Thursday, 6 February 2014

Minggu Pertama

Assalamualaikum w.b.t..


Sebenarnya nak update entri ni semalam, tapi disebabkan keletihan even sekarang pun mata dah ngantuk tapi layan blog jap. Hehe.. Alhamdulillah hari ni (5 Feb 2014) dah masuk hari ke-3 aku ber'intra' di NIOSH. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar walaupun masih rasa janggal. Disebabkan hari tu tak dapat keluarkan duit dari CIMB terpaksalah aku pakai wedges pada hari pertama tu, bila fikir-fikir balik rasanya I can't stand with the wedges I need flat shoes.... Petang tu lepas balik kerja terus pergi beli flat shoes. Bukan apa sebab jauh nak kena jalan, tunggu bas dan sebagainya flat shoes is the best option. 

First day hari tu tak buat apa, nganga je.. punyalah lama rasanya nak sampai ke petang. Tapi masuk semalam dah dapat kerja. Tugas pertama adalah key in health surveillance data. Hmm.. bila bercakap pasal data ni part yang paling memeningkan adalah bila nak key in incomplete data. Nasib bukan data FYP aku, kalau tak dah lama aku fill in the blank. Yela, data orang takkan nak buat sesuka hati sesedap rasakan. Sampai file-file tupun aku bawak balik rumah.. Kihkih.. Takut juga terhilang ke apa kan, camne nak ganti. Lagi satu part yang mencabar adalah part yang nak translate tulisan doktor. Mak aaaiiiihhhh... tulisannya straight je, huruf d nampak macam L, huruf H nampak macam N. Sesetengah perkataan tu bolehla agak, tapi sesetengah yang lain, yang straight tu memang tak boleh nak agakla, dah tak nampak rupa tulisan. =='

Hahaha... Ngantokla, nanti continue lagi ye. 


Wednesday, 5 February 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum w.b.t..


http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html
Klik banner untuk join

Masih belum terlambat untuk join. Bagi sesiapa yang belum join, jom join segmen simple dari Kak Azhafizah ni.. Giveaway ni diadakan sempena birthdaynya pada bulan ini.. Selamat ulang tahun kelahiran kepada Kak Azhafizah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.

:)