tidak kemas dan sedikit buruk sebab width side bar gadget aku ni terlalu kecil.. Jenuh juga adjust nak bagi nampak ok, tapi macam tak cantik je.. macam tak comel je.. then lastly aku buang balik. hehe..

Next suggestion daripada Aisya..



Sebenarnya masa mula-mula renovate hari tu lagi aku tak suka dengan width blog ni.. Jika ditambah kelebaran pada customize di template tulisan dan gadget pada side bar akan terkeluar melebihi garisan putih menyebabkan nampak serabut dan tidak kemas. Sebenarnya background yang aku gunakan ni adalah auto daripada Shabby Blog dan dikodkan pada ruangan javascript/HTML yang mana kelebarnnya memang dah tak boleh di ubah. Tapi sangat bersetuju dengan apa yang Aisya cakap tu. InsyaAllah nanti bila punya kesempatan aku akan ubah balik supaya ruangan menjadi lebih besar dan sedap mata memandang.. hehehe.. So, kepada sesiapa yang ada cadangan lain jangan segan-segan untuk nyatakan. Pandangan korang amat aku hargai.. ^_^

Now... untuk TOP 10 December Commentators.. hikss~~ 



1) Pha Is

2) Mizz Aiza (Dunia Kecil) 

3) Khir Khalid

4) Muhammad Khairuddin Lim

5) Azalan Strider

6) Affy Afiqah

7) Aisya

8) Nur Inani

9) wanariahamiza

10) Akeyla Azmi

Maaf sebab tak sempat nak buat imej yang lebih elok sebab kejar masa. Hehe..Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung kesini.. So, disini aku ingin mengucapkan Selamat Tinggal kepada 2013 dan Selamat Datang 2014!

Semoga kita semua sentiasa didalam keberkatanNya.. amiinn.. :))
Selamat Tahun Baru semua! 




Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. sempat juga join segmen anjuran Bro Pha Is.. last segmen bagi tahun 2013. Aku ingin meminta maaf kepada bloggers yang invite join segmen tapi tak sempat nak join. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku kongsikan, insyaAllah dalam entri selepas ini, dan aku cuba untuk taip entri berikutnya sebelum masuknya tahun baru. :D memandangkan ia sedikit berhubung kait dengan 'Azam 2014' so aku luangkan masa malam ni untuk join segmen ni. 




Klik banner untuk join

Kalau tahun lepas tak ada azam untuk blog, tapi tahun ni adalah satu dua azam..hehe.. Cuma alhamdulillah follower semakin meningkat, terima kasih kepada korang semua yang sudi follow sini, dan aku memang akan follow balik setiap blogger yang datang follow kecuali tiada link pada korang punya avatar dan tidak ditinggalkan jejak di shout box. So bagi sesiapa yang follow blog aku ni tapi aku masih tak follow balik sebab tak jumpa link, so korang boleh tinggalkan link blog korang pada shoutbox kat tepi ni. :D

Ok.. mengenai Azam Blog 2014 antaranya:

1) Of course lah nak menambahkan bilangan follower target berapa-berapa memang tak ada.
2) Kalau azam nak naikkan page rank rasanya ni mungkin azam tahun depan-depan.. hehe.. tapi kalau berjaya naikkan page rank dan pageview tahun ni alhamdulillah.. :D
3) Hopefully tahun depan akan dapat merasa first cash out daripada aktiviti berblogging ni macam korang-korang semua.. :D
4) Nak hias blog ni supaya lebih cantik dan teratur.. hihi..
5) Dan yang paling penting.. semoga pengisian blog aku ni lebih kearah pengisian yang lebih bermanfaat untuk diri aku dan semua readers yang berkunjung ke sini.. 

So, itu jelah kot Azam Blog 2014 aku.. Harap-harap dapat dicapai.. ;D


Monday, 30 December 2013

Last Final Exam

Assalamualaikum w.b.t..





