Saturday 29 November 2014

Soalan Temuduga Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

Assalamualaikum w.b.t..
12 November lepas aku telah dipanggil untuk menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran U41, ini adalah temuduga ketiga aku tahun ni. First temuduga lepas habis belajar hari tu, aku apply untuk buat kursus bawah Terengganu Skill Development Centre (TESDEC), kekononnya nak duduk dekat rumah tapi seminggu lepas interview TESDEC tu, tengah2 cari tempat untuk posting, dapat panggilan temuduga dari Ampang Puteri Specialist Hospital (alhamdulillah ada rezeki kat sini dan terus tak jadi nak join kursus TESDEC :p) dan ini adalah interview ke-3. Walaupun mengetahui agak susah untuk jawatan ini kerana persaingan sengit, tapi aku hadir dengan niat untuk mendapat pengalaman dan membiasakan diri dengan sesi temuduga. Selain aku, ada lagi beberapa rakan2 sekelas yang lain turut dapat panggilan temuduga bagi jawatan tersebut. Ada juga antara mereka ditemuduga oleh panel yang agak "menakutkan". Cuak juga bila dengar. Tapi alhamdulillah panel2 yang menemuduga aku semua ok2, dan tiada soalan yang ditanya diluar bidang.

Tak banyak sangat soalan yang ditanya, mungkin sebab aku calon terakhir atau dorang tahu aku pun kalau boleh nak habis cepat2 (hahaha) ataupun dorang pun tak sabar nak rehat, maklumlah waktu tu dah waktu lunch. Antara soalan yang ditanya:
1)Skop tugas PKP
2)Kualiti Air Minum (Water Drinking Quality), bagaimana proses air tersebut mendapat kelulusan, siapa yang bertanggungjawab untuk memeriksa tahap kualiti air tersebut, bagaimana air tersebut diproses bermula dari sumber/punca air sehinggalah dibotolkan.
3)Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kualiti air diperingkat daerah.
4)Penyakit berjangkit dan penyakit bawaan vektor (demam denggi dan malaria).

Berkenaan dengan soalan, lain panel, lain la soalannya. Yang penting memang kena well prepared dengan sebarang soalan yang bakal ditanya terutamanya skop kerja yang berkaitan dan tentang organisasi kerajaan dan badan yang berkaitan, dan jangan lupa juga untuk bawa semua dokumen2 yang dikehendaki.

Sekian.


10 comments:

  1. Semoga berjaya semuanya... aamiin. All the best.. :)

    ReplyDelete
  2. Interview level degree ni sure tough sikit soalannya.

    ReplyDelete
  3. all the best.. teringat dulu masa interview utk farmasi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. ada rezeki wawa tak kemana dear.. doa dan yakin sahaja...

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya terima kasih datang ke teratak Etuza ya

    ReplyDelete
  6. Biase degree ape yg boleh masuk jawatan ni?
    Chemical Engineering minor environment boleh join?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Environmental health.. Mcm sy major environmental healthcare, minor OSH. yg tu tak pasti plk.. mungkin blh cuba..

      Delete
  7. Thanks for the sharing! Sy target lepas habis bljr, nak try apply ni jg hehe. Nak jadi pegawai kesihatan persekitaran 😊😊

    ReplyDelete
  8. Blh bg tip tak untuk temuduga PKP, mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete