Monday 16 November 2015

Sotong Celup Tepung

Assalamualaikum w.b.t..

Dah sebulan tak bersiaran.. hehe.. Alhamdulillah, hujung2 tahun ni dah sedikit lapang. Lepas je audit IMS hari tu aku dan officemate terus cuti pegi jalan2 kat Melaka selama 2 hari.. Untuk release tension lah kononnya.. Kemudian hujung minggu tu terus sambung cuti seminggu balik kampung. Uuuhh.. nasib baik bos sporting bagi cuti lama2.. ngeh3.. Tapi.. kali ni aku tak nak update pasal bercuti di Melaka tu, sebab rasanya mostly orang pergi Melaka memang akan pergi jalan2 ditempat tu.. Tapi insyaAllah aku akan update jugak nanti, and now aku nak cerita pasal makan2.. Kat mana lagi, kalau bukan kat Terengganu.. Dah namapun balik kampungkan.. Hehehe..



Jom.. Jamu mata tengok permandangan pasca jerebu dulu.. 

Then petang Khamis lepas (5/11/2015) dah janji dengan cousin aku nak pergi makan sotong celup tepung Pok Nong. 



Sotong gunting..
Serious terbaik.. besar giler sotong dia.. Kitorang order 4 ekor, aku larat makan sekor je.. Lebih lagi sekor tu tapau bawak balik rumah.. Harga? Bergantung pada saiz, tapi dalam range RM8-RM9 seekor.. Kitorang tambah lagi udang 4 ekor (RM5) dan ikan kembung seekor (RM3.50), air cocunut shake (RM2.50 segelas). 


Warung ni terletak di Kampung Teliput, Kuala Terengganu, dekat je dengan UnisZa. Waktu operasi bermula jam 3.30 petang. Yang tambah bestnya tepi pantai.. Lepas makan leh lepak2 jap.. Hehe..


Kalau datang lambat memang beraturlah.. Kitorang bernasib baik sebab waktu sampai tu orang masih tak ramai, maklumlah weekday.. Tapi masa nak balik tu dalam pukul 5.30 petang orang dah mula ramai. Hoho.. Rezeki kan.. Kalau tak fikir juga nak beratur ke tak. Biasalah.. Malaysia.. Orang sangup beratur untuk makan. ~(",)~ Ngeh3..

14 comments:

  1. Sekiranya ke Terengganu, jangan lupa sotong celup tepung..menu wajib.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Terliur kak aiza tengok.. Masa study kat UMT dulu selalu lepak lepas habis exam di ICT sebelah airport tu.. Bila la dapat ke sana lagi..

    ReplyDelete
  3. @Mizz Aiza sayapun jarang kesini kak aiza.. jarang balik kampungkan..InsyaAllah nanti ada peluang blh datang lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. yes!!! Warong Pak Nong mmg jadi pilihan kakau ke KT...sotong mmg terbaik!

    ReplyDelete
  5. Fuhhh... menyelerakan. Mmg akan singgah klu ke sana ni nanti... marveles!!!

    ReplyDelete
  6. Okay lapar. Hahaha. Sedapnyee alahai.

    ReplyDelete
  7. Hai, Fatin. Akak datang membalas kunjungan. Memang besarrr sotongnya. Puas makan.

    ReplyDelete