Assalamualaikum w.b.t..
Dalam entri sebelum ni ada dibincangkan tentang karbohidrat dan protein dalam diet. So, untuk kali ini jom kita tengok apa yang boleh dibuat dengan menggabungkan karbohidrat dan protein. Eh..eh.. asyik cerita pasal makanan je kan.. Yela, siapa tak suka makan kan? Hadap je lah ye. Ngee~
Malam-malam terpaksa stay up buat kerja, deadline dah dekat, ataupun bertungkus lumus study sebab exam dah dekat kekononnya tak nak makan makanan yang berat-berat sangat waktu malam boleh cuba resepi ni (resepilah sangat kan..), lagipun bahan-bahannyapun simple je.
Bahan-bahannya (untuk 1-2 orang) hanya perlukan:
1) 1 biji telur
2) 3 sudu besar oat
3) Secubit garam
Cara-cara:
1)Pecahkan telur dan pukul seketika.
2)Masukkan oat kedalam telur yang telah dipukul, gaulkan sehingga rata. Kemudian masukkan secubit garam. Kalau tak mau tambah garam pun boleh.
3)Gorengkan dengan menggunakan minyak yang sedikit. Pastikan ketebalannya tidak terlalu tebal. Kalau nak buat kecil-kecil (saiz biskut marie) je pun boleh, boleh dapat banyak sikitkan. Hehe..
Dah siap goreng, hidangkan. Tadaa.. Senangkan. Budak tadikapun boleh buat. Kalau aku suka makan dengan sos. Juga sesuai untuk dibuat breakfast. Selamat mencuba! ;)
pergh.. balik rumah nnti boleh try, kot lapar tengah2 malam.. hehehe
ReplyDelete@Pha Is hahaha.. sila-sila..
ReplyDeleteWah sedap
ReplyDeletesedapnyeee! nak cuba
ReplyDeletehttp://kikirie.blogspot.com/
ohhh, oat rupanya ingat awal2 td ayam goreng... hahaha. sedap2.
ReplyDeletemcm sedap je. mesti rangup2 je kan? hehe
ReplyDelete@Aisya A. rangup di luar.. hehe..
ReplyDeleteWow, cam best jer... Nak try la ^_^
ReplyDeleteFuhh mcm best je ni.. Thanks sharing.. :)
ReplyDeletewah..sedapnyee..nak cuba jugak la..hehe
ReplyDeletesedap ek? tak pernah cuba lagi nie... kena cari oat la nie... :D
ReplyDelete