Tuesday 17 January 2017

Food Truck Dataran Merdeka

Assalamualaikum w.b.t..

Kalau entri sebelum ni pasal Steamboat & Grill CVU IPata Kuala Terengganu, untuk entri yang ni pasal Food Trucks Dataran Medeka pulak. Sebenarnya entri ni dah berminggu dalam draft tapi satu perkataan pun tak tertaip. 😡😔

Awal bulan Disember lepas, lepas balik kerja kitorang merayap pergi cari barang-barang untuk Program Back To School. Dah alang-alang duk berkeliaran kawasan Jalan TAR dan Sogo, just stay sampai lepas Maghrib sebab Food Trucks ni buka hujung minggu dari petang sampai malam je. (Ke pagi Ahad ada buka? Entah... Tidak ketahuan hamba..)



Best ke makanan kat sini? Alaaa.. biasa-biasa je. Western, air big cup, ayam gunting dan adalah beberapa makanan yang heavy sikit, laksa tak jumpa pulak. Haha. Lagipun Food Trucks nya tak banyak sangatpun. Food Trucks Tapak berdekatan KLCC tu lagi banyak variasi makanan kot. Tapi kalau datang untuk lepak malam-malam, beriadah ke okaylah sebab kat kawasan padang depan Kelab Diraja Selangor tu boleh jugak main buih besar, helikopter ke, atau nak duduk santai-santai kat padang rumput tu (kalau tak hujan. Kalau hujan padang berlecak).


Kitorang just beli ayam gunting, oblong dengan air big cup je. Tu pun kongsi tiga orang. Hehe.. 😂 
Lepas tu duk tengok budak-budak main kat padang tu jap. Nak dekat pukul 10 bertolak balik. Penat oooo... Mana tak nya, dah sepetang ukur Jalan TAR dan Sogo.

Lagi malang nasib sampai rumah kunci rumah tertinggal lam bilik sebab tergesa-gesa sangat keluar lepas balik kerja. Call housemate dia pun balik lambat pasal ada Barbeque kat Klang. 😭 Maka bertapalah aku kat kedai makan tepi block ni, order air teh 'o' limau suam. Sekali hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang sejuk dan teh 'o' limau suam dan layan radio saluran Klasik FM. 

Kau rase? 😂

7 comments:

  1. Seronok... mmg selera klu tngok offer mcm2 makanan food truck mcm tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih2 lagi kalau pegi time lapar... haha..

      Delete
    2. kalau time lapar semua makanan jadi sedap.. tambah2 plak kalau org belanja.. hehehe

      Delete
  2. penang ada buat dulu food truck, tapi sambutan x menggalakkan sangat.. heheh..
    yeay, akhirnya berupdate.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kalau banyak pilihan makanan akan lebih attractive kot maklumlah Malaysian kan suka makan.. hehe

      Delete
    2. pilihan okay, cuma kurang hebahan.. x ramai org tahu..

      Delete
    3. Tapi harga food truck kat Malaysia ni boleh tahan mahal gak.. kdg tu dah sama dengan harga makanan kat restoran berhawa dingin..Mungkin ia lebih kpd konsep hipster drpd kewujudan food truck as makanan bajet mcm kat negara luar.

      Delete