Monday, 28 October 2013

Lawatan Ke Kilang Roti Gardenia

Assalamualaikum w.b.t..


Hari tu aku terbaca post di fesbuk tentang roti yang dianyak menggunakan kaki.. eeuuuwwww... Tapi tak sure la betul atau tak kan, atau kilang roti mana yang buat macam ni. Kadang-kadang kita kurang mementingkan khasiat dan kebersihan penyediaan makanan tu sendiri bila terlampau memilih produk yang murah. Sure la kalau ada kilang roti yang anyak guna kaki nampak sangat kurang berkembang dari segi teknologinya. So, kat sini apa yang aku nak kongsi ialah macam mana nak pilih roti yang tak dianyak guna kaki. Eh, tak de la.. hehe.. 

Sem lepas under subjek Food Hygiene kitorang berkesempatan melawat sebuah kilang roti Gardenia yang baru dibukak di Shah Alam.. Kat situ kitorang berpeluang melihat sendiri proses-proses yang dilakukan sebelum jadinya sebuku roti. Kat Shah Alam semuanya terdapat 5 buah kilang roti Gardenia. Tapi kilang yang kitorang pergi ni kilang yang buat roti sandwich atau roti putih dan jugak waffer. Kat situ memang banyak la pengetahuan baru yang dapat, tapi sayang kat dalamnya tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Yang aku ingat banyak mesin-mesin hi-tech dan yang paling penting walaupun hi-technology digunakan tapi dari segi pembuatan masih mengekalkan proses-proses tradisional contohnya macam doh yang telah diuli dengan menggunakan mesin akan direhatkan selama beberapa jam bagi menghasilkan tekstur roti yang lembut.. Bau dia... maaakk aaiiiihhhh... tak yah cakapla, semerbak baunya.. 

Dan yang paling penting tiada keraguan status halal roti ni sebab kat dalam company tu dorang dah ada their own Halal Committee... Seperti yang kita sedia maklum Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan share holder terbesar dalam kilang roti Gardenia sekarang. 

Antara roti keluaran Gardenia yang aku suka..




Tapi yang paling best...


Dapat Goody Bag yang dipenuhi dengan produk keluaran Gardenia.. hehe.. Jadi model roti Gardenia kejap. Tapi gaya macam nak bagi penumbuk kat orang pun ada jugak.. =,=




15 comments:

  1. sally pun ada g sana jugak...2-3 tahun lepas..tak ingat

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya.. yg coklat & vanilla tu sy mmg suka.. syoklah dpt makan bnyk roti.. :)

    ReplyDelete
  3. org kata, yg uli pakai kaki, yg bercampur dengan peluh tu la yg sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Walaupun roti Gardenia 70sen tu dah banyak perisa, saya tetap pilih jagung dan coklat sahaja. Yang tu paling sedap. Kalau dulu, 50sen je sebungkus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. dulu 50 sen je dan pilihan perisa pun tak banyak.. :)

      Delete
  5. Replies
    1. sambil menyelam sambil minum ayaq.. kih3.. :pp

      Delete
  6. gardenia... sungguh enak dimakan begitu saja... haha :)

    ReplyDelete
  7. Jemputla datang lagi sekarang dah buka lagi 1 line cream roll kat area awak datang melawat tu. View lagi cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke.. I wish I could.. tapi sekarang dah lama habis belajar, ni lawatan under subject food hygiene zaman uni dulu..

      Delete