Semalam aku dah pulang ke Kajang. Aduuhh.. nasib tak baik semalam sebab dapat bas yang kurang memuaskan. Sakit pinggang, bontot semua duduk dalam bas selama lebih kurang 8 jam tu. Tak pasal-pasal kaki aku yang dah nak baik ni, rasa sengal-sengal balik. Dua hari ni aku tak sempat nak buka blog sangat, maaf pada yang singgah kat sini, jap lagi aku balas kunjungan korang. =) 

Esok first and last paper untuk semester ni, dan juga last paper bagi aku sebagai degree student. Lepas ni mesti rindu zaman Campus Life, stay up study malam-malam. Hukhukhuk.. Tapi lepas esok tak habis lagi, nanti 17 haribulan Januari aku ada pembentangan Final Year Project. Yang tu pun tak siap lagi. =,= Awal Februari depan dah start parktikal

So, lastly aku ucapkan selamat menempuhi final exam kepada semua yang sedang bertungkus lumus study untuk final exam korang. Aku doakan semoga korang dapat jawab yang terbaik dan dapat score A+++ untuk subjek yang korang ambil. ;D Doakan aku dapat jawab juga esok ye! :))


Thursday, 26 December 2013

Ubahsuai

Assalamualaikum w.b.t..


Dari semalam cuba ubah sikit-sikit kedudukan widget blog aku ni.. Ada yang dah dibuang, ditambah dan dikekalkan. Pada bahagian atas side bar belah kanan dah diletak banner 'Welcome to My Blog' menggantikan widget yang aku ambil kat Shabby blog. =)

Dengan bantuan adik aku, aku mintak dia buat scrollbar pada column 'Paling Banyak Cakap', 'Komen Terkini' dan pada 'Blog List' supaya tak berjela-jela sangat. Sebenarnya dari hari tu lagi nak tambah blog dalam senarai bloglist tapi disebabkan ruang yang terhad nampak semak pula kalau banyak sangat widget kat tepi ni. So, bagi menambahkan bloglist aku letak senarai bloglist ni pada footer, ada dua column je. Then kat bawah bloglist aku letak label dan google plus follower. Kalau nak diubah semua memang tak rajinlah, lagipun aku baru renovate blog ni bulan lepas.

Oh ye..lagi satu..



CPUV aku taklah semeriah bloggers yang lain.. so kalau ada iklan INTI college tu kalau korang ringan-ringankanlah tangan untuk klik ye, aku memang sangat hargai.. ^^ Dan jangan lupa tinggalkan link blog korang ye pada ruangan shout box.. :)

Wednesday, 25 December 2013

Bukit Gambang Water Park #2

Assalamualaikum w.b.t..


Seperti yang aku bagitau dalam entri semalam berlaku sedikit kemalangan kecil, setelah membayar di kaunter topup, kami ke kaunter penyewaan pelampung. Semasa mengangkat pelampung yang sememangnya besar daripada aku, tanpa aku sedari kaki kanan aku terpele'ot dan aku terjatuh sambil terduduk. Aduuhh.. sakit betul! 

Gambar- Google

Macam nilah keadaan kaki aku ketika terjatuh tu. Ambil masa jugalah nak bangun, ingatkan dah tak boleh bangun. Dalam keadaan terhincut-hincut aku cuba bangun. Nasib baiklah tidak ramai yang perasan kerana sedang sibuk dengan pelampung masing-masing. Lepas tu terus tak de mood.. hmm.. Tapi dah alang-alang datangkan, aku buat-buat selamba je lah. Disebabkan kejadiaan ni, jadi hilang terus mood aku nak bermain dan bergambar. Adeh! Tu lah kan tak berhati-hati lagi.

Kami keluar daripada water park tu lebih kurang pukul 4 petang dan menuju ke bandar Kuantan untuk siggah makan dan jalan-jalan, maklumlah tak makan lagi. Kat dalam Gambang Water Park tu tak dibenarkan membawa makanan dari luar, nak beli kat dalam tu harganya sedikit mahal dari biasa. Kami singgah di East Cost Mall Kuantan. Masa ni kaki aku dah terasa makin sakit, semasa solat zohor pun tak dapat nak duduk dengan betul, sebab bila bahagian kaki tu tertindih memang rasa sakit. Kami berpecah, dan aku berjalan dengan seorang kawan aku mencari-cari tempat makan untuk mengisi perut. Lastly decide untuk makan di The Chicken Rice Shop. 








