Sunday, 10 August 2014

Dunia Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah.. Masih dapat menghirup udara dalam keadaan yang aman dan damai. Petang tadi dapat juga bersenam walaupun sejenak. Dah agak lama tak main badminton. Pagi tadi pergi keluar dengan sepupu dan adik aku, dapatla juga beli raket baru menggantikan raket lama yang dah rosak. Badminton ni antara permainan yang sering kitorang (aku dan rakan-rakan sekampung) main satu ketika dahulu. Sangat meriah. Berbeza dengan sekarang semua sudah dewasa dan membawa haluan masing-masing. Yela bila dah dewasa ni mana boleh samakan dengan zaman kanak-kanak dulu. Indahnya dunia suatu ketika dahulu.. v.v

Bukanlah tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNya. Ya.. Kehidupan sekarang jauh lebih baik daripada dahulu, walaupun kegembiraan itu seolah-olah pergi bersama masa yang mana mungkin dapat diundur. Jika punya pilihan mahu sahaja aku kekal hidup dizaman itu walaupun tanpa teknologi secanggih sekarang. Tujuh tahun kebelakangan ini akibat daripada ledakan perkembangan teknologi maklumat, internet dan rangkaian-rangkaian sosial menjadikan dunia dan teknologi semakin canggih, segalanya dihujung jari. Kali pertama aku memiliki sebuah telefon bimbit semasa aku dalam tingkatan tiga setelah selesai menduduki PMR. Hadiah daripada emak. Walaupun pada ketika itu telefon bimbit tidaklah secanggih sekarang, tapi cukuplah dapat ber'SMS' dan membuat panggilan paling tidak pun sudah rasa cukup gembira apabila berjaya mengaktifkan GPRS dan dapat menerima MMS.

Walaupun dulu kita mampu hidup tanpa internet, namun dalam dunia hari ini internet seolah-olah sudah menjadi satu keperluan dan akses kepada internet juga sudah sangat meluas. Jika tiada internet mana mungkin aku dapat menaip dan menyiarkan entri ini. Contohnya aku sendiri, agak haru juga selepas menamatkan langgangan broadband lebih kurang 2 tahun yang lepas. Dan tanpa internet pasti sukar bagi pelajar-pelajar untuk menyiapkan assignment. Tidak dinafikan internet merupakan sumber yang sangat berguna dan bermanfaat kepada kita. Bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul..




Namun tidak kurang juga media-media sosial sekarang digunakan bagi menyebarkan propaganda-propaganda, fitnah-fitnah dan sebagainya yang dapat memberi pengaruh-pengaruh yang negatif kepada masyarakat. Laman sosial juga sering dijadikan medium untuk seseorang itu berkongsi pendapat, meluahkan perasaan, memuatnaik video, parody dan sebagainya. Namun ada juga yang menggunakan medium laman sosial untuk berkongsi perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Maka terjadilah satu senario kutuk mengutuk, memaki hamun dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan perbalahan sesama komentator. Bergaduh hanya kerana sebuah video mahupun sekeping gambar. Apa yang kalian dapat?

Dan sekarang isu boikot produk-produk yang menjana kepada ekonomi Israel. Aku sendiri juga menyokong pemboikotan produk-produk ini. Namun disebalik isu ini juga tidak kurangnya menimbulkan perbalahan sesama kita yang sepatutnya bersatu, tetapi disebabkan tindak tanduk sesetengah pihak yang agak mengikut emosi menyebabkan keadaan sebaliknya yang berlaku. Segala apa yang kita kongsikan dilaman-laman sosial lebih senang diakses, janganlah terlalu mengikut emosi dan amarah.

Jika ummat kita sendiri belum bersatu, perbalahan disana-sini, hanya kerana perbezaan pendapat dan politik masing-masing sudah bergaduh, sehingga nak solat pun kena ikut imam pengangan politik masing-masing sedangkan kita semua satu bangsa, satu agama bagaimana kita mahu menjadi contoh yang terbaik kepada orang lain? Ingatlah semulia manapun kita, yang maksum itu hanyalah Rasulullah SAW.. Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum sendiripun sering bertaubat dan meminta keampunan kepada Allah SWT, inikan pula kita manusia yang sering melakukan dosa. Oleh itu bertindaklah dengan lebih realistik dan janganlah biarkan diri kita dipengaruhi oleh agenda-agenda dan propaganda-propaganda yang ingin menjatuhkan kita. Sebelum mengakhiri entri kali ini, aku ingin memohon maaf jika penulisan ini menganggu sensitiviti mana-mana pihak. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semoga Allah merahmati kita semua. v.v

Wassalam.

4 comments:

  1. lama menyepi.. sekali bersuara, poof... macam2 keluar.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. betol2.. 9-10 tahun dulu xde internet pon xpe lagi. boleh je hidup. tp zmn skrg ni bila xde internet je rasa nak hangin semua org.. pastu isu boikot pon 1 hal.. kalo nk boikot, boikot je la kan.. xyahla sampai nk buat kecederaan fizikal / vandelism ape smua =.='

    ReplyDelete
  3. setuju sangat dengan entri di atas, tapi mama tak terapkan budaya pentingnya internet ni pada anak-anak. gadjet mama pun dorang tak usik

    ReplyDelete
  4. Betul tu Wawa.. setuju dgn entri ni. Dulu sewaktu saya remaja pun belum ada media sosial mcm sekarang ni. Tp suasananya ttp gembira & menyeronokkan.. Cabaran buat kita semua sekarang...

    ReplyDelete