Monday 22 December 2014

Selamat Tinggal Abby Sayang

Assalamualaikum w.b.t..

Abby, nama secomel tuannya. Abby dilahirkan pada 1 April 2014. Disaat kelahirannya aku tiada dirumah sebab masa tu aku masih menjalani latihan industri semester terakhir pengajian. Mak aku cakap Abby comel, kecil dan mulutnya merah tapi sayang Abby tiada suara. Abby tidak berbunyi seperti kucing2 biasa. Disebabkan keistimewaannya keluarga aku semua sangat sayangkan Abby. Nama Abby juga diambil sempena nama watak Abby dalam drama Filipina Be Careful With My Heart. Disebabkan Abby ni tak berbunyi kakak aku dengan spontan menamakannya Abby.

Abby sewaktu kecil.

Keletah Abby yang sentiasa comel.
Kali terakhir jumpa Abby bulan lepas, masa tu Abby masih sihat. Tak sangka pula umur Abby tak panjang. Kalau ngan kucing-kucing lain ayah aku selalu gak marah-marah kalau dorang degil, tapi dengan Abby ni ayah aku siap bawa naik motor ajak pegi kedai. Haha.. Mak pun selalu peluk-peluk Abby.

Abby bersama Junior, si ibu

Tanggal 9 Disember yang lepas, Abby dah pegi buat selama-lamanya selepas hampir seminggu kemurungan dan tak makan. :( Diakhir hayatnya Abby sangat kurus dan... menyedihkan. Tasha dan adik-adiknya pun semua tak boleh survive. Pagi tadi Tasha pun mengikut jejak Abby dan adik-adiknya. Sekarang ni tinggallah Junior, si ibu dan Abit, si anak angkat.

Biasanya kematian kucing-kucing yang lain tak begitu meninggalkan kesan pada aku, tapi dengan Abby ni lain sikit. Satu benda yang aku belajar daripada Abby, jika kita betul-betul menyayangi, perasaan sayang itu akan datang tanpa paksaan dan bila ianya sudah tiada kita betul-betul akan rasa kehilangan.

Selamat tinggal Abby sayang :'(

10 comments:

  1. sedihnyaa :) rajin dia bela kucing :)

    ReplyDelete
  2. @Nur Inani Kakaklah yang rajin nak bela.. kita tumpang2 je.. tapi dah terlebih sayang pulak kat yg seekor ni..

    ReplyDelete
  3. sedes pulak ceta nie....kucing sy pun mati .... bukan disebabkan sakit tapi kena bunuh dek krana nk dituduh nak makan burung orang...hmmm beberapa bulan lpas tu org tua pun mati....

    ReplyDelete
  4. @nur ikaa ish.. kalau ye pun jgn la sampai dibunuh kan..

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca ni... sabarlah wawa...

    ReplyDelete