Assalamualaikum w.b.t..
Ramadhan bakal menjelma dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Tibanya bulan Ramadhan pastinya lambakan Bazar Ramadhan dapat dilihat disana sini. Beraneka juadah dapat dicari yang pastinya menaikkan nafsu untuk berbelanja lebih dikala perut sedang lapar. Jadi tidak hairanlah ada juga yang mengalami pertambahan berat dikala Ramadhan menjelma.
Amalan pemakanan secara sederhana dapat membantu kita mengelakkan pembaziran sekaligus memberi kesihatan kepada tubuh badan.
Piramid makanan adalah salah satu carta yang dapat membantu kita untuk merancang sukatan dan pengambilan jenis-jenis makanan secara seimbang. Kepelbagaian boleh dicapai dengan pengambilan diet daripada setiap aras didalam piramid makanan. Sebenarnya versi piramid makanan ni banyak dan rasanya sekarangpun KKM ada mengeluarkan versi piramid makanan yang terbaru. Tapi as long as it is applicable tak salah pun untuk ikut yang mana-mana.
Berdasarkan piramid makanan seperti yang kita tahu, pada aras yang paling bawah disarankan lebih banyak untuk diambil dan paling atas adalah yang paling sedikit. walaubagaimanapun kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlalu banyak. Panduan piramid makanan menyarankan jumlah yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu sihat dan normal.
Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, masalah kesihatan dapat dielakkan sebaliknya jika terlalu kurus atau gemuk akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit yang berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup.
Olahan daripada Diet Sihat & Murah terbitan Karangkraf.
jyeahh.amalkan pemakanan yang seimbang & sihat :)
ReplyDeleteBukan senang nak kekalkan pemakanan yang sihat. Kena pasang azam yang kuat. Tak sabar tunggu Ramadhan, :)
ReplyDeletePemakanan secara sederhana sesuai mengikut sunnah & amat baik utk kesihatan serta kesejahteraan diri.. :)
ReplyDeletegood sharing..
ReplyDeletetambah nak bulan ramadhan makanan kena kawal
juga tambah bab nak bkak puasa he..he,, :P
salam ramadhan dan bw sini..maaf da lama tak bw..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna yew..bulan puasa ni kena la berjimat cermat dan makan pun jangan ikutkan nafsu semata2 :D
ReplyDelete