Assalamualaikum w.b.t..
Tadi lepas kelas on the way balik umah terdengar lah pengumuman daripada Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang dorang nak buat fogging dalam pukul 6 setengah macam tu..aku tengok jam. Hampir pukul 6. Sempat la kot naik solat jap then baru turun balik. Sampai je kat rumah, baru aku perasan cardigan hitam kesayangan aku dua-dua tertinggal kat rumah. :( Apa lagi terus call mak suh pos sekali dengan charger phone dan tudung yang jugak tertinggal kat rumah. Kalau tak pos tak tau la bila lagi akan balik kampung.
Bila sebut pasal fongging ni, fogging akan dilakukan bila adanya kes denggi yang dilaporkan. Berdasarkan pengumuman tu jugak dia ada mention yang ada kes demam denggi yang dorang terima. Dipendekkan cerita, teringat pulak aku akan satu kisah beberapa tahun lepas. Masa tu aku form 3 pertengahan tahun 2006. Waktu tu baru balik asrama lepas cuti mid sem. Kecoh sekejap kat asrama bila ada satu kes kematian melibatkan seorang pelajar tingkatan 2 iaitu junior aku masa tu. Da la satu aras. Terkejut jugak la.. Mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita supaya lebih berhati-hati dan jangan ambik remeh terhadap perkara yang kita sendiri tak nampak betapa seriusnya ia..
Mangsa telah disyaki mengidap demam denggi berdarah. Demam denggi ni simptom dia akan muncul lebih kurang seminggu selepas gigitan nyamuk aedes. Pada awalnya kita mungkin akan anggap ianya macam demam biasa. Tapi waktu tu sekolah baru bukak beberapa hari, tak sampai lagi seminggu, so mangsa disyaki terkena kat rumah waktu cuti tu. Berdasarkan cerita yang aku ingat la, ada jugak kawan-kawan arwah buat report kat warden asrama pasal arwah demam, tapi tak diendahkan sangat dan kawan-kawannya hanya diminta untuk memberikannya panadol. Sampai satu tahap arwah dah tak boleh bangun dan berjalan then barulah dibawa ke hospital. Kat situ doktor diagnose yang arwah terkena demam denggi berdarah, dan apa yang pasti dah memang sukar untuk diselamatkan. Darah mula keluar dari liang-liang roma, dan even air matanya pun keluar darah. Ini semua diceritakan oleh warden asrama yang juga salah sorang cikgu yang mengajar kelas aku. Apa yang lebih menyedihkan arwah tak sempat bertemu ibu bapa dan keluarganya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
Masa dengar cerita tu rasa nak nangis pun ada.. Dan aku terfikir macam mana jika aku yang berada di tempat arwah.
Sebab tu la banyak kempen-kempen yang telah dilancarkan untuk membenteras tempat pembiakkan nyamuk aedes dan kita patut aware supaya kawasan rumah kita tak jadi kawasan pembiakkan nyamuk dan apa juga vektor yang membawa penyakit.
Sumber |
Jadilah masyarakat prihatin..
Lepas kes tu tiap-tiap petang akan ada fongging daripada Jabatan Kesihatan. Kebiasaannya aku akan call mak selang sehari. Tapi waktu tu aku terputus bekalan duit syiling (masa tu tak mampu lagi nak guna handset) so dalam beberapa hari la jugak aku tak call mak. Then hujung minggu tu tiba-tiba ada pengumuman cari aku cakap parents nak jumpa. 3 tahun sekolah kat situ first time mak ngan ayah datang jenguk aku. Bukan apa, sebab jauh.. mula-mula aku ingatkan tersalah dengar ke apa kan. Rupanya betul mak ngan ayah datang. Dan waktu tu aku tengok mata mak merah... rupanya mak nangis, risau kalau apa-apa jadi kat aku sebab aku tak call rumah macam biasa.. hehe.. :D Sampai camtu sekali mak risau..
Lepas kes tu tiap-tiap petang akan ada fongging daripada Jabatan Kesihatan. Kebiasaannya aku akan call mak selang sehari. Tapi waktu tu aku terputus bekalan duit syiling (masa tu tak mampu lagi nak guna handset) so dalam beberapa hari la jugak aku tak call mak. Then hujung minggu tu tiba-tiba ada pengumuman cari aku cakap parents nak jumpa. 3 tahun sekolah kat situ first time mak ngan ayah datang jenguk aku. Bukan apa, sebab jauh.. mula-mula aku ingatkan tersalah dengar ke apa kan. Rupanya betul mak ngan ayah datang. Dan waktu tu aku tengok mata mak merah... rupanya mak nangis, risau kalau apa-apa jadi kat aku sebab aku tak call rumah macam biasa.. hehe.. :D Sampai camtu sekali mak risau..
Sama-samlah kita menjaga kesihatan dan kawasan agar dijauhkan daripada wabak-wabak ini. Insyaallah.
ReplyDeleteSama2lah kita menjaga kawasan kita.. semoga kita semua juga dijauhi drp wabak penyakit spt ini.. amin.
ReplyDeleteAmiinn... :)
Deleteal-fatihah untuk arwah.. bersama kita menjaga kebersihan kawasan masing-masing.. hapuskan tempat pembiakan nyamuk..
ReplyDeleteBetol tu akak.. memang penting untuk kita jaga kebersihan kawasan2 tempat kita supaya tak jadi kes2 macam ni..
Deletemari sama2 kita menjaga kebersihan :)
ReplyDeletepersekitaran bersih, hidup sejahtera.. :)
Delete