Monday, 16 December 2013

Tempat Untuk Menenangkan Fikiran

Assalamualaikum w.b.t..


Bila pulang ke Terengganu biasanya masa hanya banyak dihabiskan dirumah je. Eh, yup.. aku orang Terengganu. Dan aku suka makan budu. hehe.. 

Tapi kalau time tengah bersedih or berserabut, masa ni mungkin kita lebih suka untuk menyendiri layan perasaan. Bukanlah bermaksud melayan perasaan, tapi memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri bernafas dan memuhasabah diri mungkin. Fuuhh..

Antara tempat-tempat yang aku suka berkunjung untuk menenangkan hati dan fikiran..




Waterfront Kuala Berang. Dekat je dengan rumah.









Dataran Syahbandar Kuala Terengganu


Aku suka ke Syahbandar ni sebab kat sini anginnya nyaman, kawasannya besar dan tak sesak. Dari sini boleh nampak Ri-Yaz Resort and Spa Heritage Bay. Pernah pergi sekali kat Ri-Yaz ni masa tingkatan 5 dulu, pihak sekolah belanja makan-makan. Hehe.. memang syok.. makan free siapa tak sukakan.



Kalau tak jalan sorang-sorang biasanya jalan-jalan dengan sepupu aku. Kadang-kadang dengan adik aku.
:D



Kat sini juga boleh tengok Monsoon Cup bila tiba musimnya..
Oh ya.. ni gambar Monsoon Cup tahun lepas..
Hehe..










24 comments:

  1. ika pun suka pergi pantai kalau stress...baru semalam pergi...banyak juga ika akan buat bila stress...tapi yang pastinya...berseorangan atau keluar dengan family..paling penting ika akan mengelak daripada bersama dengan punca stress/masalah ika...

    biasanya ika akan makan banyak, dengar lagu, keluar pergi pantai, tengok bunga2, tengok langit, bulan bintang..benda2 natures laa, tenang kalau kita spend ke arah tu...hati yang stress pun leh cool down sikit even sementara...

    but still, masalah perlu diselesaikan, bukan lari dr masalah kan :) tapi ika prefer bagi diri tenang dulu then baru selesaikan masalah or punca stress

    **tengah stress sekarang...miahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. samalah. Kalau tengah stress elakkan tempat2 yang terlampau crowded. Perlu pulihkan mood dulu..saya pun skrg ni kalau makin stress makin nak makan. haha.. ok..selesaikan masalah Ika baik-baik ye..happy2 selalu.. :))

      Delete
  2. Jgn jalan sorang2 Fatin. .Bahaya..especially tmpt sunyi..pcl pn suka tepi pantai yg pemandangannya yg nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah takkan jalan sorang2 ditempat yg sunyi dan akan lebih berhati2. Terima kasih PCL atas peringatan. sunrise dan sunset tepi pantai juga sangat cantik.. :)

      Delete
  3. wah..bestnya...dah lame rasanya x pi pantai..tapi angin pantai yg sejuk & sepoi2 bahasa mmg amat mnenangkan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.. tapi kalau waktu tengah hari tak berapa syok nanti dapat sunburn pulak. :D

      Delete
  4. dah lama tk pergi pantai. teringin nak pergi Terengganu. tapi tk sampai-sampai. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa nanti mai lah jalan-jalan.. :)

      Delete
  5. Cantik2 semua tempat tu,mcm best je.nak g jauhnya:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh pegi jauh2, pegi yang dekat2 je pun xpe... hehe.. :))

      Delete
  6. klau sy pulak suka pergi pantai.. hehe.. ajak bff tengok sunset..

    ReplyDelete
  7. rindunya nak pergi terengganu, terutamanya kuala terengganu.. dah banyak berubah dataran syahbandar sekarang ni ya.. dulu selalu juga akak keluar jalan kaki di sekitar bandar kuala terengganu tu seorang diri.. apa boleh buat jodoh tak menjadi dengan orang terengganu, takde sebab nak ke sana lagi.. hehe.. klik2 semua 3 churp2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke akak.. xpe.. boleh je lagikan kalau nak datang jalan2.. hehe.. saya tak tau apa beza dataran syhbandar dulu dengan sekarang sebab dulu tak selalu ke sini pun. Bila dah diberi kepercayaan oleh mak barulah menapak kesana sini.. hihi. terima kasih akak :)

      Delete
  8. aefa pon selalu hilangkn stress kan pantai.. main kat gigi air.. dgr deruan ombak.. tenang jiwa dibuatnya hihi

    ReplyDelete
  9. Cantik.. klu stress, pantai & laut mmg salah satu tempat terbaik nk bersantai.. mmg hilang stress tu klu kena hembusan angin laut.. subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan yang menenangkan memang mampu buat jiwa rasa tenang.. :)

      Delete
  10. tenang je tengok.. pernah solat berjemaah atas pantai. time tu memamg layan.. tenang je rasa.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti solat pun makin kusyuk kan pha is.. hehe.. :))

      Delete
  11. untung laa dapat tinggal kat tempat yang dekat untuk lari dari kesibukkan kota...kita memang perlukan masa sekali sekala untuk lari dan tenangkan pikiran..,

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahmdulillah.. saya pun kalau berserabut mesti balik sekejap ke kampung. Kesibukkan di kota memang boleh memberi tekanan..

      Delete