Assalamualaikum w.b.t..
Inilah semangat awal bulan. Lagi bersemangat bila check-check elaun MARA dah masuk.. lalalala~~ lepas tu bayar itu ini, tolak sana sini oh my god berapa banyak je yang tinggal...masalah kewangan adalah perkara biasa bagi orang yang namanya BUKAN JUTAWAN... dan aku termasuk dalam list tu..=,=
Masalah kewangan yang paling teruk aku hadapi adalah sem lepas (membuka pekung didada ke ape?). Ahh.. lantaklah mengumpat diri sendiri bukan mengumpat orang lain. Ok, sambung cerita. Pernah lepas elaun masuk entah bulan berapa aku tak ingat, then aku keluarkan empat ratus ringgit, lepas tolak bayar-bayar semua bil itu bil ini, dalam tangan tinggal empat puluh ringgit je kat aku. Hoii.. mak jemah apalah bil yang banyak sangat kau bayar tu kan, mengalahkan orang yang dah beranak pinak. kehkehekeh.. single pun susah gak ape, semua nak kena tanggung sendiri..kan??
So, sem ni aku dah duduk hostel balik, harap-harap boleh lah berjimat cermat, boleh la menyimpan seposen dua tiap-tiap bulan..
Menjadi perempuan yang mempunyai 9 nafsu, 1 akal ni memang sangat mencabar..tercabar nafsu bila tengok baju,kasut,handbag,produk itu ini, etc,etc,etc.... walaupun tak nak beli pun, dan dah tau tak mampu nak beli tapi nak tengok jugak.. *gigit jari..
So, setiap kali keluar dengan adik aku, nampak muka bosan dia, yela semua benda nak tengok.. hahahaha.. nasib ko lah labu.. :p
Hmm.. asyik cakap duit..duit..duit je.. macam mata duitan pulak.. $_$
Bukan mata duitan tapi dunia sekarang ni everything need money, semua barang mahal kot.. sigh~
Well.. tadi tolong adik aku beli novel online "SETIA HUJUNG NYAWA".. =.="
Bersemangat nak sangat, ni kes dah terpengaruh dengan drama yang tengah meletup kat tv tu lah.. walaweeehhh.. jiwang lak adik aku ni.. hakhakhak..
Best eh cerita tu? tapi nak wat camne, aku tak minat sangat nak layan drama-drama tv ni, paling lama aku boleh stay depan tv tu pun tak sampai 15 minit..
Pernah tak baca novel ni??
143 karya Pingu Toha terbitan JS.. yup.. cerita cinta, tapi apa yang aku suka teknik penceritaan dia yang santai dan bersahaja. Nampak real, kalau baca ada feel, ada jugak part-part yang lucu tapi yang paling penting bukan kisah kahwin paksa, kahwin kontrak,suka kat sorang tu then ada halangan daripada mak bapak,datuk, datin, mak bedah, pak yop,etc..etc..etc..dan yang penting jugak tak de konflik halangan daripada perempuan gedik yang sanggup buat apa sahaja sampai guna-guna bomoh segala bagai.. haha.. kepala aku tak leh nak terima cerita macam tu..
Sekarang ni tengah menunggu novel terbaru Ramlee Awang Murshid, "Aku Bercerita". Mesti beli! dan mesti masukkan dalam wishlist.
So kepada sesiapa yang nak rekomenkan novel-novel atau buku-buku yang best, BM or BI ke tak kisahlah, boleh je kay.. ;[)
#notakaki#: hmm..dah lama tak pegi bookstore..
true!tolak sane sini.abes dah
ReplyDeletehahaha.. kan...
Deletelove the song
ReplyDeleteme toooo.....;)
Delete