Tuesday 4 March 2014

Cuti lagi..

Assalamualaikum w.b.t..


Hari ni sangat meletihkan.. Hari Jumaat lepas sepatutnya hari terakhir menghantar final FYP report. Biasalah sepanjang praktikal ni berapa kali je terusik tambah-tambah pulak dah sampai rumah mestilah keletihan. Jadi Jumaat lepas aku ambil cuti sekali nak pergi hantar report tu. Sampai ke petang masih tak complete walaupun dia punya main body daripada introduction sampai ke conclusion dah siap. Masih nak kena touch up. Kemudian aku decide nak hantar hari Isnin sebab ada member batch aku post kat facebook cakap minggu depan (minggu ni) still boleh hantar asalkan tak lewat sangat. Bila tanya member satu kelas lain pulak katanya. Adooii.. Pening den.. *_*

Akhirnya dengan tergesa-gesa aku print je mana yang ada. Dah siap print tunggu bas nak pegi hantar kat kampus. Nak dekat pukul 6 petang baru sampai kampus maklumlah orang balik kerja jalan mesti jam. Berjaya hantar hari tu, tapi rasa tak sedap hati pulak sebab ada yang tak complete, lagipun markah diberi masa hantar comb binding, bila dah buat hard cover nanti yang tu memang yang dah dibetulkan. Disebabkan ketidakpuasan hati malam semalam aku mesej ketua bahagian tempat aku praktikal untuk mintak half day, sebab pagi tadi aku nak pegi lagi sekali ke kampus. Alhamdulillah dibenarkan.. tapi tup-tup pagi tadi aku rasa macam nak kena off lagi sekali hari ni sebab terlalu banyak yang perlu ditambah dan dibetulkan. Terpaksa juga tebalkan muka, mesej lagi sekali ketua bahagian tanya boleh tak kalau aku nak off lagi sehari hari ni.. >///< lepas tu mesej masuk.. "esok kamu isi borang cuti.." ffuuuuhhh... nasib baik. Tak adalah terkejar-kejar sangat macam tu.

Then bertapalah aku kat library dari pagi sampai petang sampai lupa tak makan lagi. Dah setel semua dalam pukul 4 gerak balik rumah. Cuaca panas, beg berat, bukan main lagi aku bawak baju spare kalau masuk office ingat nak tukar baju lain, maklumlah perancangan nak off half day je kan.. Langkah kerumah aku dah rasa terketar-ketar dah.. Balik rumah hantar laptop dulu, sebab laptop ni lah yang buat aku rasa macam nak pengsan, berat sangat. Dah hantar laptop kemudian keluar balik. Ingat nak beli makanan kat pasar malam, tapi pasar malam tak buka lagi, perut dah berdondang sayang. Akhirnya mamak pun mamak lah.. Air suam pun da 50 sen. errrkk.. tercekik.. =='

Dah sampai rumah keletihan, tak sedar bila masa terlena. Apa-apa pun lega rasanya.. berbaloi juga aku tebalkan muka mintak cuti lagi sehari.


Bak akata junior aku.. "akak.. degree dah dalam tangan.." perrgghh.. confident je kau.. haha.. InsyaAllah.. Semoga perjalanan ini dan seterusnya diberkati olehNya..

16 comments:

  1. kesian.. nasib baik dapat cuti.. heheh

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan fatin wawa..

    ReplyDelete
  3. fuyoo...air suam 50 sen??dia masak pakai gas apa tu??boleh report ke KPDNKK nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. ermm ala mesti penatkan ..atapi apa pun tahniah ... dapat cuti

    ReplyDelete
  5. @Azlan Strider ntah gas apa yg dipakai..hihi.. mahalkan..

    ReplyDelete
  6. teringat saya dulu masa nak hantar tesis.
    dah siap jilid ni, baru perasan ada data yg salah key-in.
    so, disebabkan hari tu due date, saya pun tampal je mana bahagian yg salah tu.

    ada satu muka surat tu, half daripada tu salah! argghhh stressnya kena main tepek2.

    dah hantar pun, still rasa tak tenang.
    then, mesejlah ketua jabatan utk mintak balik, tapi dia tak bagi.
    tau dia cakap apa?
    dia cakap " Just let it Go"

    hurmm... so takde pilihan.
    tapi kan... betullah orang kata, setiap kejadian ada hikmahnya.

    tak sangka, dengan tesis yg ada cacat cela tu, masih boleh terpilih sebagai tesis terbaik, fakulti.
    hehehe.. yezzzaaaa!!!
    eh terpanjang lak komen ni. hehe.. good luck cik Fatin with your practical :)

    ReplyDelete
  7. @Gee Lion waahh.. bestnye kan.. hihi..harap2 yg sy punya ni pun ok..thanks cik gee.. :D

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga cuti tu dpt merehatkan badan & memberi semangat baru.. :)

    ReplyDelete
  9. bestnya.. Semoga berjaya je

    ReplyDelete