Tuesday 19 November 2013

Review : Gulai Pisang Ikan Masin

Assalamualaikum w.b.t..



Tajuk : Gulai Pisang Ikan Masin
Penulis : Szalies
Terbitan : Jemari Seni (2011)

SINOPSIS:

Kenangan I :

"Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan.. itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!"
"Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!" Kata Leman Kemek sambil ketawa.

Kenangan II :

"Oiii... lembam, kau cari apa tu?" tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.
"Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!" Leman Kemek menongkat basikalnya.
"Ipin!" Mereka menjerit nama Ipin serentak.
"Adoiiii!!!" jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumuran 'krim' betik.

Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah dan menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa? 

Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!


...............................................


Aku baru je habis khatam novel ni pagi tadi. Memang lawak menggeletek, terkekek-kekek aku gelak baca novel ni. Tapi disebalik komedinya terselit juga kisah sedih. So untuk entri kali ni aku nak buat review sikit pasal novel ni.

REVIEW:

Merupakan sebuah novel kemasyarakatan yang mengisahkan hidup seorang anak kampung bernama Ipin (Ariffin) yang terpaksa menempuh hidup yang penuh berliku-liku. Berlatar belakang masyarakat kampung, kehidupan suka duka dikampung Ipin bersama-sama rakan-rakannya. Semasa zaman kanak-kanak Ipin selalu menjadi bahan buli rakan-rakan sekampungnya, tetapi selalu mendapat pembelaan daripada Latifah (Tipah) anak orang kaya kampung. Ipin hanya berkawan baik dengan tiga orang budak perempuan kelasnya Latifah, Hanim dan Salmah. Semasa berada di sekolah rendah ayahnya tidak semena-mena jatuh sakit, hilang ingatan dan menjadi gila. Selepas bapanya sakit emak Ipin mengambil alih segala tugas dan tanggungjawab bapanya. Emak Ipin seorang yang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa hidup mereka. Ipin selalu menjadi bahan buli dan ejekkan budak-budak kampungnya kerana mempunyai seorang bapa yang dikatakan gila. Semasa berusia 12 tahun ditakdirkan emaknya telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Bermula saat itu Ipin yang lembik dan selalu menangis apabila dibuli itu terpaksa membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya. Ipin terpaksa berhenti sekolah semasa darjah 6 dan terpaksa bekerja demi menyara hidupnya dan bapanya. Ipin seorang anak yang bertanggungjawab dan rajin berusaha. Dengan berkat usaha dan kerajinannya tanpa mengenal erti penat dan putus asa, lama kelamaan sedikit demi sedikit Ipin berjaya mengubah hidupnya dan pandangan orang kampung terhadap keluarganya. Dan tiba-tiba juga setelah berpuluh-puluh tahun seperti orang hilang akal dengan tiba-tiba juga selepas satu kejadian bapanya telah pulih seperti sedia asal. Apakah yang menyebabkan bapanya sakit dan menjadi seperti itu? Yang pasti ada kisah disebalik 'kegilaan' bapanya itu.

Bagi aku 'Gulai Pisang Ikan Masin' ni memang best! ^_^




18 comments:

  1. Macam best je. kena tunggu ada duit, baru boleh beli. Hehe.

    ReplyDelete
  2. wah.. nampak menarik novel ini adik.. dah lama akak tak membeli novel.. :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau nak baca pilihlah novel yang tidak membosankan.Mesti syok sampai tak sedar dah habis baca satu novel. :D

      Delete
  4. Mcm best ni.. tp skrng mmg kurang berkesempatan utk baca novel.. semoga terhibur.. :D
    Menabung INTI di sini.. :)

    ReplyDelete
  5. Bagus jugak ada novel yang berlatarkan suasana rakyat biasa ni. Biasa, kalau terjumpa novel-novel yang berlatarkan suasana seperti drama-drama Cerekarama, memang saya awal-awal lagi dah turn-off. Jemu baca kisah cliche ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. saya pun tidak suka kisah-kisah seperti itu. :)

      Delete
  6. Munirah suka baca novel tapi novel ni belum lgi la :(

    ReplyDelete
  7. Salam semua rakan2 saya..terima kasih setinggi gunung dari saya. Szalies

    ReplyDelete
  8. Fatin tunggu ye 'Renyai Musim Kemarau' dari szalies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Akhirnya ada buku baru...

      Delete
    2. tu la..dah lama sangat menyepi. Terima kasih buat kawan2 semua

      Delete