Monday 17 October 2016

PRG Go Care Run 2016

Assalamualaikum w.b.t..

Semalam (16 October 2016) berpeluang menyertai satu lagi larian amal anjuran PRG Holdings Berhad dan GoCare Charity Crowdfunding. Larian amal ini bertujuan untuk mengutip dana bagi National Kidney Foundations (NKF), Dual Blessing Berhad dan National Cancer Society Malaysia. Pilihan jarak larian adalah 5 KM dan 10 KM dan pilihan aku adalah 5 KM. 

Larian bermula dan tamat di Taman Tasik Datuk Keramat melalui Jalan Jelatek, Jalan Taman Titiwangsa kemudian u-turn dan kembali ke Taman Tasik Datuk Keramat bagi jarak 5 KM. Manakala bagi jarak 10 KM pula bermula di Taman Tasik Datuk Keramat melalui Jalan Jelatek, Jalan Titiwangsa, Jalan 1/56 kemudian u-turn kembali ke Taman Tasik Datuk Keramat.

Lokasi larian ini amat convenience kerana terletak betul-betul berhadapan dengan LRT Jelatek. So, tak perlu risau tentang tempat parking dan sebagainya kerana pelari boleh menggunakan kemudahan public transport untuk kesini. Aku tiba lebih kurang pukul 6.45 pagi yang mana telah ramai perserta2 yang tiba dan sedang warm up. Pada pukul 7.00 pagi sekali lagi sesi warming up dilakukan diketuai oleh seorang fitness instructor. Pada pukul 7.15 pagi sesi pelepasan bagi peserta 10 KM dan pukul 7.25 pagi pelepasan bagi peserta 5 KM.



Selesai saja sesi larian, tiba pula sesi cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Tapi macam biasalah.. I got nothing.. Memang tak pernah bertuah pun. Haha.

Finisher Medal

InsyaAllah.. Akan keep on support program-program macam ni di masa akan datang. Tapi biasa run2 yang aku join memang agak selective sebab perlu consider jarak dan juga masa. Area Shah Alam pun banyak run yang best2.. Tapi sebab jarak yang agak jauh itu yang menjadi kekangan.. Ok, till then. ^.~





9 comments:

  1. Wahh best.. saya pun ada masa suka juga join larian mcm ni... seronok.. :)

    ReplyDelete
  2. bagsu betol.. saya kalau part running, pikir 4-5 kali jugak kalau nk join.. semput je nnti.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe pha is.. kalau semput boleh jalan. hehe..

      Delete
    2. tapi buat malu la kat awek2 yg x semput.. hehehe

      Delete
  3. Assalam fatin 😁 Selamat berkenalan

    ReplyDelete
  4. Sis JM dh lama x join aktiviti mcm ni mgkin sbb dh lama x join n excersice so jd semput..bab cabutan bertuah tu samalah x pernah bertuah huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun xdela fit sgt sis.. hehe.. Tapi lari jalan, lari jalan tu bolehla.. Hehe..

      Delete