Assalamualaikum w.b.t..
Letihnya.. sebenarnya sakit kepala, inilah akibatnya kalau kelas asyik ke petang je.. dah beberapa sem kelas banyak ke belah petang. Tak sesuai langsung nak belajar. *picit-picit kepala..hmm..
Tambah pulak selera makan aku dah delay balik, haaaiihhh.. memang seharianla tak makan. Bukan tak nak makan, tapi tak leh nak sumbat. sebutir nasi pun tak leh nak telan. Dah memang selalu macam ni, tak kisah pun. Sampailah petang tadi abis kelas kawan aku ajak pegi pasar malam, tapi aku tolak. Kirim je la makanan kat dia. Pasar malam dan makanan....
Rakyat Malaysia memang suka makan kan. Makan dengan melantak tu dua perkara yang berbeza ye.. makan tu perlu tapi jangan sampai memudaratkan. Disebabkan makanan jugak boleh bagi kita penyakit. Tak heranlah negara kita antara negara yang menghasilkan food waste yang tertinggi directly propotional to kadar obesiti. Tadi masa subjek Waste Management lecturer aku ada bagi statistic negara kita antara negara yang low income tapi menghasilkan food waste yang banyak mengalahkan negara yang maju macam Jepun yang mempunyai populasi penduduk yang ramai tapi diorang punya food waste tak lah sebanyak negara kita.. mungkin masalah dari segi kesedaran masyarakat dan cara nak manage bahan buangan basah macam makanan tu yang jadi masalah. Bila sampah yang basah macam makanan tu dicampur dengan sampah-sampah yang kering dan segala bagai dalam satu tong sampah yang sama it's would create a problem. Bila dah masuk dalam incinerator pun akan jadi masalah jugak. Macam mana nak bakar segala bagai sampah-sarap yang kita dah buang tu, sampah yang kering pun boleh jadi basah bila dah bercampur semuanya dalam satu compartment yang sama. So macam mana kita nak manage masalah yang melibatkan sampah sarap macam ni.. as the population growth it's would be a big serious problem one day!
Dulu masa sem 4 kitorang ada kena buat mini project under subject professional communication dan tajuknya bebas nak pilih tajuk apa as long as ada sesuatu yang boleh di interpret. Macam biasa, masalah sampah.. kat mana-mana pun ada sampah.. then dengan sebulat suara kumpulan aku setuju nak buat pasal waste management and disposal kat kolej yang kitorang duduk tu. Method yang kitorang guna just develop survey questionnaire untuk identify kekerapan penghuni kolej tu buang sampah, macam mana cara diorang dispose sampah tu temasuklah jenis sampah yang banyak diorang buang. Not surprising dari data yang kitorang collect, food waste adalah yang paling banyak dihasilkan.
Food waste dihasilkan dua kali ganda dari sampah-sampah yang lain.. kenapa adanya lebihan makanan ni? mungkin sebab kita masak terlalu banyak lepas tu tak abis, basi, then buang atau beli makanan banyak-banyak, tak habis, basi then buang ataupun masak tak sedap, tak sedap sangat sampai tak leh nak telan so buang. Boleh jadi yang mana-mana option diatas. Kalau aku sendiri selalu jugak makan, tak abis. apa yang aku buat bagi kawan abiskan. Tapi kalau rasa memang tak ada yang nak habiskan terpaksa jugaklah buang. Haaa... aku pun pernah jugak buat macam ni, generate food waste. tak de la nak cakap suci daripada benda-benda ni. Sebab tu la kadang-kadang bila aku tak de selera nak makan, asal makan je muntah,tak pun makan sesuap rasa tak leh nak telan so better tak yah makan daripada membazir. Lagilah sekarang ni ekonomi tak berapa nak stabil. Tapi bukan bermakna tak makan langsung, cuma makan setakat yang mampu je. Tapi bila selera makan naik, 24 jam nak mengunyah je keje.. hmm... masalah jugakkan. Tapi biasanya selera aku akan naik time hujung bulan, time agak-agak poket dah nak kontang tu, haaa... macam-macam lah perut ni mengidam..*tak sukanya..agak-agakla.. =,=
Tong sampah macam ni lebih banyak perlu disediakan supaya kita boleh asingkan sampah-sampah mengikut kategori dan akan lebih senang untuk diuruskan, tak de la incinerator asyik rosak je kan. Hmmm.. tengok tong sampah tu pun sedih je, macam hidup segan mati tak mau.. hukhuk..
No comments:
Post a Comment