Monday 9 December 2013

Throwback: Kem "U-Best"

Assalamualaikum w.b.t..


Cerita ni sebenarnya dah agak lama. Lebih kurang 3 tahun lepas, semasa cuti akhir semester 1. Ya.. baru 3 tahun lepas bukan 10 tahun lepas. hehe.. Kem "U-Best" (Usahawan Bestari I guess) adalah kem keusahawanan yang wajib diikuti oleh semua pelajar-pelajar UniKL sewaktu berada dalam semester 1. Aku masih ingat ucapan-ucapan senior "Enjoy your Kem U-Best ok.. memang BEST sangat.." Perkataan BEST tu semacam je bunyinya.. =="

Hakikatnya best ke tidok? Sampai hari ni bila ingat rasa macam senyum sorang-sorang je. Hehe.. Lepas final exam semester 1 tahun 2010 lebih kurang bulan November (memang betul-betul dah 3 tahun ni) kami bertolak ke UniKL-Malaysia France Institute (UniKL-MFI) yang terletak di Bangi. Memang tak jauh sangat pun, tak de la makan masa berjam-jam dengan kampus UniKL-MESTECH. 





Dipendekkan cerita, selepas taklimat dan pembentukkan kumpulan semua tibalah hari untuk kami membuktikan kami mampu menjadi usahawan yang memang BEST gitu.. hehehe.. Nilah first and last experience jadi direct seller. Jual apa? jual insurans? oh tidak..




Inilah antara barang-barang jualan kami.. Ada body scrub buah tunjuk langit, ada syampu, ada kopi, biskut apa-apa lagi entah aku tak ingat. Maka selama 2,3 hari bertebaranlah kami mencari pelanggan-pelanggan. Tapi yang nyata sebenarnya tak mudah nak jadi direct seller ni. Memang terpaksa tebalkan muka pergi approach orang. Lepas tu kita tak sempat buka mulut lagi ada yang dah kena halau. T_T Nak kena guna ayat yang power nak yakinkan orang untuk beli barang kita. Lagilah kita ni bukan jenis yang sweet talker kan, macam mana tu? Memang menangis jugaklah. Bukan duit banyak masuk, tapi banyak melayang pulak. Mana taknya, orang pergi menjual, kita pergi membeli. Tu la kan, buat kerja tak ikhlas, mana nak jalan. Tak dinafikanlah memang ada kumpulan yang berjaya menjual sampai habis barang-barang dorang, entah dorang buat macam mana aku pun tak tahu. =,=

At last ada jugalah barang-barang yang kitorang bahagi sesama kitorang untuk beli; kau beli satu, aku beli satu. Hahaha.. Tapi ada jugaklah untungnya sikit. Bolehlah kumpulan kitorang pergi makan sate Kajang. Hehehe..

My group- Masa ni bersiap sedia untuk pergi promote dan jual barang.
Masa ni umur 19 tahun. Zaman kegelapan lagi ni..

Ini je gambar kumpulan aku yang tinggal sebab laptop rosak.. Gambar ni aku jumpa kat fesbuk aku dan ada satu komen dari adik aku, "agen maxis ke ni..?" Pon bole.. --'

17 comments:

  1. senengnya kumpul sama temen2 :)

    ReplyDelete
  2. Klu sya yg kna g mnjual ni..gerenti x abes..sbb tak reti bab mnjual dan promosi ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak reti..tapi redah juga la.. hehe..

      Delete
  3. wah...buat jualan ramai2 nie syok jugak kan???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok kalau ada orang yg nak beli.. hehe.. :D

      Delete
  4. Wahh seronok kenangan mcm ni.. zaman kegemilangan tu, apa lah kegelapan pulak hahaa.. :D :D
    menabung INTI sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bila diingat kembali. Ni zaman budak-budak baru nak kenal dunia.. hehe.. Terima kasih En.Khir.. :D

      Delete
  5. tiba-tiba teringat zaman akak muda-muda dulu juga.. hehe.. agen topup maxis ke adik? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau jd agen topup maxis lg senang ko akak dr jd direct seller.. :D

      Delete
  6. tudia.. 3 tahun lepas baru nk cerita.. hahaha

    ReplyDelete
  7. heheheh teringan zaman kat poli dulu..kenangan terindah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman jadi pelajar memang banyak kenangan terindah.. ^^

      Delete
  8. Replies
    1. tapi lepas ni dah tak mau jadi direct seller.. cukuplah sekali. :D

      Delete