Friday, 20 November 2015

Review: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum w.b.t..

Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis: Haji Abdul Karim Malik Amrullah (HAMKA)
Terbitan: PTS Publication

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. 

Ini juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan,memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. 

Ini juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga dada sesak menahan hiba. 

Karya yang membuat pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

"Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya."
.
.
.

Hikayat ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Hayati dari Batipuh yang hidupnya dipagari adat Minangkabau telah jatuh cinta dengan seorang pemuda terbuang bernama Zainuddin. Zainuddin yang dikatakan tidak berasal usul kerana ayahnya yang berasal dari Minangkabau di buang keluarga kerana memilih ibunya, seorang wanita dari Mengkasar. Lantaran itu baik di Mengkasar mahupun di Minangkabau, dirinya tidak diterima kerabat kerana dikatakan tidak bersuku dan berlembaga. Ibunya meninggal semasa dia masih kecil dan selepas itu diikuti pula oleh bapanya. Selepas ibu bapanya meninggal Zainuddin dipelihara oleh ibu angkatnya iaitu Mak Base. Semasa usianya menganjak remaja Zainuddin mangambil keputusan untuk ke Negeri Minangkabau, tempat tumpah darah bapanya. Disitulah bermulanya perkenalan Zainuddin dan Hayati.

Cinta mereka mendapat tentangan yang hebat terutamanya daripada Engku Datuk (mamak kepada Hayati) yang sangat mementingkan adat dan keturunan sehingga Hayati dipujuk untuk berkahwin dengan Ungku Aziz, sepupu kepada sahabat karib Hayati. Disebabkan hati yang terlalu kecewa itu Zainuddin bangkit menjadi seorang pemuda yang disegani bangsa.

Jadi apa kena mengena dengan Kapal Van Der Wijck? Haa.. Bagi yang sukakan sesuatu yang 'rare' dan klasik this book is highly recommended. Buku ini ibarat penulisnya, walaupun sudah tiada, jiwanya tetap ada. 
.
.
Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga buat review tentang novel ni. Siapa tak kenal pada HAMKA, ulama tersohor nusantara suatu ketika dahulu malah sehingga kini nama beliau masih disebut-sebut.  Apa yang menarik aku untuk membaca karya klasik ini dalah kandungannya, jalan ceritanya dan juga lengok bahasanya yang unik. Penerbit tidak mengubah atau menterjemah daripada tulisan asalnya dengan tujuan untuk memelihara keaslian dan untuk kajian di masa akan datang. Lagipun bahasa yang digunakkan tidak sukar untuk difahami sebab lebih kurang je dengan Bahasa Melayu lama. Untuk sesetengah perkataan yang janggal penerbit telah memnyediakan glosari di muka akhir sebagai rujukan pembaca. Di Malaysia hanya PTS Publication sahaja satu-satunya syarikat penerbitan yang diberi hak untuk menerbitkan karya-karya HAMKA. 

Karya-karya beliau yang diterbitkan di bawah PTS Publication adalah Di Bawah Lindungan Ka'bah, Merantau Ke Deli, Tuan Direktur, Tafsir Al Azhar dan yang paling popular sehingga difilemkan adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Bagaimana ingin mendapatkan karya2 beliau? Mungkin disesetengah bookstore memang susah nak cari sebab cetakkannya adalah terhad, anda boleh lihat di Bookcafe yang juga menyediakan pakej kombo diskaun 15% untuk pakej KOMBO HAMKA dan juga diskaun dari 10%-90% untuk buku-buku yang terpilih sempena jualan akhir tahun.

Sebelum mengakhiri entri ni, suka untuk aku kongsikan serba sedikit latar belakang Prof. Dr Hamka,

BIODATA PROF. DR HAMKA
Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal dari Indonesia yang lahir pada 17 Februari 1908. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau.  Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974. Beliau telah meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun.





10 comments:

  1. Cerita yang segar walaupun penulisnya telah lama kembali menghadap illahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Walaupun sudah berdekad namun tetap segar..

      Delete
  2. belum baca bukunya...teater pun x tgk lagi

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Movienya pun memang bestkan.. Pelakonnya pun hebat2..

      Delete
  4. menarik review fatin buat.. kak aiza belum berpeluang membacanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada peluang boleh baca Kak Aiza.. :)

      Delete
  5. Bagusnya penceritaan Wawa... teringin juga nk baca cerita ni. Prof Hamka mmg tak dinafikan seorang penulis hebat. Thanks sharing ye... :)

    ReplyDelete