Monday, 23 November 2015

Studio Ghibli Animation

Assalamualaikum w.b.t..

Dulu2 selalu tengok review anime/movie Jepun dalam majalah Gempak atau Kreko. Aku dulu kipas-susah-mati majalah Gempak gak, duk layan sejak dari sekolah rendah. Lepas sekolah menengah dah tak layan dah, aku stop layan lepas aku rasa macam content majalah tu dah tak best macam dulu2. So, sekarang ni kipas-sudah-mati.

First time aku tahu pasal filem animasi Studio Ghibli ni dari majalah Gempak. Masa tu telan air liur je nak tengok, yela nak korek tang mana, duk kampung mana nak carik kedai CD best2.. tak dak laa, kalau ada pun kedai kaset yang jual lagu2 jiwang, tapi yang tu pun aku layan gak.. kikiki.. Bolehlah dari tak de. 

Bila dah ada kemajuan internet baru aku start search anime2 yang aku terliur sangat nak tengok dulu tu, ada gak la beberapa cerita yang aku beli CD, pasal malas nak download2 ni. By the way jom tengok sikit info sal Studio Ghibli.




Studio Ghibli adalah studio animasi Jepun yang terletak di Konganei, Tokyo, Jepun. Studio ini terkenal dengan filem animasinya dan juga beberapa filem pendek, televisyen komersial dan juga filem televisyen. Ianya telah ditubuhkan pada bulan Jun 1985 selepas kejayaan Nausicaa of The Valley of The Wind (1984) dan telah diasaskan oleh Tokuma Shoten. 

List filem animasi Studio Ghibli:

1. Castle in the Sky (1986)
2. Grave of the Fireflies (1988)
3. My Neighbor Totoro (1988)
4. Kiki's Delivery Service (1989)
5. Only Yesterday (1991)
6. Porco Rosso (1992)
7. Pom Poko (1994)
8. Whisper of the Heart (1995)
9. Princess Monoke (1997)
10. My Neighbors the Yamadas (1999)
11. Spirited Away (2001)
12. The Cat Returns (2002)
13. Howl's Moving Castle (2004)
14. Tales from Earthsea (2006)
15. Ponyo (2008)
16. The Borrowers Arrietty (2010)
17. From Up on Poppy Hill (2011)
18. The Wind Rises (2013)
19. The Tale of Princess Kaguya (2013)
20. When Marnie Was There (2014)

Filem Televisyen:
Ocean Waves (1993)

Manakala Nausicaa of The Valley of The Wind (1984) dihasilkan sebelum tertubuhnya Studio Ghibli lagi. Filem animasi Studio Ghibli yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia adalah Spirited Away (2001) yang diarahkan oleh pengarah terkenalnya iaitu Hayao Miyazaki. Spirited Away telah memenangi beberapa anugerah i.e Acedemy Award for Best Feature Film di Anugerah Akademi yang ke 75, Golden Bear di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2002 dan juga dikategorikan sebagai filem sepuluh teratas dalam BFI List of the 50 Films you should see by the age of 14.

Studio Ghibli juga mempunyai muzium yang diberi nama Studio Ghibli Museum yang terletak di Inokashira Park di Mitaka, Takyo. Sesiapa pi Tokyo boleh lah jadikan ini sebagai satu tempat untuk dikunjungi. Aku pun nak pi gak. InsyaAllah.. One fine day. Tengah kumpul duit lagi ni. Ngeh3~

Berikut adalah filem animasi Studio Ghibli yang paling aku suka:

1. Grave of The Fireflies (1988)



Kisah dua beradik Seita dan Setsuko yang berlatar belakangkan zaman perang dunia ke dua di Jepun. Kedua ibu bapa mereka meninggal dalam perang dunia ke dua, dan bermulalah kisah hidup mereka yang merempat, terpaksa meminta perlindungan daripada mak cik mereka, kesusahan hidup, kekurangan makanan dan penularan wabak penyakit ketika perang. Selepas di halau dari rumah mak cik mereka, Seita membawa adiknya tinggal didalam sebuah gua yang telah ditinggalkan yang terletak ditepi tasik.

Ni salah satu cerita yang paling sedih yang aku pernah tengok, part yang paling sedih semasa Seita terpaksa mencuri makanan untuk diberikan kepada adiknya yang sedang sakit, sehinggalah adiknya meninggal kerana tidak mendapat bantuan perubatan yang sepatutnya. Selepas Seita meninggal dia bertemu semula dengan adiknya didalam taman yang penuh dengan kelip2 (hotaru). 

2. Spirited Away (2001)


Kisah Chihiro sekeluarga yang terperangkap di dalam sebuah taman tema yang berhantu. Ibu bapa Chihiro telah bertukar menjadi khinzir selepas memakan makanan yang dihidangkan untuk tetamu ghaib di taman tema tersebut. Chihiro yang terselamat kerana dia tidak menjamah sedikit pun makanan yang ada disitu, namun dia terpaksa tinggal disitu dan meminta perkerjaan dari ahli sihir yang bernama Yubaba sehingga berjaya menyelamatkan kedua ibu bapanya. Sepanjang berada disitu dia telah dibantu oleh seorang lelaki bernama Haku.

