Wednesday 5 March 2014

Tingkatkan Metabolisma Badan

Assalamualaikum w.b.t..


Pagi tadi berpeluang buat ujian komposisi tubuh badan dimana kita boleh mengetahui jumlah lemak, air, otot, tulang yang membentuk komposisi tubuh badan kita. Memandangkan beberapa bulan ni aku berat aku sedikit naik, memang agak takutlah nak timbang. Stress tau bila berat naik. :( Lagipun memang dah jarang exercise sekarang ni.  So, hasil daripada test tu alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan normal, tak ada kurang, tak ada yang terlebih tapi aku punya tahap metabolisma agak rendah. Disebabkan sekarang ni memang kurang aktif, kebanyakkan makanan yang aku makan lebih banyak ditukarkan kepada lemak lah kot walaupun komposisi otot masih lagi banyak daripada komposisi lemak.

Metabolisma adalah keupayaan tubuh untuk membakar sejumlah tenaga atau kalori bagi mengekalkan fungsi-fungsi asas tubuh. Metabolisma boleh dipecahkan kepada dua iaitu; catabolisma proses metabolik yang memecahkan molekul-molekul besar dan menghasilkan tenaga manakala proses anabolisma pula proses pembinaan metabolik yang menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh proses catabolisma untuk penghasilan molekul-molekul kompleks yang lain seperti protein, lipid, polysaccharide dan lain-lain.

Credit gambar
Oleh itu, metabolisma yang tinggi diperlukan bagi mengurangkan berat badan. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kadar metabolisma badan adalah:

1. Elakkan diri daripada kelaparan
Diet yang agresif sebenarnya akan mengurangkan sejumlah besar kalori dalam diet. Hal ini akan mengejutkan badan dan menyebabkan kelaparan. Diet seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisma menjadi semakin rendah. Cara yang terbaik adalah mengurangkan 100 kcl setiap hari daripada diet biasa kita.

2. Tambahkan protein dalam diet makanan
Protein dapat membantu menambahkan kadar metabolisma badan. Tetapi pengambilan karbohidrat juga penting, cuma kurangkan kuantitinya sahaja. Berbanding karbohidrat, badan akan membakar dua kali ganda semasa menghadam protein berbanding karbohidrat. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Contohnya ikan salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang berupaya meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam badan.

3. Makan setiap 3 jam
Semakin kerap kita makan, semakin tinggi kadar metabolisma badan. Makan kerap dengan makan banyak tu adalah 2 perkara yang berbeza. Kerapkan makan dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan daripada kurang makan tetapi dalam kuantiti yang banyak. Amalan skip sarapan akan menggalakkan seseorang untuk mengambil makanan dalam jumlah kalori yang banyak pada waktu tengah hari. Hal ini boleh menyebabkan berat badan seseorang naik.

4. Minuman
Antara minuman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan adalah minuman berkafein seperti kopi dan teh hijau. Bagi yang tidak gemarkan minuman berkafien, susu soya juga merupakan minuman yang dapat membantu membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ianya tinggi dengan protein. Amalkan juga pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Tidur yang cukup
Kajian mendapati, tidur yang kurang menyebabkan kadar metabolisma menurun, meningkatkan selera makan dan risiko obesiti dan kenaikkan berat badan. Tidur yang cukup adalah sekitar 6-8 jam sehari. 

7. Bersenam
Bersenam merupakan cara yang terbaik dan efektif untuk membakar lemak yang berlebihan di dalam badan

Sumber.


Masih dalam tahap yang sihat.. hehe..

23 comments:

  1. owh...thanks for the info niesa..lepas nie dah tau laa apa nak buat..hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. aiyakk...salah nama plak...wawa sebenarnya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. tgh dalam usaha nk diet ke..? hehehe

    ReplyDelete
  4. @Azlan Strider ni mesti asyik ingat kat awek ni... hihihi.. sama2.. :D

    ReplyDelete
  5. @Pha Is nak kata diet tu tak jugak kot.. hihi..cuma lbh kpd nak naikkan kadar metabolism je kot. hehe... :D

    ReplyDelete
  6. ooo.. thnks for the info.. :)

    ReplyDelete
  7. Ohh.. info yg bagus ni.. boleh dijadikan rujukan.. Thanks sharing wawa.. :)

    ReplyDelete
  8. 3x inti, penghargaan atas perkongsian yg baik.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  9. wah.. bagus info mengenai metabolisme ini fatin wawa.. metabolisme badan akak rendah..

    ReplyDelete
  10. terima kasih , acik ada masalah badan..dulu sejak behenti dari sukan badan tak beberapa sihat.. thanks info nie

    ReplyDelete
  11. @Aku Penghibur sama2 acik..bolehlah cuba cara diatas.. :)

    ReplyDelete
  12. thanks fatin untuk info nie...

    ReplyDelete
  13. Metabolisme ni penting jugak bagi para atlet. Harapkan latihan semata-mata pun tak jadi jugak kalau badan tak fit akibat kurang metabolisme. Yer dak? Hehe

    ReplyDelete
  14. @fatin wawa good luck meniakkan kadar metabolism..

    ReplyDelete
  15. salam. menarik entri ni. boleh tak nak copy? akan dikreditkan ke blog ini :D

    ReplyDelete
  16. @Noraihan Qusyairi boleh2.. kalau nak info lagi banyak boleh tekan link sumber dalam entri diatas.. :)

    ReplyDelete
  17. Zumal pun ade buat test tu kat kl sentral sabtu lepas, tp resultnya cukup menakutkan :(

    ReplyDelete
  18. good info..ya klau x jaga kadar motabalisma dlmbdan..itulah sbab knapa org nak diet x kurus,,sbab x mkn on time,..tambah2 klau x ambil sarapan.. nice sharing :P

    ReplyDelete
  19. Munirah minggu ni stress. Kurang tidur dan kurang makan. huhu

    ReplyDelete