Lepas makan, kitorang pusing-pusing jap, teman kawan aku nak survey handbag untuk hantaran kahwin dia nanti. Tak sedar dah masuk maghrib. Sepatutnya berkumpul naik bas pukul 7.30petang, tapi disebabkan surau agak penuh, kami terlewat. Memang konfemlah tak ditinggal sebab ada lagi yang lagi lewat. Bertolak balik Terengganu lebih kurang pukul 8 lebih jugalah. Dalam perjalanan kaki aku semakin sakit aku check tengok-tengok dah semakin membengkak. Hidung pula rasa tak selesa macam nak kena selesema. Sampai di Bukit Besi singgah makan lagi sebab ramai yang lapar. Sampai rumah dah nak dekat pukul 12 malam jugalah. Setelah membersihkan diri, aku sapu minyak gamat. Dah 2 hari jalan terhincut-hincut ni.. Sebenarnya hari ni plan nak ikut sepupu aku pergi Kuala Terengganu tapi tak jadi sebab kaki masih sakit.. ehehe..



Tuesday, 24 December 2013

Bukit Gambang Water Park #1



Assalamualaikum w.b.t..


Semalam aku berkesempatan mengikuti aktiviti ke Bukit Gambang Water Park Kuantan anjuran gerakan belia kampung aku. Sebenarnya aku jarang juga menyertai aktiviti-aktiviti anjuran belia sebelum ini, dan kebetulan aku masih berada di kampung, oleh itu aku turut memberi nama untuk menyertai aktiviti kali ini. Kos pengangkutan dan bayaran masuk adalah 100% ditanggung oleh pihak penganjur dan kami juga diberi RM10 seorang untuk menyewa pelampung. Dah rasa macam program lawatan sambil belajar time sekolah dulu pulak. =='

Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 3 jam.








Pelampung yang disewa

Sewa pelampung untuk double adalah RM20 dan bayaran deposit sebanyak RM6 akan dipulangkan semula. Bagi sewa pelampung single adalah RM10 dan bayaran deposit sebanyak RM4 akan dipulangkan. Aku tak sempat nak snap sangat gambar-gambar permainan air yang ada disebabkan takut kamera basah dan juga sedikit eksiden kecil yang berlaku kepada aku. ==' Nanti aku ceritakan.


Penguin Island
Penguin Island sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya yang cetek dan kat sini tidak perlu guna pelampung.


River Journey

Coco Beach-wave pool and lagoon

Lane racer
Gambar kredit kat sini.

Dan banyak lagilah.. tak sempat nak tengok semua. Lagi pun aku sempat main 2,3 tempat je sebab tak tahan dengan bau klorin yang sangat kuat. Rasa sakit kepala dan nak termuntah. Then lepas tu aku naik dan beransur ke bilik persalinan. Lagipun semalam tersangatlah sesak maklumlah sekarang musim cuti sekolah kan. Mungkin juga aku kurang suka ke tempat seperti ini cuma nak pergi jalan-jalan je, lagipun semua free kan. Hihi.. Aku lebih prefer untuk ke tempat yang lebih natural contohnya seperti zoo. Di Bukit Gambang juga terdapat Safari Park dan juga tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti outdoor yang lain. 


Key chain Bukit Gambang Water Park dan Caribbean Bay Resort

Ini je cenderahati yang mampu dibeli. Ingat nak beli t-shirt sehelai tapi macam tak berbaloi pula dengan harganya. ==' Oklah nanti aku sambung lagi ye. Memandangkan semalam seharian tak study, balik pun dah nak dekat pukul 12 malam, hari ni kena sambung study balik. So mungkin aku akan lambat sikit blogwalking. Jangan lupa tinggalkan jejak korang pada kotak komen ataupun pada shout box, nanti aku balas kunjungan korang. Terima kasih.. ^^,















Saturday, 21 December 2013

Study Week

Assalamualaikum w.b.t..