First time tengok cerita ni masa tayangan di sekolah waktu form 1 dulu.. Sangat excited! Haha..

3. Whisper From the Heart (1995)


Seriously, I like this movie like crazy... Dalam cerita ni ada lagu 'Country Road' versi Jepun. Latar belakang cerita ni pun best sebab berlatarbelakangkan zaman 90 an.

Kisah si ulat buku Shizuku Tsukishima yang mecari pemilik nama Amasawa Seiji disebabkan disetiap buku yang dipinjamnya pasti sudah dibaca oleh Seiji. Hal ini membuatkan dia tertanya2 siapakah gerangannya Amasawa Seiji. Tanpa diduga, rupanya Seiji adalah lelaki yang selalu membuat dia menyampah selepas kejadian dia terkantoi menulis lagu 'Concrete Road'. Namun selepas mereka menjadi kawan Seiji telah ke Itali untuk mempelajari violin. Disebabkan rasa tercabar, Shizuku juga ingin membuktikan bahawa dia juga mempunyai bakat yang boleh ditonjolkan, lalu dia mula mengarang cerita dengan menjadikan Baron (patung kucing ajaib kepunyaan datuk Seiji) sebagai watak utama.

Kesinambungan cerita ini seterusnya membawa kepada filem The Cat Return (2002), yang lebih memfokuskan kepada kisah Baron.

4. My Neighbor Totoro (1988)


Filem yang telah menjadi ikon kepada Studio Ghibli. Cerita ni sangat comel.. Sangat ceria dan menghiburkan.

Kisah keluarga Kusakabe yang telah berpindah ke satu daerah pedalaman. Memandangkan isterinya masih di tahan di hospital, Kusakabe terpaksa membawa dua anak perempuannya Satsuki dan Mei yang sangat hyper. Di sebelah rumah baru mereka terdapat sebuah pokok tua yang sangat besar, dan disitulah Mei terjumpa Totoro buat pertama kalinya.

5. From Up on Poppy Hill (2011)



Kisah di Yokohama pada tahun 1963. Manor Kurikuro terletak di atas sebuah bukit berhadapan dengan pelabuhan. Di dalam rumah itu tinggal lah Umi seorang gadis yang berumur 16 tahun bersama keluarganya. Setiap pagi Umi akan menaikkan bendera isyarat yang bermaksud "saya mendoakan pelayaran yang selamat" kepada bapanya, sedangkan pada hakikat bapanya telah meninggal dunia. Shun, lelaki yang berusia 17 tahun sering melihat bendera itu dari laut ketika dia ke sekolah menaiki kapal tunda. Dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 1964, orang ramai berusaha menggantikan sesuatu yang lama kepada yang baru. Ketika itu, di Sekolah Tinggi Yokohama, pelajar2 sedang berusaha mempertahankan Quartier Latin, sebuah bagunan lama yang menempatkan kelab2 pelajar yang penuh dengan kenangan dan sejarah. 

Aku sangat sukakan lagu Summer of Farewell dalam cerita ni.. Dikatakan lagu ni dirakam sehari sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami Tohoku pada tahun 2011.

6. Only Yesterday (1991)


Walaupun pada asalnya aku cuma ingin senaraikan 5 filem yang paling aku suka, tapi this one pun aku suka. Aku sangat suka dia punya jalan cerita, latar tempat dan juga latar masa (perkara first yang aku akan tengok bila menonton mahupun membaca buku).

Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Teiko berusia 27 tahun yang masih belum berkahwin. Pada waktu tu usia 27 tahun tapi masih belum berkahwin dianggap sudah tua. Dalam masa yang sama Teiko sering dihantui oleh dirinya yang berusia 10 tahun. Dirinya yang kurang bernasib baik, sering dimarahi oleh keluarga kerana kurang pandai dan selalu tidak dapat bercuti ke tempat2 yang menarik sewaktu cuti sekolah. Pada usia 27 tahun Teiko telah mengambil cuti 10 hari dan pergi ke sebuah desa untuk menolong memungut dan pemprosesan safflower dan juga untuk merehatkan diri kesibukkan kota. Disitu dia dilayan baik oleh keluarga Toshio hingga nenek Toshio berkenan untuk menjadikan Teiko sebagai isteri Toshio.

Dalam cerita ni juga ada lagu 'The Rose' versi Jepun yang bertajuk Ai Wo Hana. Aku sangat suka lagu 'The Rose' versi yang dinyanyikan semula oleh kumpulan Westlife.

Last but not least.. Arigatou Gozaimasu for reading.
*emoticon muncung keluar love*



9 comments:

  1. mohon ijin follow, share dan menyapa sahabat blogger di studio Ghibi Animation yang unik-unik animastionnya...bolehkah

    ReplyDelete
  2. totoro or spirited away should be on the first and second place... ahaksss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. The list above are my most favorite okaayy.. :3

      Delete
  3. aaaaa qila nak tengok semua niii hihihi thanks kak <3

    ReplyDelete