Assalamualaikum w.b.t..
klik banner untuk join |
Kalau zaman kanak-kanak dulu sambutan kemerdekaan dan bendera Malaysia yang ada cokelat warna-warni dalam batangnya memang sangat sinonim. Ingat tak? Mesti korang pun pernah belikan. Zaman sekolah rendah dulu memang syok sambut merdeka kat sekolah sebab boleh dapat bendera percuma, lepas tu boleh selit-selitkan pada handle basikal. Lagi satu yang paling best masa zaman sekolah dulu mesti ada pertandingan melukis dan mewarna, dan aku selalu juga dapat nombor satu. Hahaha.. Pandai ke aku melukis? ^.-
Then, masuk zaman sekolah menengah pulak, aktiviti jadi advancelah sikit. Antara aktiviti yang pernah aku masuk untuk sambutan bulan kemerdekaan time sekolah menengah adalah koir sebab persembahan wajib bagi setiap kelas. Aku ingat lagi time form 1 kelas aku kena buat koir lagu Perwira. Agak susah juga lagu tu sebab melodinya mendayu-dayu sampaikan akhirnya kitorang request nak tukar lagu. Pernah juga untuk sambutan hari kemerdekaan kitorang jahit a "Giant Jalur Gemilang", pada malamnya pula sambil tengok persembahan dari bebudak kelas lain kitorang menikmati santapan ubi kayu bersama ikan kering. Itulah antara moment yang paling best sambut hari merdeka.
Selain tu, masa form 5 aku berpeluang menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-50, berkawad sejauh beberapa kilometer (tak ingat berapa kilometer). Latihan kawad selalu sampai ke pagi, punyalah rasa dah buat terbaik, tapi tak ada rezeki nak menang. Oh ya lagi satu pertandingan menghias kelas sempena hari kemerdekaan. Budak-budak lelaki kelas aku memang agak nakal, boleh dorang pergi rosakkan hiasan kelas-kelas yang lain tapi akhirnya kantoi. Haha.. Tapi lepas zaman sekolah, kenangan sambutan kemerdekaan tu macam tak ada sangat je, kecuali 31 Ogos memang confirm lah akan cuti. Hehe..
So, itulah sedikit sebanyak kisah sambutan hari merdeka yang paling aku ingat. Sebenarnya erti kemerdekaan bagi setiap individu itu mungkin berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan kita, rakyat biasa dengan para prajurit negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara. Dan.. begitu juga dengan orang-orang yang hidup di era pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan, mereka pasti lebih merasa bagaimana peritnya melalui kehidupan dalam ketakutan, darurat, inflasi dan sebagainya pada ketika itu. Oleh itu, amat patutlah kita bersyukur dengan kemerdekaan yang kita perolehi walaupun mungkin diri kita tidaklah betul-betul merdeka daripada sudut lain, pemikiran, belenggu hutang dan sebagainya. Namun disebabkan kemerdekaan ini, kita mampu untuk berusaha memerdekakan diri kita daripada perkara-perkara lain, masih mampu untuk keluar bekerja dan mencari rezeki dalam keadaan yang aman.
Akhir kata, ayuhlah bersama-sama menjaga kedaulatan negara kita yang tercinta ini supaya kemerdekaan ini dapat diwarisi oleh generasi-generasi akan datang.
Disini lahirnya sebuah cinta..
Disini lahirnya sebuah cinta..
Seronok kan masa zaman kanak-kanak bila sampai je bulan kemerdekaan... Rasa meriah sangat. Jom semarakkan kembali semangat kemerdekaan itu dalam diri... Terima kasih kerana sudi turut serta. Moga berjaya ^_^
ReplyDeleteNice story. Mass kanak-kanak jaa rasa merdeka ni. Dah besar mmg dah tak rasakan ..
ReplyDeleteTanggungjawab kita sebagai anak merdeka sebenarnya amat besar... semoga negara kita sentiasa dilindungiNya... aamiin.
ReplyDeletemesti terrer melukis ni. hehehe
ReplyDeletemoment masa sekolah mmg best kan..hehe
ReplyDeleteAcikidah pun pernah masuk perbarisan hari kebangsaan masa sekolah dulu... antara kenangan manis dalam dunia sementara ini... :)
ReplyDeletekat sekolah saya tak pernah ada peluang masuk perbarisan untuk hari merdeka walaupun teringin nk rasa join walaupun sekali..hehehee
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Salam Fatin, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html
ReplyDeletesinggah sini dari segmen yang sama :) http://www.feetrimahadzir.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html
ReplyDelete