Peperiksaan akhir semester semakin tiba dan kalau tak silap aku kebanyakkan IPTA dan IPTS sekarang dalam study week. Bila tiba study week biasanya ada dikalangan kita yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung termasuklah aku. Manfaatkanlah seminggu yang ada ini untuk persiapan menghadapi peperiksaan nanti. 





So aku ucapkan Happy Study Week kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester yang mungkin just around the corner. Good luck and all the best! ;))

Thursday, 19 December 2013

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum w.b.t..





Klik banner untuk join..

Masih belum terlambat untuk join. Segmen ini akan berakhir pada 25 Disember 2013.
Jom join ramai-ramai tambahkan lagi follower disamping menjalinkan lagi silaturahim antara kita..
:))



Tuesday, 17 December 2013

Counting the days..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni buka je blog aku perasan satu kelainan. Button dan follower list kat atas tak keluar. Adakah kerana line broadband aku yang bermasalah? Rasanya macam ok je.. Bila blogwalking ke blog-blog lain juga tidak muncul button dan follower list pada ruangan Follower. Jadi setakat hari ni belum dapat follow mana-mana blog, hanya blogwalking, komen dan tinggalkan jejak diruangan shout box. Korang punya pula macam mana?





Counting the days.. biasanya orang akan membilang hari, tarikh-tarikh yang penting dalam hidup. Sebenarnya aku sedang membilang hari untuk menyiapkan Final Year Project aku. Banyak lagi yang belum selesai. Semalam selesai key in data 50 set soalan dan masih menunggu baki soalan daripada kawan aku. Nasib baiklah soalan-soalan aku tidak mencecah ratus-ratus seperti sesetengah kawan-kawan yang lain.

Aku mengalami kesukaran untuk mengutip data apabila terlalu banyak prosedur-prosedur yang diperlukan jika ianya dilakukan secara formal. Bila dah fade up untuk menunggu akhirnya aku ikut idea sepupu aku, supaya meminta pertolongan kawan-kawan yang bekerja di hospital. Pada mulanya aku sedikit risau, takut menyusahkan dan mengganggu kerja mereka. Tetapi disebabkan keadaan yang mendesak akhirnya aku ringankan juga mulut untuk bertanya beberapa orang kawan. Alhamdulillah.. mereka sudi menolong. Walaupun tidak banyak tapi aku cukup menghargai. 

Pada mulanya last presentation dijangka adalah pada minggu hadapan tetapi akhirnya terpaksa ditunda sehingga pertengahan bulan depan. Syukur sangat-sangat.. kiranya aku masih punya masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkannya. Berikut adalah timeline yang dikongsi oleh seorang rakan.

Last presentation
16 & 17 January 2014

Soft compilation submission
28 February 2014

Correction
10 March-20 March 2014

Final Submission
23 March 2014


Sangat berterima kasih kepada FYP coordinator yang begitu tolerate dan memahami. Hukhuk.. 
Semoga segalanya dipermudahkan.. 

Komunikasi dua hala

Assalamualaikum w.b.t..






Bila bercakap pasal dua hala ni, bukan sahaja jalan dua hala yang kita perlukan untuk mengelakkan kesesakkan. Bayangkan anda berada di atas jalan satu hala, ada kenderaan yang mahu bergerak kehadapan, ada yang mahu ke kiri, ada yang mahu ke kanan, ada juga yang melawan arus, tidakkah menyesakkan? Ok, kita lupakan pasal traffic jam ni.. Berbalik kepada komunikasi. Tak semua orang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan cara yang efektif. Disebabkan aku tak suka nak jadi tunggul kayu bila bercakap maka terhasillah entri ni.

