Tuesday 21 January 2014

Solat

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah selamat tiba di Terengganu. InsyaAllah, dua minggu lagi bakal menjalankan tugas sebagai practical student di NIOSH. ^^ After having some conservation with my junior at last they are agreed to allow us to stay with them within this 4 months. Thank you for their consideration. Tak payah susah-susah cari rumah sewa yang lainkan. Jadi masalah sikit bila aku dan salah sorang rakan aku dapat offer selepas kitorang keluar dari rumah sewa tu. Kalau ikutkan memang dah penuh tapi rasanya kalau dua orang nak menyewa rumah lain memang tak mampu lah kan.

ok.. back to the topic, solat. Sebenarnya tajuk entri tu tak ada kena mengena dengan muqaddimah diatas. Hehe.. 




I'm not going to be an ustazah today, tapi mungkin sebagai peringatan bersama. Kenapa? Sebab selalu aku perasan apabila keluar ke suatu tempat contohnya ke tempat hiburan, shopping mall maybe atau kemana-mana sahaja, bila masuk waktu terdapat juga yang hanya buat tak tahu je, bila tanya "tak solat ke?" kalau perempuan alasan yang sering diberikan adalah "CUTI", walaupun rasanya dah 30 hari alasan yang sama diberikan. Atau mungkin ada juga nanti takut bila ambil wuduk make up tanggal lepas tu nak kena tonyoh balik make up tu. Jadi, malas la... so buat-buat je la cuti. Pentignya kan pada kita untuk cantik di mata manusia tapi tidak di mata Allah. So, bila keluar that's why I don't like to put the mascara, eye liner or whatsoever, lebih-lebih lagi yang waterproof sebab bila berwuduk pun jadi was-was, rata tak wuduk aku? Tu kes liat nak solat bila keluar, tapi kalau yang tak pergi mana-mana, contohnya just stay at home tapi liat jugak nak solat, macam mana tu?? Pernah dulu aku menegur seseorang tentang solat jawapan yang diberikan "lantaklah kubur lain-lain". Yes.. kubur lain-lain. Sebab kubur lain-lainlah orang menegur, sebab bila dah dalam kubur nanti siapa lagi yang dapat tolong kita?

Dalam sehari Allah bagi masa pada kita 24 jam. Solat satu waktu paling tak pun mungkin hanya makan masa 5 minit. Maksudnya tak lebih dari setengah jam sehari kita peruntukkan masa untuk solat wajib 5 waktu; Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh tak termasuk solat sunat dan lain-lain. Tapi sayangnya kan kita untuk tinggalkan hal dunia barang seminit pun untuk solat. Solat itu tiang agama (Islam). Bagaimana boleh kita dirikan sebuah rumah tanpa tiang? 

Dalam sebuah hadis bermaksud:
"Solat itu adalah tiang agama (Islam), maka barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama (Islam) dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah merobohkan agama (Islam) itu" (H.R Baihaqi)

Antara salah satu pertanyaan Imam Syafie kepada murinya:
"Apakah yang paling ringan didunia?"
Muridnya menjawab "Kapas, angin, debu dan dedunan."
Kemudian Imam Syafie menjelaskan yang paling ringan didunia ini adalah meninggalkan solat. 

Dengan bersolat juga dapat menjauhkan diri kita daripada perbuatan mungkar. Paling tidakpun mungkin dapat menghindarkan diri kita daripada bercakap bohong.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut, ayat 45).

