Monday 25 November 2013

Tekukur Buat Ayah..

Assalamualaikum.w.b.t..







Tekukur berbunyi lagi..
Setia menanti kepulangan ayah
Menegur dan menyapa
Meraikan kepulangan ayah
yang penat membanting tulang
memerah keringat demi kelangsungan hidup keluarga..

Tekukur berbunyi lagi..
Menemani dan menceriakan hari-hari
Sapamu seolah-olah engkau mengerti
Segala pahit jerih hidup yang entah bila akan terhenti
Engkau juga sebahagian daripada kami
Seekor makhluk yang kami kasihi..

Tekukur berbunyi lagi..
Usiamu juga berganti
Begitu juga kami
tidak akan selalu muda
hari tua itu tibanya pasti..

Seiring masa yang bergulir
Garis-garis tua kini menghiasi wajah ayah
Kudrat semakin menghilang
Termenung ayah ditepi jendela usang
Menunggu tekukur berbunyi lagi..

~Fatin Wawa~

......................................


Tekukur.. burung yang ayah bela sejak kami kecil. Melihat tekukur mengingatkan aku kepada ayah; seorang yang sukakan binatang. Dulu.. sewaktu kecilku, setiap kali ayah pulang, pasti disambut oleh bunyi-bunyian tekukur. Seolah-olah juga gembira menyambut kepulangan ayah. Lalu diagah-agah oleh ayah untuk terus berbunyi. kruu..kruu..kruu.. (betul kot bunyi macam ni..) hehe.. Sewaktu kecil, seekor tekukur telah terlepas, namun beberapa hari kemudian tekukur tersebut pulang semula ke rumah. Mungkin kerana merindui tuannya.. Tapi sejak setahun yang lepas sudah tiada lagi tekukur dirumah... Seekor telah dicuri. Motif kecurian? sebab bunyinya yang nyaring dan sedap. Sebenarnya yang itu sudah ramai yang minta nak beli daripada ayah. Tapi ayah tak mau jual. Akhirnya diambil dengan cara yang haram.. 

Macam tak ada keje lain kan.. burung pun nak dicuri.. 



18 comments:

  1. huhu :( teringat kat ayah di kampung

    ReplyDelete
  2. hanya jauhari mengenal manikam.. yg curi burung tu jeni s yg "jauhari" la kot.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sedih pulak baca entri ni.. sudah suratan kan nak di curi...

    ReplyDelete
  4. Apa punya teruk perangai orang tu. Sampai burung orang lain pun dia nak curi. Isyh, isyh, isyh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. macam tak ada keje lain yang lagi berfaedah..

      Delete
  5. burung tekukur pun nak dicuri juga ya.. semoga ada penggantinya nanti.. mengisi semua tabung.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin difikirkan boleh membawa keuntungan kpd si pencuri kerana bunyinya yg merdu..

      Delete
  6. sweetnya kenangan tu..tapi sayangnya pencuri tu spoill the picture..hopefully dia dah berenti merosakkan kenangan manis orang lain...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. kenangan yang tak akan di lupakan :) ishhh abis terkukur pon nak di curi..alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah tak de benda lain yg nak dicuri agaknya..

      Delete