Sesiapapun pasti tidak suka apabila mereka sedang bercakap atau bertanya sesuatu tetapi tidak diendahkan. Adakah wujud dikalangan kita insan yang rasa bahagia apabila berlakunya situasi seperti ini? Jika anda merasa bahagia melalui situasi seperti ini, apa yang boleh aku katakan anda adalah insan istimewa. :D 




Understanding is the intersect to reveal and listen

Fahamkan gambar rajah diatas. Salah satu cara komunikasi yang efektif adalah mendengar apabila seseorang sedang bercakap atau memberitahu sesuatu kepada kita. Cuba fahamkan maksud yang ingin disampaikan untuk mengelakkan salah faham. Berikan penerangan yang senang untuk difahami dan elakkan daripada bercakap sesuatu yang tidak jelas dan pendirian umpama lalang sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Dalam dunia serba moden sekarang banyak medium yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi. Namun untuk sesetengah perkara yakni bila melibatkan sesuatu masalah ianya sukar untuk dibincangkan dengan menggunakan medium-medium rangkaian sosial kerana ini juga boleh menimbulkan salah faham. Contohnya apabila kita berbincang tentang sesuatu masalah dengan menggunakan SMS, berkemungkinan apa yang ingin kita sampaikan tidak difahami dengan jelas oleh si penerima. Lagipun berbincang masalah dengan menggunakan SMS mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Penyelesaiannya apa kata kita buat open table dan berjumpa secara bersemuka, berbincang elok-elok. Dengan ini kita dapat mengetaui status emosi individu tersebut. Jika tidak dinyatakan dengan jelas juga bukankah 'action speak louder than words'. 




Walau apa pun medium yang kita gunakan untuk berkomunikasi cubalah untuk mengelakkan daripada bercakap sesuatu yang ambiguous yakni tidak jelas dan menimbulkan persoalan kepada orang lain.


Macam emo pulak entri ni... kekeke.. eh, tak ada lah aku happy je. Maklumlah baru siap key in data 50 set soalan dalam SPSS. Backpain! =='

Monday, 16 December 2013

Tempat Untuk Menenangkan Fikiran

Assalamualaikum w.b.t..


Bila pulang ke Terengganu biasanya masa hanya banyak dihabiskan dirumah je. Eh, yup.. aku orang Terengganu. Dan aku suka makan budu. hehe.. 

Tapi kalau time tengah bersedih or berserabut, masa ni mungkin kita lebih suka untuk menyendiri layan perasaan. Bukanlah bermaksud melayan perasaan, tapi memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri bernafas dan memuhasabah diri mungkin. Fuuhh..

Antara tempat-tempat yang aku suka berkunjung untuk menenangkan hati dan fikiran..




Waterfront Kuala Berang. Dekat je dengan rumah.









Dataran Syahbandar Kuala Terengganu


Aku suka ke Syahbandar ni sebab kat sini anginnya nyaman, kawasannya besar dan tak sesak. Dari sini boleh nampak Ri-Yaz Resort and Spa Heritage Bay. Pernah pergi sekali kat Ri-Yaz ni masa tingkatan 5 dulu, pihak sekolah belanja makan-makan. Hehe.. memang syok.. makan free siapa tak sukakan.



Kalau tak jalan sorang-sorang biasanya jalan-jalan dengan sepupu aku. Kadang-kadang dengan adik aku.
:D



Kat sini juga boleh tengok Monsoon Cup bila tiba musimnya..
Oh ya.. ni gambar Monsoon Cup tahun lepas..
Hehe..










Sunday, 15 December 2013

Selera

Assalamualaikum w.b.t..


Minggu lepas seminggu aku tak de selera nak makan sebab demam dan kurang sihat. Alhamdulillah minggu ni selera dah kembali. Lebih-lebih lagi duduk kat rumah, memang makin berseleralah. Bukanlah hari-hari masak lauk yang sedap-sedap, tapi mungkin sebab makan ramai-ramai bersama-sama ahli keluarga dan lauk-lauk pula memang lauk kampung je. Kalau kat rumah lauk yang selalu menjadi santapan adalah budu dan ulam-ulam dimakan dengan nasi putih. Dua, tiga hari ni pun pekena ikan pekasam yang pak sedara aku buat. Aduuhh.. memang tak mampu nak tolak. So, tak hairanlah cuti empat bulan beberapa bulan yang lepas rasa macam berat naik je.. =,=

Biasanya sebelah petang sepupu aku akan bawak anak-anak dia datang ke rumah. Tadi aku tengok banyak lagi jering yang tinggal sebab kalau mentah macam tu aku memang tak makan. So, sebelum lunch ajak sepupu aku goreng dulu buat sambal jering goreng.