Terkadang ketika menasihati seseorang untuk solat, mungkin ada yang akan melebel kita sebagai bajet bagus, konon alim sangat dan sebagainya. Tapi cuba fikirkan kenapa ada yang menegur bila kita tidak solat? Sebab dia sayangkan kita. Seorang kawan, sahabat mahupun saudara yang baik sudah pasti akan mengajak dan membimbing diri kita kearah yang lebih baik. Walaupun seriously kadang-kala memang susah untuk menegur individu yang tidak mendirikan solat ini. Jika tidak ditegur diri kita juga yang berdosa, tapi jika ditegur apakah penerimaannya? Adakah akan sentap setahun? Jujurnya kadang-kala memang hanya dapat mencegah dengan hati. Masing-masing sudah besar dan sudah dapat bezakan antara baik dan buruk. Jangan hanya tahu untuk berdoa meminta jodoh je, sebaliknya doa juga untuk perubahan diri kita ke arah yang lebih baik supaya kita dapat menjadi diri yang lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelumnya. Hidup ni singkat je tak lama, yang kekal abadi hanya disana. Gembirakah kita dengan nikmat yang fana atau mahukah kita mengejar nikmat yang hakiki? Tepuk dada tanya iman.







22 comments:

  1. realiti,shafiq sendiri pernah join trip ,sedihnya bila waktu solat dibuat picisan sahaja dan boleh kira dengan mulut saja jumlah rakan yang solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shafiq.. seronok2 juga tapi yang wajib tu jangan dilupa.. :)

      Delete
  2. Mmg betul.. saya bukanlah baik sgt, tp paling letih klu pergi ke sesuatu tempat & org yg kita ikut tu buat selamba je bila time solat.. klu jauh2 tu singgah sekali je buat jamak bukan susah pun. Sbb tu saya suka gerak sendiri, tp klu dgn geng2 yg prihatin jadi seronok.. lagi bersemangat & ceria perjalanan..
    Semoga dipermudahkan segala urusan wawa ye & all the best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu en. khir.. takut2 jika tidak dijaga perkara spt itu tidak berkat pula perjalanan kita. Sedangkan segala nikmat itu dipinjamkan oleh Dia. Ibaratnya pinjam barang orang lain tp tuannya dilupakan. Amiinn..Terima kasih en.khir..:)

      Delete
  3. LAA BUKANNYA SUSAH PUN NAK SOLAT!!!
    Hehehehe :D
    thanks share kak wawa, ramai tak solat sebenarnya harini....
    banyak yg leka lagi2 duk bandar ni masa takcukup.
    padahal untuk solat berapa minit lah sangat. haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita tergolong dalam golongan org2 yg sentiasa mengingatiNya.. :)

      Delete
  4. perkongsian yang bermanfaat.. dan peringatan yang baik juga untuk akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. sbg peringatan utk kita bersama akak.. :)

      Delete
    2. salam jumaat.. insya-Allah.. comel header baru.. 2ikea, 1churp2.. :D

      Delete
  5. best la blog ni ... bermanfaat untuk smua . hee catik la header depa tak mcm kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. bisa2 je. terima kasih ye sudi singgah.. :)

      Delete
  6. I'm struggle to be a better person for Allah.
    especially in terms of Solah.. :')

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah... solat tak susah tapi ramai yang abaikan

    ReplyDelete
  8. Memang betul tu,suami akak time syok tgh shopping ni ,masuk waktu je,troli yg dah penuh barang tu tinggal je,cari surau dulu solat.da sudah sambg balik shopping.hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusla kalau mcm tu akak.. semoga diberkati selalu.. :)

      Delete
  9. area mana tu? hehe.
    humm.. tiba2 teringat kawan saya ni.. niat dia nak tegur orang tu, tunaikan solat. tapi, medium yang dia gunakan tu tak sesuai. post status di fb. terasa orang tu sebab rasa diaibkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. kalau mcm tu mmg agak krg sesuai la kot. sbb fb terlalu open plk. Tapi if x mention sesiapa tapi ada yg terasa means dia betol2 x solat la kan. mungkin lbh elok jika ditegur dgn lbh general je kot, maksudnya buat status ttg kewajipan umat Islam utk menunaikan solat atau sebagainya. :)

      Delete
  10. Perkongsian menarik juga. Solat :) Hehe. Bercakap tentang Niosh... teringat pula masa form3. Pernah terlibat dengan Osh in School. Seronok betul! Semuanya tentang keselamatan.

    ReplyDelete