Sunday 7 December 2014

Review: RAUDHAH

Assalamualaikum w.b.t..



Tajuk: Raudhah
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 (2014)


SINOPSIS:

JOKER dan WHITE- gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka - 'Mawar Putih'. Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati.!

FARIS dan HAMBALI- dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang taat. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu 'taubat nasuha'.

CINTA- muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya 'Raudhah.' Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH- banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan taqwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikkan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.

....................................................

Prolog cerita dimulakan dengan taubat seorang lelaki yang telah dituduh melakukan pembunuhan di Madinah dan sedang menunggu untuk dijalankan hukuman pancung di dalam sebuah penjara di Jeddah, Arab Saudi. Lelaki tersebut digambarkan sudah benar2 bertaubat dan insaf atas segala dosa yang pernah dilakukan. Kemudian bermulalah episod cerita Joker seorang contact killer yang telah membunuh ramai ahli2 korporat dan ahli perniagaan yang terlibat dengan jenayah kolar putih. Penglibatan Joker (Faris) sebagai contract killer bermula apabila mengenali Joni, iaitu mentornya selepas dia lari dari kampung kerana tidak tahan didera oleh pak ciknya. Kedua ibu bapa Faris telah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu dia berumur 4 tahun dan terpaksa menumpang kasih keluarga bapa saudaranya yang tidak menyukainya.

Berikutan banyak kes pembunuhan yang telah dilakukan, pihak polis telah memburu Joker untuk dihadapkan kemuka pengadilan, namun usaha mereka hanyalah sia2 kerana Joker adalah seorang penjenayah yang licik. Disebabkan gagal menyelesaikan kes Joker, Detektif Azhar telah digantung kerja, dan tugas ini telah di ambil alih oleh Detektif Bisca. 

Sasaran yang terakhir dalam senarai wajib dibunuh  adalah  Brendan Cheung, seorang ahli perniagaan emas yang juga merupakan ahli kongsi gelap Shijue. Tetapi pada ketika itu nur hidayah telah mengetuk pintu hati Joker iaitu Faris untuk bertaubat selepas beberapa kali jantungnya dirasakan seperti bermasalah. Setiap kali selepas melakukan pembunuhan jantungnya pasti panas dan berasa sakit sehingga pernah pitam dan terpaksa dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). 

Setelah bertemu semula dengan sahabat lamanya iaitu Hambali, seorang ahli perniagaan makanan sejuk beku, Faris telah meminta pertolongan sahabatnya itu untuk membantunya bertaubat kerana dia merasakan hidupnya sangat kosong dan sunyi. Sewaktu zaman persekolah Hambali sering dibuli oleh gengster2 sekolah dan Faris telah menyelamatkannya. Faris mempunyai sikap pelik, suka menyendiri dan pendiam sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai kawan kecuali Hambali. Setelah Faris lari ke Kuala Lumpur hubungan mereka terputus hinggalah bertemu semula di Masjid Negara. Pada mulanya Hambali tidak menaruh prasangka buruk terhadap Faris dan menggangap Faris sudah berjaya setelah melihat kemewahan yang dimiliki oleh Faris.

Perkenalan dengan Junaidatul Al-Fatiah bermula apabila Faris telah ke Kuala Terengganu untuk menemui Hambali setelah menerima ugutan daripada White. Faris beranggapan bahawa Hambali sangat bertuah kerana mempunyai hidup yang bahagia, keluarga yang menyanyanginya, tunangan yang cantik dan dibesarkan dengan didikan agama yang kuat. Faris berhasrat untuk tidak lagi terlibat dengan dosa2 membunuh dan telah menolak permintaan White. Namun disebabkan keenganan Faris sebagai Joker untuk membunuh sasaran terakhirnya iaitu Brendan Cheung, White telah mengugut untuk membunuh Hambali setelah mengatahui Faris sentiasa berhubung dengan Hambali. Bagaimanakah nasib Hambali?

Permulaan peleraian cerita, Faris telah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah, namun kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Faris telah difitnah oleh seorang perempuan Arab atas tuduhan membunuh suaminya di Madinah yang akhirnya menyebabkan dia ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara di Jeddah. Didalam penjara tersebut Faris telah belajar membaca kitab suci Al-Quran dan benar2 bertaubat supaya matinya kelak sebagai seorang hamba yang bertaubat. 

Permulaan cerita sampai ke klimaks aku sangat teruja untuk mengetahui siapakah sebenarnya White.Namun pengakhiran ceritanya agak mengecewakan kerana  segala yang berlaku itu rupanya hanyalah pengaruh minda di bawah sedar. Dah tu siapakah Faris yang sebenarnya? Apa yang terjadi kepada Joker? Masihkah ada peluang ada ruang untuk Faris bertaubat? Siapakah jodoh Faris? dan siapakah White yang sebenarnya? :p

Walaupun tema yang digunakan masih sama dengan novel2 sebelumnya, hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan membunuh (Mandatori, Fiksyen 302, Mikhail), alam koma (Bagaikan Puteri, 9 Nyawa, Magis) tapi mesej yang ingin disampaikan sangat jelas iaitu pintu taubat sentiasa terbuka bagi setiap pendosa, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka bertaubatlah dengan sebenar2 taubat (taubat nasuha) untuk mendapat pengampunan daripadaNya.


5 comments:

  1. baca sinopsis dah blh agak jln ceritanya ... nice sharing .

    ReplyDelete
  2. Menarik.. RAM antara novelis kegemaran saya.. Thanks sharing wawa.. :)

    ReplyDelete
  3. dah lama x baca novel karya RAM.. terputus sejak cinta sufi.. lepas tu dah stop baca novel.. x tau kenapa.. feeling nk start baca novel tu dah hilang.. hehehe..
    tapi my feveret all time tetap trilogy tombiruo (RAM)

    ReplyDelete
  4. @Pha Is lama sangat da tu.. haha.. betul, karya beliau yg dulu2 lg best sebenarnya, skrg da jd bnyk redundancy pulak. huhu

    ReplyDelete