Tuesday 17 December 2013

Counting the days..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni buka je blog aku perasan satu kelainan. Button dan follower list kat atas tak keluar. Adakah kerana line broadband aku yang bermasalah? Rasanya macam ok je.. Bila blogwalking ke blog-blog lain juga tidak muncul button dan follower list pada ruangan Follower. Jadi setakat hari ni belum dapat follow mana-mana blog, hanya blogwalking, komen dan tinggalkan jejak diruangan shout box. Korang punya pula macam mana?





Counting the days.. biasanya orang akan membilang hari, tarikh-tarikh yang penting dalam hidup. Sebenarnya aku sedang membilang hari untuk menyiapkan Final Year Project aku. Banyak lagi yang belum selesai. Semalam selesai key in data 50 set soalan dan masih menunggu baki soalan daripada kawan aku. Nasib baiklah soalan-soalan aku tidak mencecah ratus-ratus seperti sesetengah kawan-kawan yang lain.

Aku mengalami kesukaran untuk mengutip data apabila terlalu banyak prosedur-prosedur yang diperlukan jika ianya dilakukan secara formal. Bila dah fade up untuk menunggu akhirnya aku ikut idea sepupu aku, supaya meminta pertolongan kawan-kawan yang bekerja di hospital. Pada mulanya aku sedikit risau, takut menyusahkan dan mengganggu kerja mereka. Tetapi disebabkan keadaan yang mendesak akhirnya aku ringankan juga mulut untuk bertanya beberapa orang kawan. Alhamdulillah.. mereka sudi menolong. Walaupun tidak banyak tapi aku cukup menghargai. 

Pada mulanya last presentation dijangka adalah pada minggu hadapan tetapi akhirnya terpaksa ditunda sehingga pertengahan bulan depan. Syukur sangat-sangat.. kiranya aku masih punya masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkannya. Berikut adalah timeline yang dikongsi oleh seorang rakan.

Last presentation
16 & 17 January 2014

Soft compilation submission
28 February 2014

Correction
10 March-20 March 2014

Final Submission
23 March 2014


Sangat berterima kasih kepada FYP coordinator yang begitu tolerate dan memahami. Hukhuk.. 
Semoga segalanya dipermudahkan.. 

26 comments:

  1. nak grad dah laa kan tahun depan?

    ika punya follower box pun takde...pelik juga ni..dah laa mimpi pelik..buka blog..follower box pula takde.bertambah2 pelik dah ahahaha
    maybe technical problem kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..InsyaAllah grad hujung tahun depan. hehe.. tulah.. oo.. haha.. maksudnya blogger lainpun xdelah ye. Mungkinlah kot masalah teknikal.. :))

      Delete
  2. sm gak..td sy BW ad beberapa blog xblh nak folo sbb butang folo xde.huhuhu..

    **btw gudluck ye

    ReplyDelete
  3. yap..sy pon baru perasan pasal ne..

    ermm..kena update kot..tu yang semua button follower hilang

    ReplyDelete
  4. selalunya mybe blog sedang diupdate or internet lembab pun bleh jadi jugak..anyway good luck 4 presentation ya:)

    ReplyDelete
  5. Sama..x de juga.all the best wawa

    ReplyDelete
  6. wahh tak lagi lagi tu ..kena siapkan awal2 ...good luck yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam proses.. hehe..terima kasih acik..:)

      Delete
  7. aah la.. baru perasan follower box tu takde..

    semoga dipermudahkan segala urusan.. :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...semoga extra days itu dapat digunakan untuk memantapkan lagi presentation anda..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. baru akak perasan widget follower tak muncul.. kenapa la ya..
    wah.. dah kena bentang FYP ya lepas ni.. semoga semua urusan adik dipermudahkan oleh Allah dan semoga berjaya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah akak dari tadi lagi.ingatkan masalah internet. Amiinn..terima kasih kak aiza.. :))

      Delete
  10. Cmna je nk folo blog kengkawan ni..huhu..semoga semuanya berjln dgn lancar ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada semula da..hihi..terima kasih syaz.. :)

      Delete
  11. Oh, pasal follower tu, tak perasan pulak. Sebab jarang dapat buka blog elok-elok. Wifi kat sini memang..........

    ReplyDelete
  12. Mmg ada dengar ttg hal ni hari tu, tp x sempat nk buka blog. Tu yg tak perasan.. alhamdulillah, semuanya ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin disebabkan masalah teknikal. Alhamdulillah.. :)

      Delete