Buat simple je.. campak-campak je. Tapi makan bertambah juga. Hmm.. bahaya kalau keadaan ni berterusan. Tapi sebenarnya waktu sakit kita akan lebih menghargai nikmat sihat. Bila dah sakit dah susahlah nak makan, bagilah apa pun. 

Da kat rumah ni, memang berteraburlah diet aku.. 

Friday, 13 December 2013

Air Terjun Hulu Perdik

Assalamualaikum w.b.t..


Sebenarnya dah lama sangat tak pergi camping, last aku camping semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) beberapa tahun lepas. Kemudian beberapa bulan lepas aku telah mengikut kawan aku dan rakan-rakan pengakap udaranya bekhemah di pinggir Hutan Lipur Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor. Tapi status aku menumpang je la, kebetulan aku ikut sebab masa tu dorang camping secara tidak formal dan kat rumah aku tak de orang. Tak semua aktiviti dorang aku sertai sebab stamina aku tak hebat macam dorang.. adatlah kan orang tak pernah bercamping.. :p

Sehari sebelum pulang aku menyertai dorang buat jungle trekking.. 






Anak-anak sungai kecil sepanjang perjalanan.. Jauh jugalah nak sampai keatas. Sampai ada seorang daripada mereka tegur aku "aii.. mengah Fatin..?" huh.. taulah korang steady kan.. ==" Sampai kat atas muka aku dah merah mengalahkan udang kena panggang.. that's why lah aku tak suka sangat aktiviti outdoor.. malu bila orang tengok muka kita merah-merah macam tu. Rasa macam nak gali lubang tanam je kepala dalam lubang tu.. =,=


Dihidangkan dengan permandangan air terjun bila dah sampai kat atas.. Rehat jap untuk hilangkan penat dan kembalikan warna wajah ke tona yang asal. :p



Air terjun bertingkat..



Awas! Batu-batuannya sangat licin. Silap-silap boleh tergolek sampai ke bawah.. Airnya memang sejuk, dah namapun air terjun kan.



Memang syok kalau mandi kat bawah ni..


Tak tahulah bila lagi dapat join camping, sebab aku kurang sikit aktiviti-aktiviti outdoor ni. Kalau nak lasak-lasak kena bina stamina yang mantap dulu, baru syok dan tak ketinggalan. Apa-apa pun thanks kepada uollss yang sudi ajak aku join. Kalau tak, memang takkan menapaklah kat sini. :D

p/s: Oh ya, kat sini ada sedikit info pasal Perdik Fall ni..





Wednesday, 11 December 2013

Tuesday, 10 December 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com

Assalamualaikum w.b.t..



Segmen ini berlangsung sehingga 28 Disember pada jam 12 tengahmalam. Lambat lagi tu..
Bagi yang belum join, nak join? Klik banner untuk join.. ^^

Kenapa Aku Jadi Blogger?

Aku start buat blog pada bulan Februari 2011, dah almost 3 years tapi waktu tu tak aktif sangat, sekadar suka-suka, updatepun suka-suka je. Mula-mula kenal blog ni daripada beberapa kawan aku yang ada blog, nampak best je kan, macam-macam boleh cerita. Mula-mula tu entri pun entah pape,memang banyak mengarut je tapi ada juga kawan-kawan yang baca dan komen. Hehe.. Masa tu just update tapi tak blogwalking, so sebab tu follower susah nak up. Tapi aku tak kisah pun, pada yang nak follow boleh la follow, kalau tak nak pun tak pe.. takkan lah nak paksa, ye dok? ^^

Start awal tahun ni baru secara seriusnya ber'blogging' dan join segmen daripada blogger-blogger yang lain. Kemudian sibuk dengan FYP blog ni terbiar sekejap. Updatepun suam-suam kuku je.. Bila banyak sangat entri pasal luahan perasaan tentang FYP rasa macam bosan pulak. ==' Blog aku ni pun lebih kepada personal blog, banyak cerita pasal diri sendiri, berkongsi pendapat dan pengalaman yang tak seberapa ni.. Tahun ni juga baru tergerak hati nak letak iklan kat blog ni bila fikirkan peribahasa yang berbunyi "sambil menyelam, sambil minum air.." Terima kasih kepada yang singgah dan klik apa yang patut tu.. Klik-klik anda amat dihargai.. ;D

Lama-kelamaan memang 'jatuh cinta' dengan dunia blogging bila blogwalking ke blog-blog lain macam-macam cerita boleh baca, kadang-kadang tergelak juga sorang-sorang. Lepas tu bila ada orang baca entri kita kemudian komen dan bagi pendapat, yang tu pun rasa best jugak.. secara tak langsung dapat kenal ramai kawan-kawan blogger yang kebanyakkannya sangat mesra.. Dan.. jangan segan-segan untuk tegur aku, aku tak sombong.. kekeke.. 

So akhir kata I Love My BLOG.. :D 



Monday, 9 December 2013

Throwback: Kem "U-Best"

Assalamualaikum w.b.t..


Cerita ni sebenarnya dah agak lama. Lebih kurang 3 tahun lepas, semasa cuti akhir semester 1. Ya.. baru 3 tahun lepas bukan 10 tahun lepas. hehe.. Kem "U-Best" (Usahawan Bestari I guess) adalah kem keusahawanan yang wajib diikuti oleh semua pelajar-pelajar UniKL sewaktu berada dalam semester 1. Aku masih ingat ucapan-ucapan senior "Enjoy your Kem U-Best ok.. memang BEST sangat.." Perkataan BEST tu semacam je bunyinya.. =="

Hakikatnya best ke tidok? Sampai hari ni bila ingat rasa macam senyum sorang-sorang je. Hehe.. Lepas final exam semester 1 tahun 2010 lebih kurang bulan November (memang betul-betul dah 3 tahun ni) kami bertolak ke UniKL-Malaysia France Institute (UniKL-MFI) yang terletak di Bangi. Memang tak jauh sangat pun, tak de la makan masa berjam-jam dengan kampus UniKL-MESTECH. 





Dipendekkan cerita, selepas taklimat dan pembentukkan kumpulan semua tibalah hari untuk kami membuktikan kami mampu menjadi usahawan yang memang BEST gitu.. hehehe.. Nilah first and last experience jadi direct seller. Jual apa? jual insurans? oh tidak..




Inilah antara barang-barang jualan kami.. Ada body scrub buah tunjuk langit, ada syampu, ada kopi, biskut apa-apa lagi entah aku tak ingat. Maka selama 2,3 hari bertebaranlah kami mencari pelanggan-pelanggan. Tapi yang nyata sebenarnya tak mudah nak jadi direct seller ni. Memang terpaksa tebalkan muka pergi approach orang. Lepas tu kita tak sempat buka mulut lagi ada yang dah kena halau. T_T Nak kena guna ayat yang power nak yakinkan orang untuk beli barang kita. Lagilah kita ni bukan jenis yang sweet talker kan, macam mana tu? Memang menangis jugaklah. Bukan duit banyak masuk, tapi banyak melayang pulak. Mana taknya, orang pergi menjual, kita pergi membeli. Tu la kan, buat kerja tak ikhlas, mana nak jalan. Tak dinafikanlah memang ada kumpulan yang berjaya menjual sampai habis barang-barang dorang, entah dorang buat macam mana aku pun tak tahu. =,=

At last ada jugalah barang-barang yang kitorang bahagi sesama kitorang untuk beli; kau beli satu, aku beli satu. Hahaha.. Tapi ada jugaklah untungnya sikit. Bolehlah kumpulan kitorang pergi makan sate Kajang. Hehehe..

My group- Masa ni bersiap sedia untuk pergi promote dan jual barang.
Masa ni umur 19 tahun. Zaman kegelapan lagi ni..

Ini je gambar kumpulan aku yang tinggal sebab laptop rosak.. Gambar ni aku jumpa kat fesbuk aku dan ada satu komen dari adik aku, "agen maxis ke ni..?" Pon bole.. --'

Saturday, 7 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum w.b.t..



Klik banner untuk join..





Just a smile and the rain is gone
Can hardly believe it
There's an angel standing next to me
Reaching for my heart..



Gambar ihsan google.





Review : Where The Streets Had A Name

Assalamualikum w.b.t..


Title : Where The Streets Had A Name
Author : Randa Abdel - Fatteh
Publisher : Pan Macmillan (2008)


Synopsis:

I need to see Sitti Zeynab one last time. To know if I'll have the courage to go ahead with my plan.
The two nurses look frazzled. 'We must leave now',the say in urgent tones.
'I won't be long', I reassure them and jump up onto the back of the ambulance, kneeling over Sitti Zeynab.
 I press my lips close to her right ear. I want to say something so profound that she wakes up. But my mind is numb. All I can do is remember the walk we took through her memories the night before.
'Stay alive', I whisper. 'I'll let you touch the soil again.'

Thirteen-year-old Hayaat is on a mission. She believes a handful of soil from her grandmother's ancestral home in Jurusalem will save her beloved Sitti Zeynab's life. The only problem is the impenetrable wall that divides the West Bank, as well as the checkpoint, the curfews, the permit system and Hayaat's best friend, Samy, who is mainly interested in football and the latest elimination on X Factor, yet always manages to attract trouble. 
But luck is on their side. Hayaat and Samy have a curfew-free day to travel to Jurusalem. However, while their journey is only a few kilometres long, it may take a lifetime to complete. 


....................................................



REVIEW:

Bagi aku cerita ni agak touching. Tak terbayang rasanya jika diri hidup sebagai anak Palestine yang dihalau keluar daripada tanah air sendiri. Novel ini berkisar tentang kehidupan kanak-kanak Arab Palestine, Hayaat dan keluarganya yang tinggal di Bethlehem, Tebing Barat. Sitti Zeynab adalah nenek kepada Hayaat yang menumpang tinggal di rumah mereka. Sitti Zeynab selalu menceritakan tentang tanah milik mereka dan betapa rindunya dia kepada tanah airnya yang telah dirampas oleh orang-orang Israel. 

Suatu hari Sitti Zeynab telah pengsan. Hayaat telah berjanji dengan neneknya untuk membenarkan neneknya menyentuh tanah air mereka sebelum neneknya menghembuskan nafas terakhir. Dengan itu bermulalah misi Hayaat untuk masuk ke Jurusalem bersama dengan kawan baiknya Samy semata-mata untuk mengambil sedikit tanah untuk diberikan kepada neneknya. Tanpa pengetahuan keluarganya secara senyap-senyap Hayaat dan Samy telah merancang untuk memasuki Jurusalem. Sepanjang perjalanan mereka pelbagai kesulitan ditempuhi, disebabkan kawalan yang ketat di setiap pintu masuk ke Jurusalem.

I take the jar from her.'Open your hands.' I pour some soil into her open palms.
'Jurusalem soil', I whisper.
I see her eyes and I know that every step of our journey was worth this moment.

Thursday, 5 December 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Assalamualaikum w.b.t..






Sudah seminggu kurang sihat. Hari ni dah sedikit sihat untuk mengadap laptop dan key in data-data walaupun tidaklah sihat sepenuhnya. Seminggu ni demam dan kena chicken pox, memang tak larat sangat-sangat. Ulcer dalam mulut pun masih belum sembuh. 






Hargai dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada sebelum segalanya ditarik olehNya.. Segala bentuk kesusahan, kesenangan, musibah mahupun ujian adalah tarbiyyah daripadaNya supaya kita tidak lupa memohon dan meminta hanya kepadaNya..